Thursday, August 28, 2014

Dzal Aidi Syamil - 10 Bulan..

Assalamualaikum,

Hari ni Syamil genap 10 bulan. Alhamdulillah.
Kita nak cerita tentang perkembangan Syamil la yer.
Dah lama tak timbang. Rasanya last timbang bulan lepas kut. Berat Syamil 8.8kg. Sekarang taktau la..
Tak boleh nak dukung dia lelama. Lenguh tangan woii.. Bermuscle mak ko nak..


Tak tau la perkembangan Syamil ni lambat ke cepat. Kadang aku tengok dalam fb or ig budak lain sebaya dia kemain cepat menyiarap dan merangkak. Gigi pun belum tumbuh lagi nih. Jadi ada sikitttt la risau kat situ.. sikitt je la.. Mungkin sebab Syamil agak semangat kut, dia sendiri tak larat nak menampung berat badan dia. Kejap je menyiarap, mengengsot sikit dah penat dan mengah. Nangis minta tolong angkat. hehe! Tapi setiap perkembangan anak ni lain-lain kann. Jadi biarkan dia belajar secara semulajadi, tak perlu paksa.


Syamil boleh duduk dulu kalau tak silap. Risau juga budak kecik ni terus berdiri dan terus berjalan je. Ada orang kata budak kalau tak ikut step mungkin ada 'something wrong'. Taktau la dengar-dengar macam tu la. Cer google or tanya pakar yerr. Secara normal bayi akan mula menyiarap, mengesot, merangkak dan berjalan.


Genap 9 bulan hari tu Syamil dah boleh merangkak. Sekarang dah pandai bangun sendiri, dah meniti. Kena selalu perhati kan je dia. Pantang ada benda berpaut mesti nak bangun berdiri. Syabas anak ku! Bangga yerr anak dah pandai berdiri sendiri. Tak sabar nak tunggu dia pandai jalan. Haaa berpeluh pulak nanti nak kejar. haha!

 

Syamil ni sebenarnya 'Anak Bapak'. Dia kalau dengan papa dia kemain mengekek ketawa, sengih bagai sebab papa dia rajin melayan. hehe.. Pantang nampak bapak dia dah pandai suruh dukung padahal mama dia depan mata je pun dia tak heran. Soo memang tak risau kalau tinggalkan Syamil dengan papa dia.. :)

Kalau nak tidur pandai pulak cari mama nya kannn.. hee!


Satu lagi perangai Syamil yang aku perasan. Dia kalau ramai orang atau pergi majlis mana-mana dia tak banyak meragam. Good boy sangat! Pandai bawak diri. Tak banyak kerenah.. tapiiiiiiiii tu kalau depan orang laa. Kalau kat rumah sendiri mengada dia lain macam sikit. Terlebih manja. Minta perhatian.. Berlakon sangat tau. haha!


Hobi syamil suka mencakar. Haha! Konon baikk je usap-usap muka orang. Macam comel je kan dia mengusap seolah sayang tapi sebenarnya dia nak mencakar. Awas! Jangan tertipu. Hahahaha.. Muka mak bapak dia pedihh kena cakar sokmo. Bila marah dia ingat kita suka kut, kemain mengekek ketawa. Aduhaii anak.. heee!


Mat senyummm. Syamil ni murah dengan senyuman sebenarnya. Dengan sesiapa saja dia senyum. Dengan sesiapa saja dia nak. Tak kisah. Pantang orang hulur tangan dia nak ajerr. Tak takut orang pun tapi tu yang bahaya. Kalau kat luar semua orang nak dukung dia, dia kemain laju nak ikut. Heyyy Syamil ni.. ;)


Syamil jenis pemakan orang nya. Suap la apa-apa dia ok je. Sekarang dah bagi bubur nasi kasar kat dia. Tak blend dah. Dah pandai mengunyah walaupun tak ada gigi lagi. Pantang nampak orang makan sibukkk je nakk. Mulut tu macam kunyah sesuatu. Makna nya nakk la tu.. Aku masih lagi jaga pemakanan Syamil. Tiada garam dan gula!!

Budak bawah 1 tahun belum lagi boleh menerima itu semua yer walaupon bubur dia tawar gebehh sekali pun. Biar la orang nak kata apa pun.. Kesian dia la apa lah. Ish sebagai ibu kita mesti la nak yang terbaik buat anak kan. Untuk kesihatan dia juga. Buat masa ni semua makanan Syamil aku sediakan dan masak sendiri. Selagi ada kudrat dan daya InsyaAllah aku akan berikan makanan yg terbaik buat Syamil.. ;')


Kalau tinggalkan dia sensorang dia punya nangis macam kena cubit je. Dia nak kita duduk je menghadap dia 24jam. Tak boleh buat kerja apa selagi dia tak tidur. Nak dukung je lahh. Nasib baik la mak ko dah besar sekarang boleh la buat kerja sambil dukung. Kalau la kurus keding taktau la macam mana nak dukung selalu. Eiii tak laratt laaa.. Ada hikmah mak ko dah gemok sekarang. haha!


Geram pulak tengok gambar ni. Rasa nak kissssssssssssssss bibir dia banyak-banyak. Sedap jugak kalau dapat gomol dia. Lagi-lagi kalau dia baru bangun tidur bauuu mashemm dia tu perghhhh sedap. Hahahha! Bau telinga, bau ketiak, bau leherrr... Besttt! ;p



Rambut dia ni dah ntah ke berapa kali potong. Cepat tumbuh. Aku yang rimas tengok rambut dia cepat sangat panjang sebab budak kecik ni kuat berpeluh. Peluh dia tu macam berlari satu padang nak mengambarkan banyak sangat peluh dia tu. Haha! Nak kena g trim lagi kasi encemm sikit..


Sekarang dah boleh dengar dia sebut "Ma.. ma.. ma.. maa" sebut mama la tu. Hahaha! Mak mana yang tak bangga anak dah pandai berdiri, dah pandai sebut mama, dah pandai itu,dah pandai ini.. Satu anugerah yang tak terhingga dikurniakan Dzal Aidi Syamil. InsyaAllah aku akan jaga sebaik mungkin amanah Allah ini.. :')


Mungkin dah ajar dia duduk dalam carseat sejak kecil lagi. Soo nak pergi mana-mana berdua je tak ada masalah sebab Syamil behave dalam tu. Baru tukar car seat baru, kaki dia kemain gedik goyang-goyang. Hehe selesa kut. Yang lama dah tak muat.. ;p



Semoga Syamil membesar dengan sihat yer.
Jangan lasak sangat tau mama tak larat nak kejar. Haha!



Thursday, August 14, 2014

Raya 2014

Assalamualaikumm warahmatullahiwabarokatuhh! (jawab.. jawab.. tak jawab dosa. hee)



Kekok pulak jari nak mengkemaskini belog kesayangan ini. ecehh! hehe.. Bersawang sudah. Dah berbulan tak log in jenguk sini. Tapi tadi buka nuffnang, tengok duit naik sikit terus berkobar update. Dasar mata duitan. Haha.. Tu pun semangat dia kejap je la, hanya tahan untuk beberapa hari je. Terima kasih kepada yang sudi singgah sini walaupun tiada cerita baru. Rajin korang erkk.. kee korang tersalah masuk kan. Perasan bebenor ada orang nak masuk belog suam-suam kuku ni. hiks!


Ok memandangkan hari raya belum habis.. Kita cerita pasal raya je la ehh. Sejak dah malas update blog ni gambar memang tak banyak. Macam dah malas nak bergambar sebab laki kau malas nak amek gambar kauu! ahahhahaa.. Demmitt. Masa bercinta kemain gambo aku sesajor dia snap, sekarang hampeh tau! Haaa.. sebab tu la malas nk update. Bosan cerita tanpa gambar. Padahal kau memang dah pemalas tahap gaban sekarang kennn.. ;p


Tahun ni giliran raya sebelah suami pula. Konsep giliran masih diamalkan. Tapi balik juga beraya belah aku, dengan alasan orang kampung nak tengok anak. Haha.. Gunakan anak.. Eh tak la memang sedara mara kat kampung belum tengok Syamil sejak lahir lagi..


Ahkak kemain teruja tahun ni sebab raya dengan anak dan suami. Tu satuu.. Satu lagi nak collect duit raya anak. Mak dia kalau pasal duit memang no1. haha! Nasib baik sedara belah suami ramai soo memang jalan sesajor. Takde la bosan duk rumah je kan.


Tak ada cerita menarik sebenarnya. Saja nak tunjuk gambar raya jewww. Itu pun bergambar sebelum sesi bermaafan dan sebelum keluar balik kampung suami kat klang. Lepas tu gambar nan hadoooo. Boleh kira dengan jari. Haha. Kalau belah aku niiii masing-masing hantu bergambar sampai beratus-ratus gambar raya pertama je.


Tema tahun ni emerald green. Sampai mak bapak mentua kena ikut kitaorang laki bini. Baju melayu Syamil lain sikit sebab tak jumpa soo beli je la hijau apa-apa pun.. ;)





 Dah mengantuk benar anak mama nih.. ;)




 

Dah mula meragam nak tidoq.. Haha!



Gambar yang terbaik setelah beberapa kali snap. ;)


Aloh.. alohh.. alohh.. Anak cina mana la yang berbaju melayu niiii..
Syamil ni banyak ikut belah bapak dia. Sepet! Rasa nya dorang ada keturunan cina kutt. Kalau ikut family aku mata besor-besor macam kajol, aisywarya rai gituuu.. hehe.. Tak caya cer torai tengok gambar atas..^


"Celamat Hayi Yayiiii Cemua!"
 .
.
.
.
.

Akhirnya pengsan. Haha. 
Kepenatan bergambar.
;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998