Thursday, August 14, 2014

Raya 2014

Assalamualaikumm warahmatullahiwabarokatuhh! (jawab.. jawab.. tak jawab dosa. hee)



Kekok pulak jari nak mengkemaskini belog kesayangan ini. ecehh! hehe.. Bersawang sudah. Dah berbulan tak log in jenguk sini. Tapi tadi buka nuffnang, tengok duit naik sikit terus berkobar update. Dasar mata duitan. Haha.. Tu pun semangat dia kejap je la, hanya tahan untuk beberapa hari je. Terima kasih kepada yang sudi singgah sini walaupun tiada cerita baru. Rajin korang erkk.. kee korang tersalah masuk kan. Perasan bebenor ada orang nak masuk belog suam-suam kuku ni. hiks!


Ok memandangkan hari raya belum habis.. Kita cerita pasal raya je la ehh. Sejak dah malas update blog ni gambar memang tak banyak. Macam dah malas nak bergambar sebab laki kau malas nak amek gambar kauu! ahahhahaa.. Demmitt. Masa bercinta kemain gambo aku sesajor dia snap, sekarang hampeh tau! Haaa.. sebab tu la malas nk update. Bosan cerita tanpa gambar. Padahal kau memang dah pemalas tahap gaban sekarang kennn.. ;p


Tahun ni giliran raya sebelah suami pula. Konsep giliran masih diamalkan. Tapi balik juga beraya belah aku, dengan alasan orang kampung nak tengok anak. Haha.. Gunakan anak.. Eh tak la memang sedara mara kat kampung belum tengok Syamil sejak lahir lagi..


Ahkak kemain teruja tahun ni sebab raya dengan anak dan suami. Tu satuu.. Satu lagi nak collect duit raya anak. Mak dia kalau pasal duit memang no1. haha! Nasib baik sedara belah suami ramai soo memang jalan sesajor. Takde la bosan duk rumah je kan.


Tak ada cerita menarik sebenarnya. Saja nak tunjuk gambar raya jewww. Itu pun bergambar sebelum sesi bermaafan dan sebelum keluar balik kampung suami kat klang. Lepas tu gambar nan hadoooo. Boleh kira dengan jari. Haha. Kalau belah aku niiii masing-masing hantu bergambar sampai beratus-ratus gambar raya pertama je.


Tema tahun ni emerald green. Sampai mak bapak mentua kena ikut kitaorang laki bini. Baju melayu Syamil lain sikit sebab tak jumpa soo beli je la hijau apa-apa pun.. ;)





 Dah mengantuk benar anak mama nih.. ;)




 

Dah mula meragam nak tidoq.. Haha!



Gambar yang terbaik setelah beberapa kali snap. ;)


Aloh.. alohh.. alohh.. Anak cina mana la yang berbaju melayu niiii..
Syamil ni banyak ikut belah bapak dia. Sepet! Rasa nya dorang ada keturunan cina kutt. Kalau ikut family aku mata besor-besor macam kajol, aisywarya rai gituuu.. hehe.. Tak caya cer torai tengok gambar atas..^


"Celamat Hayi Yayiiii Cemua!"
 .
.
.
.
.

Akhirnya pengsan. Haha. 
Kepenatan bergambar.
;)



8 comments:

Chekgu Azrine said...

Selamat hari raya sis

Farah Waheda Wahid said...

penuh tau iolss jawab salam tu... he he he...wah hijauuu...selamat hari raya dear, maaf zahir dan batin...

idzwa kamaruddin said...

selamat hari raya :)

Siti Rohayu Ayu said...

cantik dah background baru hehee..amek kt mane??

Wawa_Nadwa said...

Chekgu Azrine, Farah Waheda Wahid , idzwa kamaruddin : Selamat Hawi Waye semua.. haha!

Wawa_Nadwa said...

Siti Rohayu Ayu : akk cari je gambo background kt google.. pastu buat sendiri je la.. ;p

Siti Rohayu Ayu said...

pandai akk buat..ajo kannn hehehe

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998