Friday, April 18, 2014

Kenapa Baby TIDAK Boleh Makan Sebelum 6 bulan?

Aku jadi sangat pelik, musykil, hairan dan tertanya-tanya kenapa ada orang yg lebih tua suruh bagi Syamil makan dalam usia begini (belum 6bulan lagi). Kata mereka baby lapar sebab tu tidur tak lena, suka hisap tangan dan sebagainya. Aku jadi errr nak bagi makan ke??? kena bagi makan keee??

Nanti bila kita kata tak boleh. Ada je jawapan "alahh.. duluuu bolehhhh jeee?? hidup je sampai sekarang?" hahahhaa sakit pulak hati kita nii hahaha!

Sebagai ibu kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak kita kan. Pengalaman pertama memang kena banyak tanya orang lebih berpengalaman. Tapi sekarang banyak kemudahan, semua dihujung jari. Google je. Semua ada!

Kat bawah ni copy paste dari internet je..


Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

> Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
> Anggapan bahawa bayi lapar.
> Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
> Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.


Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.


1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?


2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.


::Tanda- tanda baby sudah bersedia diberi solid foods ialah::


1. Baby sudah boleh DUDUK

Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby..so kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dgn cara baring. Bahaya!! sebab takut tersedak susu. 

2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA 

Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dgn mknn pejal (bukan makanan pelengkap) yg bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jgn memaksa baby utk makan sebab mungkin baby belum betul bersedia

P/S:

Kalau boleh jangan lah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye..sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet.
Yang paling penting..beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa.
Beras perang juga amat bagus untuk baby.

 Artikel dipetik dari SINI

+++++++++++++++++++++++++



Punya la excited nak bagi anak makan, siappp beli benda alah ni. 
Nampak comel je tu yang beli online trus.
Syamil 6 bulan je nanti mama masak sedap sedap k.. Order je syamil nak makan apa.
hehe!
;)



2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

baby tak boleh makan sebelum enam bulan sebab usus dia masih halus dan belum boleh terima makanan lagi... ^_^... great piece of sharing, saya pun ada buat entri tentang ni rasanya last month kot... ^_^... salam jumaat dear...

Bazlia Amoza said...

good sharing dear..memang masih ramai yang belum ada kesedaran mengenai isu ini...dan masih ramai lagi yg senang memilih susu formula berbanding susu badan...

http://ailzab.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998