Monday, April 21, 2014

Avokado sesuai dijadikan makanan pertama bayi

Sedia maklum bayi boleh diberi makan apabila umurnya mencecah 6 bulan. World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bayi dibawah 6 bulan hanya diberi susu ibu.

Mengenai makanan pertama bayi, ramai ibu-ibu mungkin tertanya-tanya “Apakah makanan pertama yang terbaik bagi bayi?” Banyak makanan yang terbaik buat bayi yang baru mula makan antaranya adalah buah Avokado. Avokado yang dilecek bersama susu ibu (Atau susu formula bagi bayi yang menyusu formula) adalah sangat sesuai dijadikan makanan pertama bayi kerana tekstrurnya halus dan rasanya yang berlemak. Ia sesuai bagi  bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya

Ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin)  C, E dan K serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.



Info mengenai Avokado :
  • Jika teringin membeli avokado, pastikan anda memilih buah yang kulitnya berwarna gelap kerana ia sudah boleh dimakan.
  • Pilih avokado yang disusun di bahagian paling hadapan.
  • Jangan cucuk atau picit avokado menggunakan hujung jari, sebaliknya jika anda ingin mengetahui isinya sudah lembut, anda boleh mengepal avokado dengan tapak tangan.
  • Avocado enak dijadikan jus, salad atau dimakan dengan manisan.
  • Isi avokado juga boleh dijadikan sos atau bahan pemekat dalam kuah.
Kandungan yang terdapat di dalam 100 gram Avokado :
  • Karbohidrat 8.53 g
  • Gula 0.66 g
  • Dietary fiber 6.7 g
  • Lemak 14.66 g
  • Protein 2 g
  • Thiamine (Vit. B1) 0.067 mg (5%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0.130 mg (9%)
  • Niacin (Vit. B3) 1.738 mg (12%)
  • Pantothenic acid (B5) 1.389 mg (28%)
  • Vitamin B6 0.257 mg (20%)
  • Folate (Vit. B9) 81 μg (20%)
  • Vitamin C 10 mg (17%)
  • Calcium 12 mg (1%)
  • Iron 0.55 mg (4%)
  • Magnesium 29 mg (8%)
  • Phosphorus 52 mg (7%)
  • Potassium 485 mg (10%)
  • Zinc 0.64 mg (6%)


-------------------------------------------------------------
BABY RECIPE : MILKY AVOCADO

Setengah biji Avocado
2oz Breastmilk

Blend sehingga halus ATAU boleh lenyekkan avocado dan dibancuh bersama2 susu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Aku sangat la teruja nak bagi syamil makan. Siap google resipi lagi okeh!
hahhahahaha.
Ok mana nak cari avakado ni?
Tak pernah jumpa pun kat supermarket..
;p



2 comments:

EIKA said...

boleh dikatakan semua pasaraya ada jual avocado ni dear :)
jemput singgah blog ika ya :)
baby kita sebaya :)

kocha said...

wawa, sasha ni. ingat lg tak i? dulu kwn blog tp i dh delete blog whitewallsofhermind dulu tu ingat tak? tetiba i teringat u tu terus carik nama u tu. terkejut i tgk blog u u dh ada anak rupanyan huhu

whatsapp i please 0126448279

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998