Friday, February 22, 2013

Day 2 : Cable-Car & Crytals Yacht Cruise

Untuk hari kedua kitaorang putuskan untuk naik cable-car sahaja. Memandangkan cuaca tidak menentu, angin kuat rasanya baik kitaorang plan pergi sana lebih awal. Kalau tak dapat naik hari tu boleh cuba datang hari seterusnya. Sebenarnya pakcik makcik datuk nenek kita ada juga disana, ada beberapa family juga. Dorang pergi awal sikit berbanding kitaorang. Dah dua hari dorang pergi, dua-dua hari tu tak dapat naik sebab angin kuat. Rasanya tak lengkap laaa kalau tak dapat naik cable-car bila dah sampai langkawi ni kan. 


  

 Semangat mama cerita. hik hik!
Alhamdulillah, ketika disana perjalanan kami dipermudahkan. Tuan rumah yang baik hati sudah beli siap-siap tiket jadi sampai sana terus collect je. Tak ada la kena beratur panjang.. :)



Tunggu nak naik cable-car agak lama juga tapi masih sabar menunggu giliran. Ada yang datang, balik dengan perasaan yang hampa bila tiket dah tak boleh beli. Perkhidmatan banyak kali dihentikan sebab angin kuat. Risau juga kalau kitaorang tak dapat naik.. ;p



Sempat tengok 6D yang kat belakang tu. Mak aihhh! terkeluar anak tekak dok jerit. Ke kita sorang je yang jerit sebenarnya.. hik hik!



Masa post gambar ni kat fb ramai yang tanya "dah berisi ke? dah berapa bulan" kita senyum je dan ameen kan je lah. Dah taktau nak jawab apa. heeee!!


Dapat rasa yer angin kat luar tu kemain kuat. Cable-car ni terhuyung hayang sikit. Debor akak tertiba.. hee!

Ni belum sampai puncak lagi baru stesen pertama. Menyesal turun bukan ada apa pun, nak naik cable-car kena beratur balik.  Aiyakk!

Hilang rasa takut bila cik abe peluk kuat-kuat. Ehh! hahahha..

Kat atas ni nak buat apa je pun, bergambar je lah. Angin kemain kuat rasa macam kita nak terbang pulak. Siapa yang gatai pakai dress tu berterbangan la baju anda.. Mama punya baju pun hampir terselak. kekekke!

Tengok budak dua orang itu berebut kopok. Nampak macam lapar sangat! hahaha..

 Adik dengan gaya posing terbaru, tunjuk lubang hidung. Tak paham akak haihh!

 


Kat puncak pun tak lama sangat. Lepas tu bergegas turun sebab takut laaa angin kuat sangat. Dah pikir bukan-bukan dah. Biasa la otak kita ni kan.. heee!


Dulu kita la paling kecik rasanya. Sekarang kita la paling giant disini. ahak hak!

My Family!
 


Singgah sebentar di Crytals Yacht Cruise. Berhenti pun takat nak posing je. Lepas tu berlari masuk kereta, cuaca sangat panas wohh. Basah ketiak!

 Posing sama seperti diatas. hik hik!

 

Last picture!


ohh balik je terus carik makan. Nampak je kedai makan main terjah je. Sedap tak sedap belakang kira janji dapat makan. :)



Wednesday, February 20, 2013

Day 1 : Hello Pulau Langkawi !

Walaupon percutian langkawi ni tahun lepas punya cerita tapi kita nak kongsikan la juga pengalaman dan suasana berada disana. Lokasi percutian kali ini dipilih memandangkan kami sekeluarga belum pernah jejak kaki di Pulau Langkawi jadi kami sepakat memilih bercuti disana. 


Maklumlah hujung tahun lepas masing-masing dapat bonus kann jadi berkongsi la kita semua bonus yang ada itu dengan bercuti bersama-sama. Rasa seronok sangat sebab percutian kali ini semua ahli keluarga kita ada. Lengkap semuanya! Termasuk la menantu kesayangan mama abah ni. ecehh! hahaha. Kalau tidak, ada je salah seorang tak join. Adik lelaki bujang kita sepatutnya tak pergi pun tapi last minute nak pergi pulokk. Kelam kabut mama cari tiket. Heeee!!



1st time naik monorel ke klia. Kita dan Incik Lalan naik flight, mama abah dan adik-adik semua naik tren. Malam tu kitaorang hantar dorang kat KL Central dan keesokan harinya dorang pulak amek kitaorang kat airport. ;)


 Jangan pulak ada yang tanya akak pregnant berapa bulan ye. Akak tampo korang laju-laju karang! heee.. doakan saja k.. :)


Yeyy! dapat seat tepi tingkap boleh tengok awan. Tapi teruja tu sekejap je la pehtu gayatt. Terus cuba tidur walaupon tak boleh. Tup tup "ehhh,, dapat sampaii"


Adik lelaki bujang jemput kitaorang di airport. Mama abah dan yang lain layan laksa di tepi pantai yang indahhhh. Sebelum tu kitaorang dah google siap-siap mana tempat makan yang harus terjah. Dan rekemen makan laksa kat sini. Sampai-sampai mama dah siap order laksa dan cendol. Sodapppp!


Lepas makan-makan terus check in di pekan kuah. Kami memilih homestay sebab tekak masing-masing ni jenis makan kat rumah. Jadi harus ada dapur. Ada paham. hehehe! Nak taknak memang kena masak la. Tapi bukan nya masak hari-hari pun ada juga makan luar. Dan permintaan dari suami terchentoo nak yang ada swimming pool ok.. Jenuh mama nak cari homestay yang ada kolam. Gigih cari sampai dapat demi menantu tersayang. wekk muntohh baca.. heee!!


Hari pertama tak jalan mana pun sebab banyak hari lagi kan. Sooo relakss kat homestay sambil makan ketam bercili tuan rumah kasi. Harus la mama yang masak. Baikk yer tuan rumah siap bagi ketam kat mama sempena anniversary katanya. Kenal pun hanya melalui facebook je pun..  ;)


Petang pula masing-masing rendam dalam kolam sampai tak ingat nak naik. Gambar tak ada la sebab semua seksi u.. heee! Dan malam jalan cuci mata di pantai chenang. Meriah uollsss! Maklum la malam krismas jadi mat salleh bogel kemain ramai. *tipu* haha! Kenyang la koo tengok kopek mat salleh kann.. ;p





Tu minah yang depan tu beria shopping baju macam kat kl takde jual baju je. hek hek! Siap pakai sweater lagi konon demam. Tapi tak ada rupa demam pun.. ;p


Malam tu mood akak agak slow sikit. 




Ni dah senyum lebar sebab dah dapat makan. Kat pantai chenang jangan risau pasal makan ye kawan-kawan. berderet kedai makan sesajorr. Tak kebulur punya, kompem. Itu sahaja cerita untuk hari pertama. Sok sok kita sambung lagi..


Sekian dari kami pasangan bulat tapi comey! hik hik..





Friday, February 15, 2013

(review filem) The Impossible

Lamanya tak buat review filem kan. Rinduuuuu..
Semua rindu. hik hik!

Disebabkan hari ini hari jumaat jadi kita nak buat review mengenai filem the impossible ni. Banyak mengisahkan kasih sayang dan keluarga.


Sebelum itu tengok vid ni dulu k.. :)



Mengisahkan sebuah keluarga Maria Bennett (Naomi Watts), suaminya Henry (Ewan McGregor) dan anak Lucas tiga mereka (Tom Holland), Tomas dan Simon bercuti sempena Krismas di resort syurga tropika di Khao Lak, Thailand. Walau bagaimanapun, tahun 2004 tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, telah memusnahkan zon pantai, dan mereka sekeluarga dihanyutkan dalam banjir. Kesemua mereka terpisah kecuali Maria dan anak sulung lelakinya, Lucas.
 





 

Melihat ketabahan dan kesungguhan Lucas melindungi dan menjaga ibunya Maria, membuatkan hati kita ni sebakkkkkk sangat. Terus teringat mama kat rumah. Bayangkan keluarga kita hilang dalam sekelip mata. Sedih ok sedihh! Sampai keluaq la aiyak mata, hidung semua. Tapi hilang fokus menonton bila orang depan buat movie sendiri pulak kann.. hekhekhek! ok sambung balik..

Kecederaan yang dialami oleh Maria agak teruk dengan kaki terkoyak, mata lebam memang nampak real sangat. Biasa la kalau mat saleh buat cerita kan. Ombak tsunami pun macam ombak sebenar. heee!!

Atas desakan Maria, mereka menyelamatkan seorang budak kecil yang dikenali sebagai Daniel yang juga telah terpisah dari keluarganya. Mereka dijumpai oleh penduduk tempatan dan membawa mereka ke hospital. Masa penduduk kampung tu tarik Maria, kita pulak yang terasa sakit. Dah la kaki kooo koyak kan, tak boleh berjalan boleh pulak tarik gitu je. Perghh! Tiap kali ada scene menangis, kita turut sama menangis. ecehh! Nasib baik masa tu suami tak kacau kalau tak potong stim tauu. ;p

 






Di tempat lain Henry, Thomas, dan Simon jumpa semula dan terselamat. Yang peliknya kedua-dua budak kecil yang comel itu tidak mengalami kecederaan yang teruk yer. 

Dalam keadaan hospital yang huru hara, kelam kabut Maria meminta Lucas membantu mereka yang memerlukan. Saat lucas datang semua mencari ibu nya di wad yang sama, ibunya tiada. Sentap tak tertiba mak koo takde kan. Meraung memanggil nama ibunya tapi tiada jawapan. *sedih scene ni.. nangis lagii..
Ajaibnya mereka sekeluarga bertemu semula di hospital yang sama. Masa tu kita pulak rasa nak lompat kegembiraan. hik hik!

Mereka mendapati Maria, yang kelihatan berada di ambang kematian dan memerlukan pembedahan segera. kalau tengok keadaan hospital dia pun sedehhhh! Hari berikutnya seorang wakil syarikat insurans mereka tiba untuk terbangkan mereka ke hospital di Singapura dengan pesawat kecil. Sekiannnn.. fuhh!


Bercintaaaa rasanya nak habiskan satu entry ni. hehehehhe.. Maklum laa dah lama tak menaipkan. Otak jadi lembab sekejap. Maaf ye ayat berterabur sama seperti duluu.. hee! ;)


Kita kasi


 Mana yang tak tengok lagi rasa dah takde kut kat wayang. Beli cd je la erkk! 
Boleh tengok ulang patplohpat kali.
;p


Thursday, February 14, 2013

Hoolllaaaa !! i'm backkkkk..

Haaaaiiiiiiiii!!   
(sambil lambai-lambai tangan) 
^_^





Wujud lagi rupanya blog kita ni ehhh. Tertiba terasa rinduuuuuuuuuuuuuu sangat nak tulis blog. Nasib tak tutup terus. Bila nak tutup terus macam "hmmm sayang la pulak.." jadi terbiar sahaja tanpa sebarang cerita baru. Tapi bila tengok nuffnang ada juga yang masuk erkk. Terharu ahkak. hik hik!


Akaun nuffnang pun ada la dalam 2 ringgit gituu sampai la sekarang. Haha! Mana la tahu kann lama tak update tertiba naik jadi dua ratus. (Veranggan je la koo!)



Perkembangan terkini tuan tanah kedaung?

Kita semakin sihat dan semakin kembang. Serius. Berat badan naik mendadak. Betul. Tak tipu.
Nah! tengok. Saja je tunjuk gambar ni cover sikit sebab takut korang terkejut beruk plak kann. Haha! Kadang kan akak ni dik sentap ok, budak opis duk kata akak ni gemok. Hidung kembang kempis tahan marah. Baru akak paham bagaimana perasaan orang berbadan besar ni bila orang tegur kan. Takpe takpe janji kita sihat kan kan kan (ayat nak sedapkan hati) heeeee!!

Tiada lagi istilah kebaya dalam hidup kuuuu. Baru tahu yang duluuuuuuuuuuu kita ni kurus keding. Sekarang kebaya tu semua sampai tak boleh butang. Demmm! Stress akakk. haha! Kalau boleh pakai pun kain semua tetas koyak. Main kasar tau! Rasa nak ambil gunting koyak-koyak kan terus. haaa gituu! ;p

Satu stress baju tak muat, satu lagi sebab tak ada baju nak pergi kerja. Walaupun almari tu penuh dengan baju tapi biasa la perempuan kan, mana nak pakai baju ulang-ulang dua minggu sekali kennn.. Tipuu la kalau korang cakap korang tak kisah. Jentik hidung baru tau.. ;)

Sekarang dalam usaha nak menurunkan berat badan. Gigih akak beli losyen segala bagai dengan harapan lemak ni hilang. Nan hadooo. Kita syak lemak kat badan ni lemak tepu kut. keh keh keh! Jogging pun baru berapa minit dah mengah tak cukup napas. Suami dah bagi amaran. Kalau taknak jogging nanti dia jual kasut jogging kita dalam mudah.my. haha suami siapa letteww.. main ugut-ugut pulak. ;p






Ok ini baru permulaan. Nanti kita update lagi ye. Janjiii! (^_^)v


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998