Friday, February 15, 2013

(review filem) The Impossible

Lamanya tak buat review filem kan. Rinduuuuu..
Semua rindu. hik hik!

Disebabkan hari ini hari jumaat jadi kita nak buat review mengenai filem the impossible ni. Banyak mengisahkan kasih sayang dan keluarga.


Sebelum itu tengok vid ni dulu k.. :)



Mengisahkan sebuah keluarga Maria Bennett (Naomi Watts), suaminya Henry (Ewan McGregor) dan anak Lucas tiga mereka (Tom Holland), Tomas dan Simon bercuti sempena Krismas di resort syurga tropika di Khao Lak, Thailand. Walau bagaimanapun, tahun 2004 tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, telah memusnahkan zon pantai, dan mereka sekeluarga dihanyutkan dalam banjir. Kesemua mereka terpisah kecuali Maria dan anak sulung lelakinya, Lucas.
 





 

Melihat ketabahan dan kesungguhan Lucas melindungi dan menjaga ibunya Maria, membuatkan hati kita ni sebakkkkkk sangat. Terus teringat mama kat rumah. Bayangkan keluarga kita hilang dalam sekelip mata. Sedih ok sedihh! Sampai keluaq la aiyak mata, hidung semua. Tapi hilang fokus menonton bila orang depan buat movie sendiri pulak kann.. hekhekhek! ok sambung balik..

Kecederaan yang dialami oleh Maria agak teruk dengan kaki terkoyak, mata lebam memang nampak real sangat. Biasa la kalau mat saleh buat cerita kan. Ombak tsunami pun macam ombak sebenar. heee!!

Atas desakan Maria, mereka menyelamatkan seorang budak kecil yang dikenali sebagai Daniel yang juga telah terpisah dari keluarganya. Mereka dijumpai oleh penduduk tempatan dan membawa mereka ke hospital. Masa penduduk kampung tu tarik Maria, kita pulak yang terasa sakit. Dah la kaki kooo koyak kan, tak boleh berjalan boleh pulak tarik gitu je. Perghh! Tiap kali ada scene menangis, kita turut sama menangis. ecehh! Nasib baik masa tu suami tak kacau kalau tak potong stim tauu. ;p

 






Di tempat lain Henry, Thomas, dan Simon jumpa semula dan terselamat. Yang peliknya kedua-dua budak kecil yang comel itu tidak mengalami kecederaan yang teruk yer. 

Dalam keadaan hospital yang huru hara, kelam kabut Maria meminta Lucas membantu mereka yang memerlukan. Saat lucas datang semua mencari ibu nya di wad yang sama, ibunya tiada. Sentap tak tertiba mak koo takde kan. Meraung memanggil nama ibunya tapi tiada jawapan. *sedih scene ni.. nangis lagii..
Ajaibnya mereka sekeluarga bertemu semula di hospital yang sama. Masa tu kita pulak rasa nak lompat kegembiraan. hik hik!

Mereka mendapati Maria, yang kelihatan berada di ambang kematian dan memerlukan pembedahan segera. kalau tengok keadaan hospital dia pun sedehhhh! Hari berikutnya seorang wakil syarikat insurans mereka tiba untuk terbangkan mereka ke hospital di Singapura dengan pesawat kecil. Sekiannnn.. fuhh!


Bercintaaaa rasanya nak habiskan satu entry ni. hehehehhe.. Maklum laa dah lama tak menaipkan. Otak jadi lembab sekejap. Maaf ye ayat berterabur sama seperti duluu.. hee! ;)


Kita kasi


 Mana yang tak tengok lagi rasa dah takde kut kat wayang. Beli cd je la erkk! 
Boleh tengok ulang patplohpat kali.
;p


10 comments:

cha said...

lamanya menghilang haha. mcm best je cite ni tp i segan klau cite sedih2 nanti ternangis husband i ejek haha

Wawa_Nadwa said...

cha :

lama kan hilang??!
hahaha!
aáh hubby kita pun suka sakat klu nangis tgk cite sedih camni.
tp haritu dia tak kacau pulak.
boleh tgk dgn tenang.
hik hik!

Amiha Ayu said...

akak plan nak tgk jap lagi.. ada lagi kat wayang.. harapnya laaaaa...
hahahaaa

Muzafar Shah Haji Zainal said...

Banyak movie terlepas tengok ni Wawa... Good review and keep it up... Boleh buat review masa nak beli DVD nanti... Hehehehehe... Cetak rompek jer leeerrr...

Thanks 4 ur wish yer Dak Cumel... Lamo den tak panggil tu... :)

shura shushi said...

I dah tengok cerita ni, mmg SANGAT sedih, part paling sedih bila semua adik beradik berjumpa balik :((

Wawa_Nadwa said...

Amiha Ayu :

haaa gi tgk..
best!
;)

Wawa_Nadwa said...

Muzafar Shah Haji Zainal :

kena tukar la dak chumel tu. rasa macam tak sesuai. hahaha! Dak gebu kutt..

urwelcome!
:)

Wawa_Nadwa said...

shura shushi :

sedih kan!
haaa rasa nak tengok lagi..
heee!

mr_abs said...

orang padah cita tok best. aish mok diatt

Mohd Luthfi said...

lama tak datang ni.. ooo cik wawa dah kahwin. kena tukar title jadi puan wawa la yer. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998