Tuesday, December 31, 2013

Anugerah terindah, Dzal Aidi Syamil !

Assalamualaikum..

Lama tak update blog. Ada lagi ke yang buka n baca blog ni? ;)
Ini adalah yang terakhir untuk tahun 2013. Kira penutup la yer so panjang sikit lah!



Tanggal 28hb oktober yang lepas, alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sempurna pada jam 5.58 pagi, berat 3kg. Setelah bertarung nyawa 5 jam, keluar la anak ku yang diberi nama Dzal Aidi Syamil bin Mazlan.. ;)


Pengalaman? Memang tak dapat dilupakan. Serik? Tak lah. Mesti nak tambah lagi. Iyer dak. Hehe. Tapi biarlah Syamil besar dulu, dapat kasih sayang yang secukupnya. Klise sangat kan alasan tu. Haha.


Rindu kut nak update blog. Sekarang duduk rumah belek anak je la. Harini genap 2 bulan 3 hari. Rasa macam lama pulak ambil cuti bersalin 3 bulan. Aaaiii bosan u taktau nak buat apa kat rumah selain belek anak. Bila anak tidur mata ni segar pulak.


Meh nak kongsi cerita pengalaman bersalin..


25hb okt, perut dah mula rasa sakit. Darah dah keluar. Terus pergi hospital. Seluk, dah 2cm. Disuruhnya balik. Katanya darah dah keluar banyak dan sakit sangat sampai muka dah tak boleh senyum baru datang semula. Ohh macam tuuu..

26hb okt, sakit manja-manja je. Lepak kat rumah dengan suami..

27hb okt, rasa sakit dah kerap. Sakit 5minit sekali. Siap tulis kat kertas masa contruction datang. Tapi macam was-was juga sebab kita bukan tau sakit contruction yang sebenarkan. Kang pergi hospital balik kena marah pulak. Hee.. bila makin sakit terus ke hospital dan bukaan baru 3cm. Hok alohh.. lambatnya. Haha. Serius, aku memang tak sabar nak bersalin sebenarnya. Teruja tau teruja. Tak ada langsung rasa takut tu. Masa doc check dia ada tanya ada ambil air pape ke sebab perut mengeras semacam. Air selusuh, minyak kelapa dara semua dia tanya.Dan akhirnya aku kena tahan dalam wad. Lega juga kena tahan sebab kalau suruh balik kita ni bukan tahu sakit nak bersalin camne memang nervous memanjang je la kan. Sepanjang malam tu memang perut dah rasa tak selesa, sakit kejap-kejap. Nak tidur mata tak boleh lelap.



28hb okt, 12.00t/malam dah tak senang duduk. Kejap bangun, jalan pusing dalam wad. Minta nurse seluk tengok bukaan. Dah sakit agak kuat. Baru 4cm. Katanya anak sulung bukaan memang lambat. Diarahkan turun ke labour room. Sebelum tu masuk ubat yakkk. Memang keluar habis segalanya. Tak payah susah-susah teran sebab nanti koo lagi banyak nak teran. Haha! Masa nak pergi labour room tu memang tak sempat buat apa, air selusuh pun tak sempat minum. Nurse dah terpacak kat katil dengan wheelchair nak bawak pergi labour room dah. Call suami minta datang takut tak sempat pulak kan. Macam masuk labour room terus bersalin je.. hehe! :)

Sepanjang dalam labour room suami sentiasa disisi. Bukan takat memberi kata semangat tapi tukang kipas juga. Ohh hoiii panas kut dalam labour room tu.. suami asyik kena marah je sebab bila dia berhenti kipas. Dia kata lenguh kut tangan dia duk kipas je. Haha.. bayangkan dari kul 1 pagi sampai la kul 5 pagi mengipas tanpa henti demi isteri tersayang. Kehkehkeh. Aku dengan sakit nya tangan memang tak lepas genggam tangan suami. Hee.. sakitnya tuhan je yang tahuu.. ;p

Bila dah 9cm, nurse suruh meneran. Katanya macam nak berak. Seyes memang tak pandai teran. Muka sampai merah. Asyik kena marah je sebab salah teran. Hahaha. Lama juga kut sampai dah tak ada tenaga dan penat. Suami tak putus-putus suruh teran. Bila ingat balik memang kelakar laaa..haha aduhaii.. bila nurse kata anak dah lemah dan nak berak. Masa tu dah tak ingat apa. Kumpul segala tenaga terannn sekuat hati. Beberapa kali cubaan akhirnya lahirlah anak lelaki kuuu.. tapiiii..

Baby dah flat. Tak menangis. Nurse minta izin suami nak potong tali pusat sebab nak selamatkan baby. Aku dah takut masa tu. Ya Allah kenapa nii.. terus bawa keluar. Suami cerita balik masa tu banyak wayar kat badan Syamil. Lambat juga dia nak nangis. Hmmm masa tengah jahit bagai tu. Aku asyik tanya "anak saya dah nangis?" Lama juga dia nak nangis..  dah siap semua nurse bawa masuk baby katanya nak bawa pergi NICU. Aku dapat cium dia kejap je. Suami azankan dan terua pergi. Tak sempat nak dukung dia..


Selesai semua terus dihantar ke wad tanpa anak disisi. Suami tengok anak katanya penuh wayar kat badan anak. Ya Allah sayuuu je hati ni. Memang tak sampai hati nak tengok..


Masa sampai kat NICU tengok anak dah dikeluarkan duduk kat katil ni. Kalau tidak kata suami ada satu bilik penuh berselirat dengan wayar. Alhamdulillah syamil hanya sekejap je dalam bilik tu. Dapat pegang anak macam ni je. Tak boleh angkat. Tak boleh nyusukan. Memang tak ada air mata yang keluar tapi dalam hati meraung yer..

Hari ke 2 dah boleh discharges tapi anak masih ditahan. Balik tanpa anak amatlah menyedihkan. Malam tidur berendam air mata. Hihi..



Cooling therapy. Menggigil badan anak. Sampai 72jam pulak tu. Sampai ke hati nak tengok anak menggigil kesejukkan. Pandang kiri kanan nurse tak perasan. Cepat-cepat pegang badan anak kasi panas sikit. Gosok tangan kaki badan dia. Nampak berselimut bagai tapi dalam selimut tu penuh belon air lagi bagi dia sejuk sebab nak jaga suhu badan dia kata nurse la. Kita bukan nya tahu sangat kan..




Hari ke 4 kalau tak silap, lepas selesai cooling therapy nurse suruh bf kan anak. Ya Allah.. buat pertama kalinya dapat dukung anak, nyusukan anak. Nak nangis je rasa.. haaa masa 3 hari tak nyusukan anak, kopek dah mula membesar. Yelaaa susu tak keluar. Dah mula bengkak. Nurse suruh perah. Orang takde pengalaman memang tak keluar la susu kan. Sekali nurse picit, keluar sebaldi. Haha.


Hari yang ke 5 atau ke 6 kalau tak silap lepas je habis cooling therapy tu Syamil ada jaundis sikit. Kena la duduk bawah lampu biru ni. Nurse pesan nak kurangkan kuning tu kena kerap nyusu. Memang aku sanggup tak tidur bagi je dia nyusu. Alhamdulillah keesokkan harini kuning dah kurang dan dibenarkan pulang. Seminggu juga Syamil kena tahan..



Hari pertama di rumah. Hari ke tujuh melihat dunia.. ;)



Beberapa bulan kemudian.. hehe!
Alhamdulillah.. Makin sihat. Makin bijak. Makin mengada-ngada.
;)

Dah pandai nak sembang. Tengok kat Instagram okey.. ;)









Itu je buat masa ini. Tengok la kalau rajin beberapa bulan lagi baru aku update. Hahaha.. maklum la dah ada anak ini sibuk sikittttt.. heeee!!


"Happy New Year!!!!!"


Seperti tahun sebelum nya aku mesti buat entry azam kan. Alhamdulillah azam tahun ni ada tercapai. Azam tahun 2014 nak jadi isteri, mama, anak dan menantu terbaik buat suami, anak dan keluarga..  ;)

Goodbye 2013. Hallo 2014.
;)





Wednesday, September 11, 2013

8 months!! 54 days to go.... ;)

 Assalamualaikum..



Rasa macam nak menceceh pasal mengandung lah kali ni. Hari ni dah 32 minggu 3 hari. Kita bangga, bersyukur sangat dapat mengalami pengalaman ini. Alhamdulillah sepanjang mengandung kita tak ada banyak sangat alahan dan meragam macam-macam. Boleh memasak, mengemas dan sebagainya seperti biasa. Cuma masalah emosi dan selera makan agak terganggu. Berat pun tak banyak naik, sekarang dah 61kg. Check up pun baby alhamdulilah sihat, kaki tak bengkak, gula dalam badan ok. Kira kita bernasib baik sebab tak perlu minum air gula sehingga sekarang. Harap tak payah la kan. Hehehe!


Terasa comel pulak sejak mengandung ni. hehh! ;p



Jantina baby pun kita dah tahu. Memang dah agak sebab orang keliling dok sibuk cakap baby apa kan. Sebenarnya tak kisah baby boy or girl, janji baby sihat. First time scan kat hospital serdang, masa check up doktor terus cakap jantina baby. Ehh tak rahsia dah. Haha! Kedua kat klinik kerajaan, jantina yang sama. Scan 3d, 4d pun samaa. Betuii la tu kutt.. hik hik!


Kita ni special case setiap kali check up mesti scan sebab awal mengandung kita ada ovarian cyst. Alhamdulillah, sekarang cyst dah tak ada. Kadang cyst normal bila di awal kehamilan jadi jangan terlalu risau ye kawan-kawan. Kang jadi macam kita dulu, aduii tu yang menganggu emosi tu. Risauuu dan takut. Heeee!!


Jadi bila dah kompem baby apa, kita laki bini sangat teruja la membeli barang baby. Tapi mama dah pesan awal-awal jangan beli new born sebab baby cepat besar. List barang memang sentiasa ditangan, yang penting je beli dulu. Yang lain-lain kemudian. Yang tak tahan beli sikit je baju dengan harapan nanti orang bagi hadiah baju. hahahhaa..  ;)



Baby sekarang sangat la aktif bergerak. Nurse suruh kira pergerakan baby. Kadang kita tengah sibuk mana la sempat nak kira bagai kann, tak perasan pun baby gerak. Kalau rajin kira la, kalau tak agak-agak je sudehh.. hehe!


Masa mula-mula baby dah mula tendang, baby gerak kemain excited yerr. Sekarang baby gerak.. Perghhh senak perut makk sayangg uiii. hihihihihi! Baring pun dah tak selesa. Pusing kiri sakit, pusing kanan sakit. Tidur telentang baru selesa. Katil memang penuh dengan bantal lahh, bantal kepala, bantal peluk, bantal letak kaki, bantal busuk lagi. haha! Sampai jatuh-jatuh bantal ke bawah katil, suami kat sebelah pun dah tak nampak sebab bantal banyak sangat. hehe.. Tapi tu la katanya tak elok tidur telentang sebab baby tak dapat oksigen. Tuu yang selesa buat masa ni..


Semua wanita sangat benci dan takutkan pada strech marks ni kann kann kan. Termasuk la yang menaip ni. Gigih la pergi cari lotion. Awal-awal dulu semangat la koo sapu, pehtu malas dah. hahaha!




Kaki pulak sokmo lenguh-lenguh dan cramp. Nak sapu minyak pun kemain seksa. Perut dah membesar jadi nak tunduk pun dah tak sampai. Suami sekarang out station jadi buat sendiri la, kalau dia ada pun buat sendiri juga. Kita ni kan tak suka susahkan orang. Ecehh.. Yela dah tau kita dah sarat tak sampai bukan nak offer diri buatkan, ni tengok je. Mulut perempuan tu memang kata tak payah, tapi dalam hati nak sebenarnya. Susah la laki ni nak paham. Lemmm sangat.. kekekkeke!


Nak potong kuku pun tak sampai. Macam-macam gaya ada.. ;)


Haaaaa.. ni gambar kaki ni pun google je. kang ku tempek gambar kaki sendiri, takut pitam pulak kome yang melihatnya. hahaha! bughokkk..



 Memang orang cakap banyak kan berjalan masa mengandung ni nanti senang beranak. Rumah tingkat 3, ofis pun tingkat 3.. fuhhh mengahh akak ni panjat tangga dik. Kembang kempis hidung kalau naik tangga. Pfftttt!


Sekarang rajin la baca pasal beranak ni. Siap tengok dalam youtube One Born Every Minute. Suka tengok cita tu, mula tengok kat Astro. Pastu rajin pulak tengok kat youtube, pasal beranak-beranak ni laa. Mat salleh kalau beranak macam-macam gaya ada. Cam bestt pulakk. hahaha!


Baca pasal teknik bernafas masa bersalin. Siap what app suami suruh ingatkan masa kita nak bersalin nanti takut lupa. Ntah ntah dia pun lupa bila dah nebess kann.. Wakakkaka!


Bila kaki dah kerap cramp baru terhegehh minum susu. Kita bukan la pengemar susu lembu ye. Bauu dan rasanya amatlah meloyakan. Nasib baik laa ada perisa oren ni sekurang-kurangnya takda la bau kuat sangat. Minum pun senapas je taukk. Punya la seksa. Heeee!! ;p




 Dah puas menceceh ni maiii nak tunjuk baby kitaaa..
Baby S!
S for.. jeng jeng jeng!
;p


1st tu dia buat muncung koooo. Adik badik kita je tau yang kita suka buat muncung gituu. Kadang masuk lif biasa la ada bauu kan, takyah tutup hidung dengan tangan, buat muncung gitu sudah memadai. hahahah! Sekali anak ikut, terkejut mak nakk.. Plsss jangan buat gitu sayang, tak cantik.. hihi!
 



Penat dah mak buyung menceceh walaupun tangan yang menaip. Tertiba mengantuk pulak, cepat kul 1 plss. Nak tidur.. lalalallalala~!


Thursday, September 5, 2013

Cerita mak buyung raya pertama! Hari ni raya ke berapa?? ;)

Assalamualaikum..


Masih raya lagi kan kan kan? hehehe.. Walaupon mood raya sudah semakin berkurangan, janji kita update masih di bulan syawal lagi. Tertiba je mood nak update mariiii..


Sejak mengandung ni bila nak update blog, taip tajuk, taip assalamualaikum.. *krikk.. krikkk.. krikkk* tak ada idea yang datang. Tutup terus blog ni. Hari ini pulak macam rajin semacam jadi marilah update laju-laju sebelum mood hilang.. ;p


Kita sekarang bukan la blogger tegar yang akan update blog setiap hari macam zaman muda dulu-dulu. Makin tua ni makin kurang idea untuk menulis dan sejak kahwin rasa malas pulak nak berkongsi cerita. Yela banyak hati yang perlu dijaga. Keluarga makin besar jadi banyak juga mulut yang perlu kita jaga, iyer idokk? Dah ler mak buyung ni hati tisuu kang sentap siapa susah. Kita jugaaaa..Tak gituu! ;p


Raya hari tu kita dah 7 bulan laa.. Tapi dari belakang ramping kannn. Jalan kaki mahu ke surau untuk sembahyang raya. Walaupun nampak slim tapi mengah juga lah akak ni menapakk nak ke surau. Yang laki denn dah lajuu ke depan, sampai hati tak tunggu bini. Hihi!


Balik dari sembahyang raya. Laju-laju pi tukaq baju raya. Tahun ni kita tak ada beria cari baju raya pun. Baju raya purple ni adik perempuan yang beli online. Dia tak berkenan katanya tak berapa glamour, jadi jual je kat kakak kesayangan. Dengan keadaan sekarang yang cepat penat tak kuasa la haihh nak gi redah lautan manusia semata cari baju raya. Biasa la kan lagi dekat nak raya lagi ramai manusia dekat shopping complex macam sogo, jalan TAR, uptown, downtown.. tempat gitu konpemmm penuh! pffttt... Tu tempat biasa macam kita ni bershopping, butik butik tengok dari luar je.. tak mampuu.. haha!

Sebelum pergi keluar beraya, seperti tahun-tahun sebelumnya sesi bermaafan dan bersalaman bersama keluarga terchintaaaa. Tahun ni alhamdulillah keluarga kami dapat kumpul semua. Kalau tak, ada je seorang tak ada tapi tahun ni lengkappp! Tahun depan lagi meriah kut dengan kehadiran cucu sulung mama abah.. hihihi!

Walaupun gambar blur tapi tetap juga nak tempek dalam blog sebab? begini la setiap tahun. Nangiss dulu baru minta ampun, minta maaf. hahahaha! Selalunya baru pandang muka dah sok sek sok sekk nangis. Lepas nangis gelak macam syaitonnnn anak beranak. Kelakar sangat. Siap kongsi towel kecik lap air mata.. hik hik!

Ini Tok kitaaa..Comel takk??  Bak kata mama selagi Tok masih ada, masa ni la pun kita merasa raya kat kampung. Best kut raya kat kampung, memang jalan beraya je sebab sedara mara Mama memang ramai. Tapi tahun ni tak dapat beraya sangat sebab petang tu cik abe kita dah kena naik flight balik KL, malam kena kerja. Kesiannn.. heee!


Tok layan je la cucu yang suka bergambar ni yekk! :)

Warna tema ulang tahun lepas, jimatt! Heee..
Masa dah sesi salam-salam dan pergi keluar beraya semua. Baru teringat yang kami laki bini ni tak beraya lagi. Boleh gitu?? "Eh abang, kita tak raya lagi kan?? Mehh la nak minta maaf ni. Rasanya banyak buat salah niii.." Hahahhaa sendiri rasa bersalah. Orang banyak salah memang hati tak senang selagi tak minta maaf. Kekekkeke. Yang tak tahan boleh dia jawab "Haaaa.. tau pun!" Hampehh tauu. Rasanya dah raya ke berapa baru laaaa berkesempatan nak minta maaf segala bagai. Dia bukan kisah pun, takut kena bagi duit raya lettewww.. Heeeee~

Gambar syok sendiri kami berdua memang banyak. Rasa nak tempek semua tapi ada yang muntah hijau pulak. Haha!

Anak cucu Tok!





Gambar dari tepi nampak sangat besarr. Huhu!





Jalan raya. Rumah wajib setiap tahun, Tok Lang Mama.



Berlatarbelakangkan sawah adalah wajib.

Suka gambar ni. Walaupun muka masing-masing tak sedia. Tengok kat tangan tu ke hulur ke hilir bawak towel sebab sekarang kuat berpeluh. Macam berlari 100 meter berpagar pulak peluh keluar tu. Hehehhe! Seronok masa ni sebab nak gi beraya jalan kaki je ramai-ramai. Kalau kereta lalu kena la ketepi muat-muat satu kereta je ni. Keluarga kitaorang je riuh kut. 

Kira ni kali pertama, raya pertama suami kita raya kat kampung mama. Tu pun banyak lagi rumah tak sempat beraya, lagi-lagi kat Selama. Sana lagi best tapi belum berkesempatan bawak suami lagi. Tahun akan datang la ye!





Petang dalam kul 3 petang, terus hantar cik abe pergi airport kat Bayan Lepas. Pak cik tu kan kerja malam. Ingatkan dua tiga orang je ikut temankan, sekali penuh kereta naza menghantarnya. Haha! Tu pun Ayah Ngah offer Naza dia sebab ramai sangat yang nak mengikut. Ikutkan bila dah sampai Penang ni nak cari pasemboq. Oiii mana la raya-raya ni ada orang jual pasemboq oiii.. haha! Anak dalam perut dah tendang-tendang kelaparan.. ;p



Lepak Padang Kota Lama. Nak balik rumah Tok pun tak ada siapa kat rumah. Depa semua jalan raya kat Selama jadi kami pun join la mat bangla lepak ambil angin disini. Ramaii kut mat bangla. Kiri kanan muka shah rukh khan.. ;p


Pusing-pusing cari shopping complex sebab nak makan je. Boleh? Lapar sangat bak hang. Yela pagi tu akak bedal mee jawa je kut. Gi beraya pun minum air je. Nak jalan pun rasa tak larat. Tengokk muka keletihan disitu maklum la akak ni bawak budak. Yang lain semua masih segar bugar lagi. Hehe. 

Jadi kita singgah Queens Bay kut kalau tak silap lupe la. Makan nasi ayam. Member komen kat IG. Hari raya orang makan rendang, kitaorang makan nasi ayam. Kisah pulak aku. Janji kenyang.. ;)

My fav pic!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lagi beberapa hari genap la 8 bulan.
:)





Nanti kalau rajin. Kalau rajin laa kita kongsi gambar scan baby ekk.
hihi!

:)




Thursday, May 2, 2013

Kemurungan semasa hamil

 

Apakah tanda-tanda kemurungan?

Kehamilan adalah sesuatu yang menggembirakan, tetapi bukan setiap masa, dan bukan setiap wanita merasa begitu. Kira-kira satu dalam 10 wanita mengalami kemurungan semasa hamil.

Kita mungkin cuba menutup perasaan ini kerana kita selalu percaya bahawa kehamilan adalah masa yang menggembirakan, atau kita mungkin menganggap kesedihan itu sebagai "angin tak baik" yang sering berlaku semasa hamil. Tetapi kemurungan boleh menjadi masalah serius bagi sesetengah wanita.

Tidak mudah untuk mengumpulkan beberapa simptom dan mengatakan ia akan menjurus kepada kemurungan kerana masalah ini berbeza dari seorang wanita ke wanita lain. Sesetengahnya mempunyai angin tak baik sepanjang masa, sesetengah yang lain pula merasa jengkel dan sering menangis, atau merasa diri tak berguna dan tidak mahu hidup. Kemurungan boleh menjejaskan emosi dan fizikal serta tindak-tanduk anda.

Berikut adalah beberapa simptom yang mungkin ada jika anda mengalami kemurungan:
  • tidak dapat menumpukan perhatian;
  • sentiasa bimbang;
  • rasa sangat jengkel;
  • masalah tidur;
  • keletihan yang teruk atau berpanjangan;
  • keinginan untuk makan setiap masa atau tiada selera makan langsung;
  • perasaan bahawa tiada apa yang menggembirakan atau menyeronokkan;
  • rasa sedih yang berterusan.

 

Apakah sebab kemurungan ini?

Sebelum ini, hormon kehamilan dipercayai mempunyai "kesan perlindungan" daripada kemurungan, kerana ramai wanita yang mempunyai perasaan dan emosi yang bagus semasa hamil. Namun, kini diakui bahawa tekanan dan stres akibat kehamilan dan menjaga anak kecil boleh membuatkan kaum wanita terdedah kepada masalah ini.

Jika terdapat mana-mana aspek dalam kehidupan anda yang tidak berjalan lancar, maka anda menjadi lebih terdedah kepada kemurungan. Contohnya, sebab utama kemurungan semasa hamil ialah masalah perhubungan. Jika anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suami, atau suami anda tiada di sisi, maka anda lebih berkemungkinan untuk mengalami kemurungan.


Sebab-sebab lain:

Peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan
Adakah anda akan berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persiapan menyambut kehadiran bayi ini? Adakah anda mempunyai masalah di tempat kerja? Apa-apa perubahan besar dalam kehidupan harian seperti perpindahan, atau peristiwa penting dalam hidup seperti perceraian atau kehilangan kerja boleh menyebabkan kemurungan.

Pendapatan rendah
Tiada pekerjaan dan tiada kelayakan kedua-duanya memainkan peranan, tetapi jumlah pendapatan yang rendah itu sendiri mempunyai kaitan besar dengan kemurungan pranatal.

Masalah kehamilan
Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan.

Komplikasi dalam kehamilan terdahulu
Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal.

Masalah kesuburan atau keguguran
Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang.

Penderaan, samada di masa lalu atau sekarang
Kehamilan boleh menjadi penyebab bagi keganasan rumah tangga atau menjadikannya lebih teruk. Bagi wanita yang pernah mengalami penderaan emosi, seksual, fizikal atau melalui tutur kata, memori hitam ini boleh muncul semula akibat kehamilan. Badan anda kini berubah tanpa boleh dikawal, dan ini boleh mengembalikan isu-isu yang telah lama terpendam.

Anda sepatutnya boleh berbincang dengan selamat dengan doktor anda semasa pemeriksaan pranatal, di mana anda boleh memberitahu beliau mengenai sebarang penderaan (dulu atau sekarang) supaya anda boleh mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya.

Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga
Jika masalah kemurungan berlaku dalam keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi murung. Tetapi bukti menunjukkan bahawa ini meletakkan anda dalam risiko lebih tinggi untuk mendapat kemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil.

Semasa pemeriksaan pranatal, doktor anda mungkin akan bertanya mengenai kesihatan mental anda pada masa ini dan terdahulu supaya anda boleh mendapat bantuan apabila anda memerlukannya.

 

Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?

Berehatlah
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi.

Bersenam
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu.

Luahkan
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Cubalah terapi atau kaunseling
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini.

 

Bilakah saya patut bimbang?

Jika anda rasa seperti hendak membunuh diri, atau hilang pertimbangan, tidak dapat menjalankan tanggung jawab harian, atau jika anda mengalami serangan panik, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera. Ini sangat penting terutamanya jika anda dapati sukar untuk menjaga diri sendiri dan tidak lalu makan, kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Berjumpa ahli terapi atau psikiatri bukan tanda kelemahan. Ia adalah tanda bahawa anda adalah seorang ibu yang baik, yang sanggup mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan diri dan bayinya.

Jika kesemua cara di atas tidak berkesan dan kemurungan membuat hidup anda semakin sukar, berbincanglah dengan doktor mengenai ubat-ubatan. Memanglah anda boleh mengambil ubat anti-kemurungan semasa hamil, tetapi anda perlukan bantuan untuk menimbangkan kebaikan dan keburukannya dengan berhati-hati. Ini kerana, terdapat kemungkinan kecil yang kesihatan anda dan bayi boleh terjejas akibatnya.

Ubat anti-kemurungan yang biasa disarankan oleh doktor ialah fluoxetine, yang mempunyai jenama Prozac. Ia merupakan sejenis ubat anti-kemurungan yang dipanggil selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs).

SSRIs dipercayai meningkatkan risiko kecacatan jantung pada bayi. Dipercayai juga bahawa mengambil beberapa jenis ubat anti-kemurungan terutamanya venlafaxine (Efaxor) atau paroxetine (Seroxat), atau mengambil gabungan beberapa jenis ubat anti-kemurungan, boleh meningkatkan sedikit kemungkinan untuk gugur. Tetapi kemurungan yang teruk juga tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi. Bincanglah dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk anda.


Artikel dipetik dari www.babycenter.com.my


***************************************************

Hmmm.. kita rasa ada masalah kemurungan laaa.. hmmm semua simptom diatas rasanya ada pada kita ini. Semua serba tak kena. Tidur tak lena. Sedih dan risau semacam. Makan tak lalu. Rasa nak bawa diri jauh-jauh cari ketenangan. boleh?
 :'(




Monday, April 29, 2013

Bila ujian datang melanda..

Assalamualaikum...


Janji demi janji.. Akhirnya kita mungkiri jua.. Maaf untuk janji itu..
Lepas ini tak janji nak update dah sebab keadaan tidak mengizinkan..


Setelah 9 bulan kami mendirikan rumahtangga, akhirnya doa kami dimakbulkan..
Saya disahkan berbadan dua..
Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira nya hati ini..
Setiap pasang yang kahwin memangnya inginkan zuriat sendiri..
Setiap bulan keputusan sangat mengecewakan..
Masih berpikiran positif dan redha..
Beri ruang pada kami stabilkan ekomoni yang terubang ambing ketika itu..
Kurma, kismis, folic asid.. Semua cuba. Mengharapkan keputusan positif..
Berdoa dan terus berdoa.



Alhamdullilah berkat doa keluarga dan rakan-rakan, kita mengandung..
Berita gembira itu disusuli dengan ujian demi ujian..
Ya Allah..
Takut..
Takut dan risau..
Biarlah rasa takut risau itu disimpan sendiri.
Ada alasan tersendiri..
Kadang bila duduk seorang rasa sepi sangat. Masa tu la air mata deras laju.
Mengharapkan suami ada disisi ketika itu. Minta dipeluk dan berikan semangat tapi hampa.
Hanya padaNya tempat mengadu.
Mohon padaNya permudahkan segala urusan ku..
Doakan saya dan baby sihat ye!
:')



Setakat ini saya baik-baik sahaja. Alhamdulillah!
Tak ada muntah-muntah. Cuma pening dan cepat penat.
Selera makan makin berkurang. Tak boleh makan nasi..
Kaki lenguh-lenguh..
Mood pun bertukar-tukar.
Kejap nak marah, kejap rasa sensitif, kejap rasa nak manja-manja, kejap rasa nak tampo orang pun ada. heee!!
Rumah tu rasa malasssss sangat nak kemas. Padahal tak boleh tengok rumah bersepah.
Rumah bersepah rasa stresss sangat. Duk 2 orang je rumah macam ada anak 10. boleh?
Tak boleh lama duk lama dalam kereta. Kalau jamm memang rasa nak nangis je.
Boleh masak tak ada masalah, cuma bila masak sendiri rasa tak boleh nak makan.
Kalau orang masakkan rasa macam Ya Allahhhh sedapnyaaa.. haaa gituu.. ;)
Suami memang harussssss bersabar banyak dengan kerenah kuu..
Baru suruh cari air epal asamboi muka dah tak boleh blaa.. masa tu la pulak susah nak cari. ;p



Sekarang kerap check up kesana kemari demi anak dan mak nya sekali..
Berulang la kita ke hospital serdang, klinik kerajaan lagi..
Dugaan dugaan.. Harap semuanya baik saja..
Harap saya kuat hadapi semua ini..
Doakan ye!
:)













Friday, February 22, 2013

Day 2 : Cable-Car & Crytals Yacht Cruise

Untuk hari kedua kitaorang putuskan untuk naik cable-car sahaja. Memandangkan cuaca tidak menentu, angin kuat rasanya baik kitaorang plan pergi sana lebih awal. Kalau tak dapat naik hari tu boleh cuba datang hari seterusnya. Sebenarnya pakcik makcik datuk nenek kita ada juga disana, ada beberapa family juga. Dorang pergi awal sikit berbanding kitaorang. Dah dua hari dorang pergi, dua-dua hari tu tak dapat naik sebab angin kuat. Rasanya tak lengkap laaa kalau tak dapat naik cable-car bila dah sampai langkawi ni kan. 


  

 Semangat mama cerita. hik hik!
Alhamdulillah, ketika disana perjalanan kami dipermudahkan. Tuan rumah yang baik hati sudah beli siap-siap tiket jadi sampai sana terus collect je. Tak ada la kena beratur panjang.. :)



Tunggu nak naik cable-car agak lama juga tapi masih sabar menunggu giliran. Ada yang datang, balik dengan perasaan yang hampa bila tiket dah tak boleh beli. Perkhidmatan banyak kali dihentikan sebab angin kuat. Risau juga kalau kitaorang tak dapat naik.. ;p



Sempat tengok 6D yang kat belakang tu. Mak aihhh! terkeluar anak tekak dok jerit. Ke kita sorang je yang jerit sebenarnya.. hik hik!



Masa post gambar ni kat fb ramai yang tanya "dah berisi ke? dah berapa bulan" kita senyum je dan ameen kan je lah. Dah taktau nak jawab apa. heeee!!


Dapat rasa yer angin kat luar tu kemain kuat. Cable-car ni terhuyung hayang sikit. Debor akak tertiba.. hee!

Ni belum sampai puncak lagi baru stesen pertama. Menyesal turun bukan ada apa pun, nak naik cable-car kena beratur balik.  Aiyakk!

Hilang rasa takut bila cik abe peluk kuat-kuat. Ehh! hahahha..

Kat atas ni nak buat apa je pun, bergambar je lah. Angin kemain kuat rasa macam kita nak terbang pulak. Siapa yang gatai pakai dress tu berterbangan la baju anda.. Mama punya baju pun hampir terselak. kekekke!

Tengok budak dua orang itu berebut kopok. Nampak macam lapar sangat! hahaha..

 Adik dengan gaya posing terbaru, tunjuk lubang hidung. Tak paham akak haihh!

 


Kat puncak pun tak lama sangat. Lepas tu bergegas turun sebab takut laaa angin kuat sangat. Dah pikir bukan-bukan dah. Biasa la otak kita ni kan.. heee!


Dulu kita la paling kecik rasanya. Sekarang kita la paling giant disini. ahak hak!

My Family!
 


Singgah sebentar di Crytals Yacht Cruise. Berhenti pun takat nak posing je. Lepas tu berlari masuk kereta, cuaca sangat panas wohh. Basah ketiak!

 Posing sama seperti diatas. hik hik!

 

Last picture!


ohh balik je terus carik makan. Nampak je kedai makan main terjah je. Sedap tak sedap belakang kira janji dapat makan. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998