Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

"Selamat Menyambut Aidiladha!"
:)


Nih tengah siap-siap nak balik, bos bagi balik awal . Yahoooo!

 Maklum la mama mama kita kat sini je, takyah sibuk nak balik kampung bagai. hehehe~!
:p


Wednesday, October 17, 2012

Hamboii.. Sedapnya landing dalam periukk!

Semalam sepatutnya kita takyah masak sepatutnyaaaaaaaa la kann. Tertiba balik kerja semalam suami kesayangan aiii tu pi tanya "nak masak ke yang??" haiii macam nak suruh masak je tuu. haha!


Lepas balik kerja tu, biasa la dah bini orang ni kann balik kerja singgah ler beli ikan, ayam, udang beli untuk stok seminggu terus. Nak singgah beli hari-hari malehh la akakk. Jadi sampai rumah tu bersilat terus ke dapur siang apa yang patut sebab nak simpan peti ais terus. Dah cik abe tanya dah macam suruh masak, takkan nak cakap "malassss la bangg" hok aloh kejam gila. hehehe jadi masak la secara laju dan pantas nya. Masak yang simple aje sudehh. Berpeluh juga la ketiak nii. haha!


Masa nak masak nasi letak la periuk kat bawah sebab nak buh beras kan. Tertiba lajuuuuu je si bella masuk dalam periukk.. Erk! Dah ler orang nak cepat sedappp je koo landing kan bella.



Ni nak marah ke nak gelak ni??
;p



"Keluar la bellaaaaa orang nak masak niiii wuiii!!"


Kadang balik kerja hilang penat semuanya lepas tengok gelagat bella yang comel ni. Tak jadi nak marah. Memang bantai gelak kaw kaw laa.. ;p


Hamboii hamboii hamboii!
"Keluarrrr sekarang bellaaaaaa!!!"


Kalau abang nak baca paper selalunya memang tak tenang la kan kalau ada bella. Memang kena kacau je la. Haha! Kalau tinggal berdua dengan dia memang terkekek-kekek ketawa tengok bella. Agaknya jiran sebelah heran je minah ni gelak sorang dalam rumah. heeee!




Wednesday, October 3, 2012

Kucing jejas kehamilan? Betul ke??


Bila kita post yang kita ada bela kucing ramai rakan-rakan yang terkejut. Katanya kalau mengandung nanti bahaya kalau bela kucing. Kakak-kakak kat opis kata kalau nak mengandung tak boleh dekat dengan kucing. Yeke??






Pelik. Sebab kita tak pernah dengar pula pasal ni. Mungkin sebelum ni tak ambil tahu atau tak kisah. Tanya mama, mama cakap pun tak pernah dengar pula. Apa guna teknologi yang canggih sekarang kalau tidak digunakan semuanya dihujung jari, jadi kita pun google cari info berkenaan.


Terkejut!


Baca dan baca. Risau sebenarnya.. Betul ke? Nah baca ni sekadar ingin berkongsi. Sahih ataupun tidak boleh la tanya pada doktor-doktor pakar yer.


Artikel diambil dari SINI




Bagi pasangan yang telah berumah tangga dan sedang merancang untuk menimang cahaya mata, keguguran bayi adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Aku faham benar perasaan mereka yang telah mengalami keguguran bayi yang berulang kerana cahaya mata pertamaku hanya selamat dilahirkan selepas 4 tahun aku berkahwin. Apatah lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi belum “lekat” seorang anakpun. Kecewa, putus asa, kemesraan suami isteri yang berkurangan dan kemurungan yang jika tidak ditangani akan menjejaskan kerjaya dan keharmonian rumah tangga itu sendiri.




Keguguran boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti rahim yang lemah, jangkitan virus, kemalangan dan lain-lain. Tapi post kali ini ialah berkenaan kucing yang mungkin menjadi punca keguguran bayi. Tentu ada yang tidak pernah mendengar mengenai Toxoplasma, sejenis parasit yang memakan janin di awal perkembangannya. Hanya selepas lebih 2 tahun mencuba dan mengalami beberapa keguguran, kami diberitahu mengenai kemungkinan jangkitan Toxoplasma.



Toxoplasmosis


Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:



Toxoplasma - parasit punca keguguran bayi
Sumber gambar - http://www.medicalook.com/


Simptom Toxoplasmosis


  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.


Cara mencegah jangkitan



  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna


Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.



P/S Entry ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dan diharap dapat dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun telah beberapa kali mengandung.




 Dan juga baca entry ini.. ---> Kucing Jejas Kehamilan




Ada yang kata boleh je bela tapi yang pasti kebersihan harus diutamakan. Kalau nak bersihkan najis-najis kucing tu suruh orang lain yang buat, kalau dah terdesak sangat guna sarung tangan.


Sekarang ni tengah pikir-pikir balik nak terus bela ataupun bagi kepada tuan lama nya semula. Tapi serius kita dah sayang sangat sangat sangat kat Bella ok. Rasa sedih pulak nak bagi balik. hurmm.. Bela dulu kutt sampai la ada berita gembira nanti baru pikirkan macam mana nak buat.. :)


Siapa yang ada pengalaman meh la kongsi.. :)


Tuesday, October 2, 2012

Judika - Aku yang tersakiti

Jummm layan lagu ni jummm!
Kita dah berpuluh kali ulang lagu yang sama.
Dengar lah lagu ni sampai bosan yek.
hik hik!
:)





"Selamat Bekerja"




Monday, October 1, 2012

4 months..

Hari ini 1 Oktober 2012, genap 4 bulan.
Rasa macam "ehh.. baru 4 bulan.." haa gitu! haha..


Hmmm.. Selama 4 bulan bergelar suami isteri ni macam-macam benda baru yang kita belajar dan baru tahu perangai sebenar pasangan kita sebenarnya. 


Betul orang kata masa bercinta indah sahaja. Kita bagi contoh mudah la. Kalau masa bercinta dulu, hok alohhh romantik gilaaa. Makan siap suap-suap. Sekarang?? Hampehh.. Koo suap la sendiri. Hahahhaha. Nampak? tu baru 4 bulan tuu. "Ohhh masa bercinta dulu kemain kannn?" Jawapan slumberr "Tu masa belum dapat. hee..." Lepas tu wayang susah sangat nak jejak sekarang. Kalau dulu pantang ada movie baru cepat je terjah.. Grrrr!


Dah 4 bulan ni kena banyak memberi dan menerima. Menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Yelaaa masa dulu tak duduk serumah jadi kita tak tahu perangai sebenar pasangan kann. Jadii mesti ada tak puas hati dengan habit masing-masing punya. ;p


Kita ni sejak kahwin ni kuat noooo membebel. Biasa la apa yang tak kena dimata semua dibebel nya. Tapi rasanya lelaki ni memang patut kena bebel sebenarnya, dah pesan banyak kali tapi still buat benda yang sama.. Nampak, dah start nak membebel nii. Adoii dah macam mak mak tau. hehehehehhe!


Dah sejak 4 bulan bergelar isteri ni berat badan naik mendadak. Baju kebaya, seluar jeans semua ketat ye. Orang kata "ok la tu senang hatii.." Tu laa makan, makan dan makan. Jogging nya semangat sebelum kahwin je, lepas kahwin malass tu yang badan jadi gitu tuu.. huhuhu!




happy 4th months anniversary to us! :)


Berlawan perut siapa lagi comel. Boleh?
;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998