Friday, September 21, 2012

Blogger New Interface

Ehhhh! Salah bukak laman web ke? Kenapa tertiba dashboard tukar jadi gini nehh. Kita tertekan ke? Puas godek-godek balik cari button untuk tukar yang lama. Tak ada! 


Hok Alohh! Dah tukar kahh? Benci nyaaa laaa haii.. Terkial-kial nak cari mana button create new post yer. Seperti baru 1st time guna menatang ni. Maklum la kalau tukar lain sikit dah gelabah tak tahu nak guna macam mana. Rasanya yang lama mudah sikit kut berbanding yang baru ni. 


Udah la mood ahkak ni suam-suam kuku nak mengupdate. Nampak plak dashboard gini, terus tekan [X] sebab tak kuasa nak godekk lelebihh.. pheww~


Fening kefala tengok lohh!
grrrrr~


Thursday, September 20, 2012

Pulau Gemia - Part 5

Inai di jari sudah hilang warnanya. Pulau Gemia tak habis-habis kisahnya. Wahh! Pantun 2 kerat. Boleh? Dalam draft banyak lagi cerita belum publish. Makin lama makin kurang entry yer. Dulu sebulan berpuluh-puluh entry boleh buat, sekarang sebulan 10 entry pun susah. hmm.. Mana roh rajin niiiii?? ;)


Ini entry terakhir untuk Pulau Gemia kay.. 
Entry sebelum ni klik sini ---> Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4 


Kita syak yang kita ni sebenarnya mabuk laut laa. Yela sepanjang kita di Pulau Gemia, kepala adalah sakit sentiasa. Dah telan berbijik-bijik panadol pun masih sakit lagi. Haihh pelikk pelikk! Jadi bila kepala dah sakit, ubatnya adalah membuta je la kan. Kalau nak jalan-jalan kepala ashik berdenyut tak best pulokk. hok aloh! spoil laaa..


Elok kaki jejak jeti terus hilang sakit kepala.. boleh? "Macam mana kepala, sakit lagi tak?" Suami kerisauan. "Ehh dah ok la.. tak sakit dahhh.." hahahha. Rasa nak lempang je diri sendiri sebab dah la susah nak jejak pulau sekali boleh sakit kepala. huh! Jadi jangan la ajak kita pergi pulau ye kawan-kawan nanti sakit kepala tak sudah. Mencikk! ;p


Jumm tengok gambar!





Hati berdeborr sebenarnya sebab sebentar lagi nak naik bot untuk ke jetii. Waaa! Tak suka naik bot. Takde ke pengangkutan lain selain daripada bot laju??  ;p




Sampai je jeti rasa macam ringan dah kepala ni. weeee!~!


Shopping kopok untuk family sikit. Dah tu apa je ada kat jeti pulau kapas tu. Bagus juga, kalau tak banyak lagi kitaorang borong bawak balik. Hiks!


Tamat!


Berakhirlah sudah entry Pulau Gemia. Pulau apa tak pergi lagi ni?? Pulau Langkawi kita tak pernah jejak. Percaya tak? haaaa soo hati ni nak sangat jejak sana. Harap-harap kepala tak ting tong kalau tak macam mana nak shopping uollssss... ;p



Tuesday, September 18, 2012

Penat!

Kadang bila cuti tak ada istilah rehat dah sekarang ni. Rehat bagi kita nak duduk je rumah sambil tengok tv macam zaman bujang dulu. Boleh? Hahahahha.

Sekarang pantang cuti ada je program, ada je keluar mana-mana. Alahaiii acik ni penat la. Badan macam selalu je mengah. Ke sebab berat dah naik? Yela kut satu sebab berat dah naik, sebab lain tanggungjawab dah bertambah. Lagi-lagi jaga si kecil Bella kat rumah. Heee!

Rasa macam nak pergi bercuti dah rehat sepuas-puasnya tanpa gangguan siapa-siapa. Boleh? Bolehhhh laaaaa!!! *sambil hentak-hentak kaki* ;p

Nah! Berat badan naik. Stresssss. Dah macam mak orang dah kita tengok. Shawl kemana, belit-belit kemana. Sarung je la tudung gini. Senang hidop koooo! Hehehe.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Bella Stella Loffa !

Mai sini kita nak perkenalkan baby baru kita, Bella Stella Loffa. Makkk aihh! Panjang gila nama kooo. Haha! Bella je sebenarnya saja kasi panjang. hiks! :)


Mula-mula Incik Lalan sibuk nak buh nama Loffa. Kita reject. Sebab bila panggil Lofa terus teringat Neelofa. hahaha! Pikiaq punya pikiaq.. Akhirnya, BELLA menjadi pilihan. Rasanya baru beberapa hari kita bela. Manja. Sangat manja. Nak kita belai dia sesajor. aloh aloh alohhh!


Kita ni seorang 'penggeli' orangnya. Tak boleh tengok taik. Hahahhaha! Tapi bila dah bela kucing ni gigih juga la hadap. Nasib pandai kencing berak kat pasir yang kita sediakan. Tak ada la berak merata jadi kautt buang je. Dan kita juga sensitif pada bau busuk. Hahahha! Nasib baik juga taik dia tak bau kuat. Kalau tak mau ter'wekkk' kat situ. Heeeeeeeeeeeee!!!


Suka main dekat kaki. Kadang nak mengemas sibuk kejar kaki kita. Nak masak main kat kaki. Apo laie den sumbat masuk dalam sangkar. Meoww meoww minta dikeluarkan. Mula tu macam alahaiii kesian la pulak. Lama-lama kena tahan gak, yela kalau sibuk kerja kaki kita nak buat apa semua terbantut. Kang ada yang terpijak kann. huhuhu! 


Jom la tengok baby kita nii.. :)










Mula-mula kahwin dulu Incik Lalan sibuk nak bela kucing tapi kita tak kasi sebab rumah kecik. Tapi tak tau macam mana hati terbuka nak bela kucing. Tengok si Bella ni terus nak bela, Cik Yati pun nak bagi lampu hijau terus kita amek je laa. Dah la susah nak dapat kucing secomel ini. Bulu kemain panjang, manja pulak tu. Terus jatuh hati padanya. ewahh!


:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998