Thursday, August 30, 2012

Raya ohh raya!!

Macam mana raya? Okay tak uollssss??


Yang raya rumah mak mentua ok?? Tu tanya siapa tu?? Tanya diri sendiri laa.. kekkekeehh! Rasanya tahun ni ramai kuttt raya belah mentua. Dan buat yang pertama kalinya beraya rumah mentua kita jawab Alhamdulillah okayyy je! 


Sebelum raya hari tu budak-budak kat opis ni dah siap sakat sebab kena raya rumah mak mentua. "Kooo siapp meraunggg la pagi raya nanti... bla bla blaa.." Cuak juga kan maklum la kali pertama beraya jauh dengan keluarga sendiri. :)


Setelah berbincang kita sepakat untuk raya rumah mentua dulu. Yelah kakak dan abang Incik Lalan dah masing-masing raya rumah mentua kedah kelantan sana nuuu. Jadi kita raya bangi dulu lah nampak gaya nya. Aiiii okay je uollss takde la rasa pape sangat. Cuma bila buka facebook tengok gambar raya keluarga kat kampung jadi sebak tiba-tiba. Sayuuuu je rasa hati ni. Heee!! Bila tepon beraya dengan mama abah dengar suara dorang, tewas. Melelehhh jugak aiyaq mata ni.. huhu!


Tema untuk baju raya kali ni warna purple. Incik Lalan dah siap tempah baju melayu masa nak kahwin dulu soo dia pakai baju melayu tu je la. Yang kita punya baju raya harusssss la baruuu kannn. Kata nak sedondon dengan suamiii. Sanggup redah lautan manusia kat Jalan TAR tu semata-mata nak cari baju raya. kehkehkeh!



Hamboii banyak nye membebel. Maklum la jarang update, sekali update hambekk kooo! Berperenggann dia punya karangan.. Heeeeeeeeee!! 


Mehh la tgk gambar raya kitaa. Tahun ni pecah rekod ye adik-adik kakak-kakak abam-abam. Gambar raya tak banyak! Boleh kira dengan jari je gambar nya. Sedih! hahahhaa.. Sebab geng bergambar takdok.. Sedih lagii! Lepas tu takde gambar gedik-gedik dah, semua sopan je ye. Maklum la dah jadi bini orang kena sopan santun sikit.. hiks! wekk.. ;p



 Tahun ni beraya bersama suami. Sedondon purple gitu!


Suami yang tidak bersampin. Hok alohh! togel je kita tengok ehh.. :p


Sesi bermaafan!
Tapi frust gambar kita bermaafan dengan suami takdak. Adehh! Nak la kenangan kan. Dah ler 1st time raya sama. hmm.. 


Incik Lalan dah siap-siap bagitau yang kita tak ada duit raya.. Whattttt?? Dah lerrr 1st time raya ada laki pastu tak dapat duit raya. Ohh kita tak kira nak juga duit raya.. "tak kira nak jugakk duit rayaaaa.." haaa nampak siap paksa suruh bagi duit raya.. hahahha! Nasib baik dapat juga kalau tak sentappp.. hee! ;p


Adik Effa & Mama! :)





 






Ni kita jengket sebenarnya nak bagi sama tinggi. Dorang ni awat la tinggi bebenorr. Terserlah ke'pendek'an kita!

Candid!
Macam macik kepoh pulak tengok gambar ni. Masa ni nyanyah kat kampung tepon. Sibukk menganggu orang nak bergamboo.. "ehhh nanti aku tepon kooo balik.. aku sibukkk niiii.." hiks 


Manis-manis belaka. Termasuk la tudung purple hujung sekali tuuu.. :p








Macam skema je posing. huh!


Masing-masing yang semakin bulatttt!
;p


Muka nampak sangat kepenatan. Ni dah malam kut masih baju yang sama. Berlenggasss sudah! 


Sepupu sepupu baruu! :)


Dan ini sahaja untuk gambar raya ke dua. Sedih kan?!  hehe!
Malas nak bergambar sebab disekeliling semua tak bergambar juga. Kalau kat kampung ni semua gila kamera jadi posing sesajorrr. Beratus-ratus gambar hadoo! Rindu nak amek gambar gila-gila bersama adik-adik sepupu ku, abang-abang sepupu kuu dikampung. :)


Rumah Mak & Abah angkat Incik Lalan!


Rasanya tak penah kita amek gambar posing seskema ini. Lepas tu suami tak penah plak offer nak amekkan gambar kita. Cisss! Dahhhh tauu bini awak nak update blog mesti nak banyak gambar kan. Aduhh tak memahami betul la. Hehehhee!

Ni ada yang ku tutup terus belog ni kang. Sebab takde sokongan moral.
hahhahah!
Sentap!


Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua pembaca misswawa.blogspot.com . Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada tersilap kata, terlanjur cara, terlebih gurau pada sesiapa secara sengaja ataupun tidak sengaja dalam penulisan saya di blog ini. Mungkin ada yang tak suka, ada yang menyampah, ada yang meluat dengan apa yang dipaparkan disini  mohon ampun dan maaf. Saya hanya la insan biasa yang tidak lari melakukan kesilapan. :)


Tahun ni beraya bersama suami di rumah mentua.
Bandar Baru Bangi - Klang. 
Pengalaman baru. 
Sangat teruja.
Sedih juga sebenarnya sebab tak dapat beraya bersama family di kedah. Jangan meraung sudah bila dengar takbir raya nanti. Heeee!! :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin!






p/s : Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Selamat mengharungi kesesakan dengan sabar ye. Kita raya KL jewww. Hehehe! Jangan memotong, jangan laju-laju, ingatlah orang tersayang. 
:)



Thursday, August 16, 2012

Pulau Gemia - Part 4

Sebelum raya kita habiskan dulu entry honeymoon ni okay. Malam kedua kalau tak silap ada 'candle light dinner'. Biasa la kalau orang honeymoon ni kan mesti ada candle light dinner punya. Makan dengan romantik gitu hanya bercahayakan lilin. Ecececcehh!


Malam tu sebenarnya ada beberapa pasangan lagi. Kononnya makan kat luar dekat sikit dengan laut. Dah baik setting sekali hujan.. derrrrrr!! Jadii kita makan didalam sahaja. Ok la janji makan. Hiks!


Muka camni sebab mabuk snorkeling tak hilang lagi. hahaha!
Kena tunggu depa setting meja kat dalam. Hujan pulak dohh. Nasib baik la tak makan lagi, kalau tak makan dalam hujan la nampak gayanya.. :)


Posing manja dengan Incik Lalan. 
Aloh aloh alohh! rasa nak lempang. haha!


Jom tengok gambar je lah!





Layan je la si suami amek gambo kita.. ;p




Kita nak senyum malam tu agak payah sebenarnya. Incik Lalan hamboiii panjang lebar senyum dapat snorkeling kann. Dia taktau kepala kita ni berpusing-pusing macam duduk dalam bot lagi.. hikhik!


Menu malam tu.
Dia punya salad kan, tengah syok syok makan sekali ada udang mentah. eiiwww dah telan takkan nak keluarkan balik. hehehe! Tapi rasa tak puas makan sebab kita ni tekak melayu kalau ada nasi laukk lagi besttt. hahahhaha!


Suami kiterrrrrr! 


Penuh makanan dalam muluttt. Senyum tetap senyum itu harusss..


Layan ice cream! :)


Rasanya kalau tak silap belakang tu lautt.
Dah malam kan nampak hitam sesajorrr laaa.. ;p
Shawl simple je. Sarung gitu je tanpa pin bagaii. Tak kose nak cung cung dalam hutan haihh. Tak bawak pulak tudung bawal ke, tudung ikin ke kalau tak dah sarung tu jeee..  


Pipi sama-sama kembang.
Sekarang bertambah-tambah kembang. hahahha!
ok itu saja. kbye!



:)


Wednesday, August 15, 2012

Pulau Gemia - Part 3

Ok kita sambung balik entry Pulau Gemia. Berjanggut nak tunggu sambungan kann.. Heee! 

-------------------------------------------

Sejujurnya kita sangat takut pada laut dan ombak. Tertiba jadi cuak semacam. Bila dengar ada aktiviti 'snorkeling' terus macam nak demam. Huhuhu! Terus ngendeng si suami "kalau saya tak join boleh takk sayanggg??" "NOoo!" Suami kita ni jenis kalau dia suruh tu kita tak boleh kata tak. Kena cuba jugakk! Dia nak kita rasa pengalaman snorkeling tuuu. Uwaaaaaa dalam hati sedih betul sebab kena paksa. Gerammm jeeee! Nasib la tengah honeymoon ni sabauuu je laa.. hahahha!


Baru duduk dalam bot dah rasa nak muntah bila bot tu dipukul ombak. Ohmaiiiiiii!! Camne nak teruskan ni. Diamm je sambil tenung lautan yang luas dengan harapan tak pengsan dalam bot nanti. Hehehhee!


Sebelum bertolak. Dup dap dup dap!


Walaupon muka senyum dalam hati Tuhan saja yang tahuu.. hiks!




Kejadian yang tak dapat dilupakan masa nak turun daripada bot tu, kita tergelincir kat tangga bot. Tangan masih tak lepas genggam besi tangga tu sampai lebam juga la tangan ni. Terus mood hilang! Sakit kooooo.. Yelaaa orang memang takut nak turun laut tu kan tuu jadi gituu tu. Cuba tenang sikit mesti tak jadi camni.. Heeeeeeeeeeeeee!!


Orang lain dah jauh ketengah, yang kita ni duk je la tepi-tepi bot tu tengok ikan. Tangan kat besi tu memang tak lepas la takut hanyut ataupun tenggelam. Padahal dah pakai jaket tetap takut tenggelam sampai abang bawak bot tu banyak kali cakap "tak akan tenggelam punya dikkk kalau pakai life jackettt tuuu" Ada mak kisah. Perasaan T A K U T  tuuu telah menguasai diriku masa ituuu. Hahahhah!


Tapi kalau bergambar tak nak kalah! Peaceeee.. ^_^


Pakcik ni berani semacam pulak. Kata honeymoon tapi ditinggal-tinggalkan kita. Sampai hati! Agaknya kalau dia ikut kita nampak gayanya tak dapekk la dia nak snorkeling kann.. hehe!


 Gini je la gayanya yang mampuuu.. Hahhaha!
Jeless ok tengok orang lain berenang dengan seronok nya. Nak buat camne denn dah memang penakut. Redhaaa je laa.. hik hik! Walaupon snorkeling 2 jam, rasanya kita turun beberapa minit saja. Pastu naik duduk je la dalam bot sambai habis. Rasa pening, rasa nak muntah, rasa nak terkencing semua adaa.. ;p



Ni datang kejap je dekat bini dia. 
Pastu hilang dah lupakan bini dia yang penakut nii.. Wuwuwu!



Diakhiri dengan gambar kita naik bot dengan bergayanya. Kalau orang tak tau cerita kat atas niiii, bila tengok gambar ni taktau sebenarnya orang ni takut lautt kan?? lalallallala!


Sampai je jeti terus buka jacket semua kasi Incik Lalan suruh hantarkan kat kaunter. Kita terus berlariiiiiiiiiiiii pergi bilik sebab rasa nak muntah, rasa nak terberak, rasa nak terkencing, rasa nak pengsan semua ada dahh. Dahh laa bilik koooo kemain jauhhh. Nak buka pintu bilik tu menggigil tangan. Sabauuu je laaa.. hehehhehe!



Pengalaman yang tak mungkin dilupakan..
:)



Thursday, August 9, 2012

Pulau Gemia - Part 2

Oh! nampak nya ramai yang tertunggu-tunggu entry seterusnya. Tidak ada apa cerita yang menarik cuma beberapa keping gambar disekitar pulauuu bersama suami terchentaa.. Ececehh!


Pulau Gemia tak besar mana pun, kecik saja. Pusing-pusing ke situ juga, selebihnya adalah hutan. Lokasi yang sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Privasi sangat uollsss... hehe! 


Kita nak bercerita lanjut tentang Pulau Gemia ni pun tak berapa nak tahu sangat. Nak tanya pakej honeymoon pun bukan tau pun detail nya, semuanya telah diuruskan oleh Incik Lalan sendiri. Jadi bagi sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut, terjah je la laman web nehh.. ------> http://www.gemia.com.my/


Lepas makan tengahari kita jalan-jalan sekitar pulau. Pemandangan sangat mendamaikan. Hilang segala penat kenduri, penat mengangkut barang rumah dan juga hilang stress bila tengok anak-anak penyu yang comel-comel nehh. Rasa nak bawak balik sekor.. hiks!

Kepanasan, tu yang muka berkerut gitu tuuu..

Anak-anak penyu bersama makpak nya kutt.. :)



Dihujung sana bilik kami.

Posing dekat batu pun jadii.. ;p











Tengah cakap dengan bapa angkat dia. Konon nya nak sponsor honeymoon tapi kitaorang dah pergi dulu. Hehehhe! Yelaaa diam je ingat tak jadi kan.. Nak tanya balik malu pulak tu yang pergi sendiri jewww.. :)

Air laut sangat cantik ok. Jernihhh!
Petang tu kitaorang lambat turun mandi laut. Dapat berendam beberapa minit je pastu hujan. Kecewa ahkak! Memang dah tau nak hujan sebab dah gelap. Incik Lalan sibuk ajak ke mandi tengah-tengah sikit, kita nak pergi memang tak laa.. Takut. Kita ni kalau dalam sikit dah mengelupur lari ke darat. Orang tak pandai berenang memang camni la kan. Hahahha!

Sibuk jerit "Jangannnn jauh-jauh sangatt yanggg.. Nak hujan nii!!!" Berani betul diaa. Ishh! Kita takat mandi tepi-tepi je macam budak kecik main pasir. huhuhuu!







Menapak kemain jauh nak ke bilik. Kalau nak ter 'erk erkk' kan. Lari tercicir taik nak sampai ke bilik. Hahaha!






Sorry lambat update yeahh!
sayang korang!
muah! 
:)



*ayat amek hati.. wink winkk!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998