Tuesday, July 31, 2012

Pulau Gemia - Part 1

Kita cerita pasal honeymoon pulak la. Tunguu punya tunggu gambar kahwin tak dapat lagi soo kita cerita dan tempek dulu gambar honeymmon okay.. :)


Biasa la cerita berkurun baru nak cerita. Dah nak basi dah pun ceritanya tapi ada mak kesah! hihihi.. Selepas je majlis bertandang dirumah lelaki hari ahad tu kita bertolak ke terengganu hari selasa. Hari isnin sibuk mengangkut barang, hari selasa terus gerak menuju ke destinasi rahsia.. ececceh!


Untuk pengetahuan semua, kita memang tak tau dimana lokasi haneymoon sebenarnya. Semua adalah diurus sendiri oleh suami terchinta. Hehe! Hok alohh! En Lalan nak buat surprise pulak kann.. Ok ok taknak rosak kan surprise dia tu soo kita malas nak paksa-paksa bagitau kat mana nak honeymoon nya kann. yang kita tahu hanya dalam negara sahaja. Ikutt saja laaa.. Dah cakap dengan dia tak kisah dimana, janji jangan honeymoon kat PD boleh?? hahhaha.. takat PD baik takyah.. heeeeeee!!


Bila orang tanya "honeymoon kat mana??" ohh adalahh rahsiaaaa.. Rahsia sangat padahal kita memang taktau. kekeeke!


Sampaiiii la di Jeti Pulau Kapas masih tak tau. Ditanya nya kita "haaa dah tau kita nak gi mana??" Dah tentu-tentu aii akan jawab Pulau kapas la kann. Lagi mau tanya soalan bijak. hehhehehe! Tettt Salah jawapan anda. Salahhhh??! Alang-alang dah nak sampai biar la surprise terus kan...


Naik la bot untuk ke Pulau yang rahsiaaaa sangat tuuu.. jeng jeng jenggggg!!


Nah tengok gambar dahulu.. ;p


Muka masing-masing tak mandi. Haaa ni first time kut kita tempek gambo muka tak mandi dalam blog. erk!  Tak kisah la dah kahwin, takdak sapa yang herann haihh... hihihi! Masa ni ada la dua tiga pasangan yang baru berkahwin juga kut. Inai kat tangan kaki merah menyala lagi..  ;p



Terus terang kita cakap yang kita sangat la takut naik boat. Senang cerita takut lauttttt, takut tenggelam. Heeeeeee!! Rasanya tak lama sangat naik bot menuju ke pulau rahsia tuuu dalam 20 minit sahaja. Phewww nasib la 20 minit aja kalau 1 jam mauu kekejangan dalam bot tu.. 



Akhirnyaaaaa.. Sini la pulau rahsiaaa itu. Seriusss, kita tak penah dengar lagi nama pulau ni, Pulau Gemia. Korang penah dengar takk?? Pulau yang femes kat terengganu ni pun Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah dan banyak lagi la pulauu. Pulau Gemia, ni first time dengar niii...


"haii abg, pulau ni perli kita ke?? gem gemm gemmm.. pandai abg pilih pulau.." hahahhaha!



Welcome drink, fruit punch!
Tangan tu siap bawak air milo n nescafe balance breakfast kat jeti. Hahaha! Kalau buang terus pun bagus. Ini Incik Lalan la suruh bawa. Masuk bilik buang jugak. Ciss! ;p



Nak ke bilik tu menapak kemain jauh. Tauuu la orang nak honeymoon bagi bilik kemain jauh ke hujung. Ok ok paham nak bagi privasi la tuuu.. kheeee!

Incik Lalan bagitau kalau amek pakej honeymoon ada munge-munge atas katil tu. Eehhh awatt takdeee?? Nak jugak nak jugakk.. Katanya dorang lupe kutt.. ishh mana bolehh.. huhuhuuu!



Bergambar di balkonii. Pemandangan lauttt sesajorr.. Memang dengar ombak je laa.. Bestt!



Uwaaaaa! Tak suka tak suka tak suka!! Bukan tak suka tempat nii tapi tak suka kening nipis camni. Bukan salah my MUA kita yer. Kita yang gatal pi kedai suruh orang nipiskan.. Nampak seperti macik macik. "Cepatlah tumbuh, cepatlah tumbuhh wahai keningg.." hiks!



Ohh! Inilah suami kitaaa.. Rasanya kita akan gelarkan dalam blog ini, Incik Lalan. Ok?? :)



Bila dah pakai bb ni kan banyak kali kena sound dengan Incik Lalan sbb terlalu tekunn sampai dia kat depan/sebelah pun kita lupa nak layan. Terasa dipinggirkan seketika, adakalanya dia cakap sorang-sorang.. Hahhaha! Ampunn darlingg.. ;p



Aloh aloh alohhhh! Comel gilerr kann?
Udang ituuu laa.. Nak cakap Incik Lalan kang ada yg munt0ohh! Hheeee!



Kita kan sedang berbulan madu jadi kita tunggu orang hidangkan makanan sahaja. Memang masa ni perut dah krok krekk krokk krekk! bunyi perut lapoo.. heee..



Ngantok sangat ke cik kak?? 
Yela kan semalaman tidur dalam bus memang tak selesa.. huhu!



"Awak makan sayur je tau.. Udang saya punya.." hahhaha! 
Baik sangatt suami kita ni kann. Ggrrrr!!
Sayur sangat la pahit.. Yang lain sodappp.


Diakhiri dengan gambo lauk yang mabelesss!
Terliur la korang tengok udang yang mengoda iteww..
 hehehhe!



Tunggu next entry hokehhh!
babaiii!


;p


Monday, July 23, 2012

Sambut ramadhan sebagai isteri....


Rasanya tidak terlambat lagi kita nak ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua sahabat-sahabat kita beragama islam. Semoga Allah menerima amal ibadah serta melimpahkan rahmat dan hidayahNya. Kita doakan semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.


Ramadhan kali ini amat bermakna buat kita kerana kali ni kita menyambutnya sebagai seorang isteri. Perasaan teruja dan gementar bersilih ganti. Teruja mungkin kerana puasa berdua. Gementar mungkin memikirkan tanggungjawab kita kepada suami. Skema je ayat kann.. huhuhu!


Tak reti la nak buat ayat skema gituuu.. hihihi! Haaa contohnya kalau duluuuuuu kann.. Sahur, semua tersedia. Al-maklum la tinggal dengan famili jadi segala-galanya disediakan oleh mama tersayang. Bila bangun semua dah ada, tunggu nak makan je. Kalau dah bertahun-tahun gini la gayanya, macam mana la nak uruskan suami kann? Tu yang buat kita gementar sangat tu. Heeeee!!


1 Ramadhan, kita bersahur dirumah mama sebab cik abe kerja malam. Haaa makin liat pulak nak bangun, tahu-tahu semua dah sedia.. 2 Ramadhan juga begituuuu.. Hamboiii sedap nya kooooo kann.. hiks hiks!


3 Ramadhan tidak lagi, nak golek-golek tunggu orang sediakan sahur untuk mu wawa. Bangunnnn! Buat pertama kalinya kita sediakan sahur untuk suami tersayang. ececcececehh! Jangan muntah, jangan muntah nanti batal puasa.... hehehhe! Bunyi jam je terussssssssss bangunnn.. Aik! Pelikkk.. tak liat pulak nak bangun macam kat rumah mama. Terus basuh muka dan bersilat la engkooo kat dapur sorang-sorang. *kletung klentang kletung kletang* sound effect kat dapur. hahahah!


Harini bukan la kali pertama pun kita masak untuk suami. Cuma harini je kena masak awal pagi sediakan sahur. Sebelum ni balik kerja bukak kain kurung terus ke dapur masak. Haaa baru tahu tugas isteri takkan habis. Siang kerja pejabat, balik rumah kerja dirumah menanti. Masa mula kahwin dulu terkejar-kejar juga lah, somputtt. Sekarang alhamdulilah dah boleh terima sikit-sikit.. = )




Perasaan?? Kita sangattt  h a p p y  dapat buat semua ini untuk suami.  
Betul. Tak tipu. Perasaan ni datang sendiri. P u a s !
Walaupon penat, tapi kita puas + happy. 
Lagi-lagi bila suami hargai, kita rasa terharu sangat.
Dengan sekali ucap "terima kasih sayang"
*ting* 
Hilang penat!
 :"D



Jom lihat aksi manja kami suami isteri. Hahhaha! Kalau rasa-rasa nyampah takpe tak paksa tengok. Klik je [x] atas tuuu.. hik hik! Gambar-gambar di bawah ni diambil di presint 11 Putrajaya. Tak sangka ok kat presint 11 tu ada tempat cantik giniii.. Lagi-lagi model-model tu cun dan segak belaka kan. Bertambah-tambah meletopp. kekekkek! Ini namanya masuk bakul, angkat sendiri. phuii~ ;p









Kami yang mengandungi lemak! 
..(^.^)..












Harini baru puasa ke tiga.  Harap-harap laa sampaii habis puasa boleh bangun sediakan sahur. Takut terlajak, mamphuii. lalalallaa~  :)

Tuesday, July 17, 2012

Gambar Majlis Bertandang!

Perghhh! Seminggu sekali update blog. Bagus sangat kan? Teruskan semangat itu kalau mahu blog ini ditutup buat selamanya. Mahu?? Ohhhh takmauuuuu.. Hik hik!


Tengok blog archive di sidebar tu kan, makin lama setiap bulan semakin kurang entri ye. Kalau dulu pi kluaq makan, updated! Pi tengok wayang, updated! Pi jalan-jalan, updated! Sekarang?? Hmmmmmmmmm.. (tiada jawapan untuk itu) Takpe takpe biar kita update pelan-pelan k.. :)


Jadi hari ini kita tempek beberapa keping gambar majlis bertandang di GMI pada 3hb Jun yang lepas. Tema silver dan purple menjadi pilihan suami. Sejujurnya kita sangat suka majlis belah mereka, sangat tersusun dan semuanya cantik!  Jom tengok gambar okay.. :)




Sebelum bertolak ke GMI. Tangan pegang kunci bilik, handbag pegang sendiri dengan nak pegang kain yang meleret kat belakang. Mana adik-adik kuuuuu?? tengah bersiap ok. Mengalahkan pengantin plak kan.. 

Adik beradik abah !
Nampak?? tangan tu payung pun kita pegang.. huhu!


Dalam perjalanan, kita amek gambar syok sendiri.. ;p


Masa untuk berarakk..
Perlu berhati-hati bila nak jalan. Kalau diri sendiri tak pijak kain tu, orang lain yang akan pijak. Hampehh betul tauu.. hehehhe!


Apa lagi la tu kan?? heee..








 Adik-adik ku!


  Makan beradap.


Selalunya pengantin makan ala kadar je. Takkan kenyang punya. Kita ni dah ler lapar gila. Tengok lauk plak sedap, baru nak makan. Orang ajak bergambar sampai la seterusnya. Ayam goreng tu tak sempat nak usik pun. hahahhaha! Cisss..


Bila dalam gambar baru perasan yang tudung kita sebenarnya senget. 
Takdak siapa pun yang tegur. Aduhhh!




Sesi potong kek..


Suap-menyuap..


Aloh aloh alohh!


Baru selesai bersalaman dengan tetamu. Masa ni juga tengah kenalkan sedara mara. Sumpah memang kita tak ingat langsung. Hahahahha! Muka semua lebih kurang. Takpe raya nanti kita kenalkan balik.. ;p


 


Bersama abah & mama..
Susah betul abah nak senyum. Memang dari dulu lagi hehehhe.. Satu lagi mungkin sebab penat sangat. Yela tak cukup rehat, majlis pulak berderet. Nikah, sanding dan bertandang berturut-turut mau tak penat..


Adik beradik pulak masuk..


Yeahhhhh!!
Eehh! Sikit je abah sengehh.. hihihii!



Last pic!
Masa ni sudah penat sangat sangat sangat. Kaki dah mula melecet. Jalan berkaki ayam saja. Lepas tu terus ke Putrajaya. Rasa nak nangis ok kefenatan tahap maksima. Bagi pasangan yang akan berkahwin kita nasihatkan jangan la buat majlis berturut-turut. Sumpah penattt! Hehe.. Sekiann.. ;)



 :)


Thursday, July 12, 2012

Turquoise pilihan saya, Silver pilihan dia...

Kenapa kita pilih warna turqoise??


Sebab akhir tahun lepas warna turqoise tak ramai yang pilih untuk jadikan warna tema majlis perkahwinan. Tup tup tahun ni ramai pulakkk yang pilih turqoise ni haaa. Kita dah putuskan nak pilih warna tersebut dari tahun lepas lagi walaupon mendapat tentangan famili. Tentangan tak tahan tuu hahahhaha! Maksudnya family tak berapa setuju dengan warna tu, sebenarnya mama je yang tak setuju. Hehehe! katanya susah laaa.. tak sesuaii laa.. bla bla blaaa.. Frust dah masa tu. Ok redha jika warna lain menjadi pilihan. Yelaaa kena la semua setuju baru la senang hati kan. 


Masa pergi butik nak bincang warna dan design kita tertengok warna 'Pink Belacan'. haaa taktau warna pink belacan camne pi google sekarang. Heeee!! Cantik gak warna tu. Jarang orang buat warna tu, kalau boleh kita nak kelainan sikit. Niii tak samaaa je tak best la kan.. Satu lagi kita tengok baju-baju dekat butik tak ada baju pengantin warna turqoise yang baru. Fesyen lama ada laa.. Apa kes nak pakai baju lama kan.. Keh keh kehh!!




Mama suruh cuba baju warna turqoise dulu, kena tengok sesuai ke tak dengan warna kulit kita. Jangan main pilih je takut tak sesuai. Bila dah cuba tu mengeletissss nak gak warna turqoise tu.. Mama terpaksa redha je la yang nak kahwin nya kitaaaa kan.. huhuhu! :)



Design pulak kita amek dari majalah pengantin. Rasa teruja lebih sebab baju baru dan design kita boleh pilih ikut suka la kann. Dannn kita telah pilih design dibawah ini. Konon nak pakai ala-ala cinderella gitu.. :)


Warna ini yang kita idam-idamkan. 
Selepas berbincang warna tema belah kita adalah Turqoise & Pink Belacan.
Kenapa 2 warna?? sebab bayangkan kalau uollsss pilih satu warna sahaja dan baju pengantin dengan baju family sama. Amek gambo atas pelamin dah tak nampak mana satu pengantin nanti. Haaa nak gitu?? Taknak kann.. Harus warna pengantin lain dari yang lain, baru terserlah. Ni sekadar pendapat kita je laaa.. ;p



Masa ini dress ni baru di alter kasi nampak fit sikit. Haa ni satu lagi pastikan baju anda siap awal-awal. Sebulan awal pun takpe.. Pastikan berat badan anda maintain. Sebab apa kita kata gitu..? Pecaya atau tidak berat kita boleh turun secara mendadak. Mungkin  sebab tak cukup rehat, tak cukup tidur dan tak cukup makan. hehehhe! ;p


Happy! Baju yang kita impikan menjadi kenyataan.. :)


Baju lelaki pun buat yang baru. Berebut-rebut ok pilih design baju lelaki. Hahahha! Sampai malas nak bertekakk suka hati la nak yang mana. Janji design baju kita cantik. Heeeeeee!!


Ok la tu segak laki aii ni kan. Takde la nampak gemss sgt. Hehehhe!



Warna belah lelaki pulak suami kita pilih Silver n Purple. Sebenarnya dia nak grey tapi sebut silver. Untuk pengetahuan warna itu adalah berbeza ye. Silver cerah sikit dan grey tuu gelap sikit. Haaa akibat salah sebut dapat warna seperti dibawah ini. 



Design baju kita ni adalah pilihan mama. Nak yang melerett dan ala-ala kebaya ni. Sooo kita ikut ajeeee. Cantik jugaaa. Shukeee sangat sebab banyak manikk!! Haaa baju ni tak ada masalah. Takyah nak alter dah. Ngam ngam soiii ikut badan. Tapi kita laa yang tak berapa selesa sebab ketat sangat la pulekkk. Dah ler nak bertandang sana nuu.. Segann kat mak pak n family belah suami kannnn.. :)


Pilih crown.
Kita ni suka yang simple, belah lelaki nampak agak sarat sikit. Glam sikit dari baju belah kita.. :)
Haaa satu lagi kalau pilih design kain melerett tu hati-hati la ekk.. 

Si suami kita tu banyak kali terpijakk ok, nasib tak tersungkur. Hanginnn je akuu. Hahhaha! Lecehh sikit kain panjang-panjang nii, boleh sapu jalann.. ;p



Sepatutnya kita nak design ni untuk belah kita. Tapi tu laa mengalah je la. kekekke!


Baju lelaki lagi tak ada masalah. Baju je contoh baju melayu dan siap!
"Awakkk nampak tampann la sayangg!!" Puji la sikit laki sendiri kann.. ;p


Untuk pengetahuan, kita amek butik yang sama untuk kedua-dua majlis. Senang! Malas nak pikir banyak kann.. Dan butik pilihan kami adalah Butik Pengantin RS. Uolls boleh tengok fesbuk dorang k.. Lagipun dorang tak update laa. Pergi terjah butik, banyak baju-baju baruuuu.. Cantik-cantik semuanyaaa! :)



Diakhiri dengan gambar syok sendiri daripada tuan rumah. Haha!
kbai~


;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998