Friday, June 29, 2012

My Guest Book Corner !

Maii sini nak tunjuk sikit kita punya guest book corner. Dari entry Guestbook Corner yang comel-comel yang kita buat yang lepas, gambar-gambar tu semua sedikit sebanyak dapat membantu memberikan idea apa yang nak diletakkan diatas meja. Tapi tu la kena la rajin survey barang dan mama banyak bagi idea apa nak buat, kita ikut saja. Kita beli la coklat sikit, pasu sikit, lilin, frame, gambar dan sebagainya. Guest book tu pun beli yang murah je pastu balut kasi molekk sikit. :)


Kita memang tak sempat nak buat sendiri jadi sediakan barang-barang sahaja dan serahkan tugas menghias kepada adik-adik perempuan kuuuu Fifi, Intan dan Nyanyah. Apa yang jadi pun kita memang taktau, lantak pi depa nak hias macam mana janji cantik.



Tuuu diaaa gambar pre wedding dah siap cucii. 




Fifi antara orang yang diberi tanggungjawab untuk menghias dan menjaga Guestbook corner ni. Yang tak tahan siap tampal kat belakang tuuu.. Kreatif korang akak tak suruh pun buat gitu. Hahhaha! tu gunanya cuci gambar banyak-banyak.. ;p




Dan hasilnya.. Taraaaaa!
Simple. Itu yang kita sukaaa..
Mekasyehhhh adik-adik kuuuuuuuuu!!
Mekasyehh juga kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan sedikit masa tulis dalam tu. Macam-macam adaaa.. Senyum sendiri membaca doa dan ucapan kalian.. Terharuuu! :)

Gambo cilok kat twitter along. hihihi!



Yang paling tak tahan ada orang tulihhh "Selamat Pengantin Baru Mazlan & Masyitah" Erkkkk! Salah kenduri ke?? Apesal nama mama plakk tuu, bukan nama kitaa.. Hehhee! Masa baca tu nak terbaraii gelakkk. Aduyaiii.. ;p


Ada juga yang tak tulih nama dan pening pikirkan sape kah gerangan ituu.. hiks!



Thursday, June 28, 2012

Teruja berinaii !

Tahun ni adalah tahun paling sedikit kita update blog. Malas sudah mahu memberi alasan kenapa tak update kerna alasan nya sama seperti sebelum ini. Kalau nak alasan itu baca sahaja entri lepas.. :)



Tidak seperti pengantin yang lain kita tak ada buat malam berinai ataupun berinai besar. Nan hadooo! Inai pun Tok kita dari kampung dah siap-siap gilingkan. Bawa KL turun kita pakai je. Yang tak tahan orang kampung dah rasmi dulu inai tu dan semua sudah pakai siap-siap kat kampung. Jadii bila turun KL dah tak meriah la nak berinaii kann. Kalau pakai ramai-ramai lagi best kuttt.. huhuhu!


Malam sebelum nikah kita ni tunggu my dayang-dayang (my lovely sis : Nyanyah, Intan & Fifi) pakaikan.   Sampai terkangkang-kangkang lenguh-lenguh vont sorang buat kaki kiri, sorang buat kaki kanan dengan tangan nya lagi.. haaa gituu.. Sangat teruja ok yela ni 1st time pakai kesemua jari. Baru terasa jadi pengantin.. Lepas tu bila dah pakai inai ni nak garu apa tu tak boleh dah. Suruh je nak garu mana, ada orang tolong garukan. Tertiba gatal pulak kann.. hahahaha! ;p


Berjam-jam tunggu sekali basuh.............. "erk elehhh bertompok-tompokk!!!" camno ni wehh sok den nak menikohh nii. hik hik! Dah ler bertompok, tak pekat plak warna inai tu. Sooo lepas subuh tu terus call Mak (nenek belah abah) suh petikan daun inai depan rumah. Nak pakai balik buat kali kedua...


Dannn ini la hasilnya........... i like!! Pakai tak lama pun warna dah terang gini. Kita risau gak kalau-kalau jari tu jadi hitam sebab ada nampak juga kalau orang pakai inai jadi hitam kan.. Ada kan? tu inai apa ekk pakai jadi hitamm gitu?? Ohh tak mahu la sayaaaa.. heeee!!




Sebenarnya teringin juga ukir-ukir atas tangan tuuuuu. Nampak cantik bila artis buatkan. Yolaaaa tangan depa semua putih melepakk, buat apa atas tangan tu pun cantik sokmo.. hehe! Sooooo bila tengok lisa surihani tak buat kita tak buat juga lahh. Ikut Lisa yang tak tahan tuuu.. hahahha! Cantik je kann.. ;p


Tapi bila pikir-pikirkan balik macam bersepah plak atas tangan tuuu kann. Macam semak pun adaaa.. Kita kan suka simple jadi kita hanya pakai inai dijari dan kaki sahaja. Itu sudah memadai.  :)




Tak suka tengok gambar kita masa kening tu nipis. Mak aihhhh! bughokkk.. Gambar honeymoon sume nampak pelikkkkk.. haha! Cehh! Nasib dah tumbuh balikk. Kalau tak nampak ke'tua'an itu terserlah.. ;p



Wednesday, June 20, 2012

Gambar Pre Wedding !!

Eh! tertiba entry gambar pre wed plak kan.. Haaaa taktau la sejak dua menjak ni aii takde idea langsung nak update blog. Mungkin sebab takda gambar, mungkin juga sebab kita sibuk sangat sangat sangat. Buat kerja tu sampai nak menitik air mata sebab banyak kerja. Boleh gitu? hahahha. Emo tertiba sebab kerja bertimbun dan semua kerja URGENT, bil-bil plak tu. Kang kena potong elektrik kat kampus ni siapa nak jawab?? hakuuu jugak. Pastu takde siapa yang menghulurkan bantuan. Sedih mak nokkss.. phewww~


Kita nak cerita kalau tak tempek gambar bosan pulak kan. Tunggu gambar dari photographer kita sebenarnya. Katanya siap dalam 3 minggu selepas majlis sooo tungguuuu aja laaaa.. *sambil urut-urut dada tahan sabar*  haaa gituuu.. heee!


Mesti ada segelintir orang tidak berapa gemar amek gambar pre wed bagai kan. Kita juga begitu sebenarnya. Kalau takde pun takpe. Tapi bila orang nak bagi freeeeeeeeeeee, takkan mau tolak. Rezeki memang tidak baik ditolak. Orang gila je taknak amek barang free, Hehehhee! Pre wed ni free sebab kita amek pakej nikah + sanding sekali. Alang-alang tu gambar pre wed ni boleh print letak kat meja guestbook kann.. :)



Malas nak membebel dah.. tengok gambar jumm!


Photog : Fiz Ismail
Model : Harusss la kitaorang. Haha! 






Baju simple je! 
Dress labuh + gardigan hitam (warna selamat) + shawl



 Shawl tu senget sebenarnya. Aduyaii!








Suka sangat pose yang ini ! ;p
Terima kasih banyak kat photog kitaorang yang byk ajar gaya posing. Kalau tak memang keras masing-masing pastu seriusss je mukaa, gambar bawah ni pun dia suh buat-buat gelak. Dan hasilnya terbaikkk. hehehe!








Last!


Pssstt! gambar diatas semua edit sendiri. Haha!
Ingatkan photoghapher bagi CD tu semua beredit.. Tak rupanya.
Terpaksa la edit sendiri!
;)



Friday, June 15, 2012

Hanya sekali lafaz.....

Kalau uolls rasa malas nak baca tengok gambar sahaja pon bowlehhh. Gambar memang super banyakk! :)


Apa perasaan korang erkk sebelum nikah tu?? Perasaan kita ni nervous sangat uollssss. Macam kita pulak nak mengadap tok kadi tu. hehehe! Tak selesa sangat perasaan ini selagi tak selesai segala-galanya. hik hik! Kita nikah di Majlis Bandar Baru Ampang selepas Asar. Jadi keluarga semua pergi sana dulu, solat jemaah disana. Kita datang kemudiann..


Sebelum majlis tok kadi juga dah pesan awal-awal apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ketika berada di majlis nanti. Siap suruh pesan kat photoghapher, jangan kacau pengantin kalau dia tengah bagi tazkirah tuu. Nanti kita sibuk bergambar apa yang disampaikan tu kita tak dengar. Kan sia-sia je tuu.. Yang photoghapher kita ni ashik dok suwiittt suh pandang kamera, kadang tu pandang la juga. Abah kat depan kat bagi warning suruh dengar. hik hik!


Masa dah duduk dengar takzirah semua perasaan nervous tu dah hilang, rasa tenang je. Tiba-tiba satu perasaan datang menyerang, masa dah nak mula akad tu perasaan bertukar menjadi sebak. Yer sebakk! iskk taktau nak cakap macam mana. Lain sangat perasaan tu.. Tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata. Genggam kuat tangan Farziera dan Mariam kat sebelah. Rasanya dorang tau bertapa kuatnya kita genggam.. :)


Alhamdulilah hanya sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri tepat jam 5.35 petang pada 1 Jun 2012. Kita memang tak dengar sangat, tau tau tok kadi tu cakap 'alhamdulilahhhhh'. Baru tau dah selamatt.. huhu! :)

Serahan Mas Kahwin.

Kira kanan depan belakang orang amek gambar jadi kepala kooo memang kena pusing 360 darjah. hehehhehe!



Sesi batalkan air sembahyang. Tok kadi pesan kalau pihak lelaki nak belikan sesuatu untuk batalkan air sembahyang, niatkan dalam hati hadiah untuk isteri bukan untuk batalkan air sembahyang. Niat tu kena betul. Sekadar ingin berkongsi. :)

Masa ini paling kelakar sebab suami tangan dok menggigil nak pakai kan gelang ni. Maklum la first time pakaikan gelang. Hehehhehe!

Kita hadiahkan cincin.



Sesi yang paling sayuu. hmm! :'(
Kini kita bukan lagi menjadi tanggungjawab mama abah dah. Abah awal-awal lagi dah salam peluk cium. Kita tau abah pun sebak jugak. Masa dah selamat akad tu kita dah dengar sok sek sok sek orang nangis kat belakang tu, tapi takmo pandang takut nangis. Kita nangis teruk sikit susah nak berhenti jadi jangan mulakan. :)






Sesi bergambar!


Mama & Nyanyah. 
Kesian tengok mama, muka nampak penat..


MakYang & Yang.


Nyanyah!
Dia dah takde lagi teman tidur.. huhuhu!


Adik beradik Mama..
Acik, Maklong, Mama, Maksu, Makteh, Makngah, Intan & Dyla.  :) 


Intan.Farhan.Dyla


Seronoknya mereka.
Dorang berdua ni la yang banyak membantu, kadang layan kita macam puteri. Kemana kita pergi dorang temankan. Dorang juga la yang pakaikan inai, temankan outdoor dan sebagainya. Kakak sayang korang!


Orang kuat kita nih.. Muah!


BFF kita sanggup ambil cuti semata-mata nak datang majlis nikah kita. Terharuuuuuuu sangat!
Pelukk korang kuat-kuat.. *_* 


Kawan kerja juga datang. Terkejut juga ingatkan tak jadi datang. Tup tup muncul je. Thanks Kak Yanti, Reha & Aznur.. muahh! 


Adik lelaki yang bajet macho. hik hik!
Dia teman gaduh. Gaduh bukan lembut-lembut punya. Ganas okahh!
 


Papa & Mama 


Rasa macam lawak sangat incik suami pakai sampin tinggi gitu. Masa dia lepas solat asar tu terkejut gak la, rasa nak gelak pun ada. "heyy sapa bagi pkai sampin ni tinggi sangat?" "alaaa kelam kabut la tadi tertiba tok kadi dah panggil.." hehheheheh!

Abah & Mama.
Mama amek gambo mata lelap sokmoo. Hihihi!


 Mereka!
:)



Ayah Nyah & Mak Ngah.

Angah & Kak Ngah.


Kakak kesayangan kuu, Kak Yanti.
Adik kesayangan nikah haruslah datang kalau tak sentapp sebulan.. hiks!
Sebelum kawen memang rapat la dengan kak yanti, tepuk tampar gurau senda sesi luahan semua bersama. Kitaorang memang serasi. Satu kepalaa punya! Thanks kak sebab datang. Love u.. :)


Arghhhh!
BFF yang gila-gila. hahahha!


Gambar terakhir untuk entry ni. Haaaa banyak takk?
tu pun baru separuh tak larat nak tempek banyak. Lagipun ni semua gambar kamera sendiri dan kamera orang. Nanti gambar dah siap kita tempek lagi ok.. :)



:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998