Thursday, May 24, 2012

DIY : Guestbook yang simple tapi comel !!

Woot woot !

Hamboiiii kooo! Sejak nak kahwin ni malas nak update kan?? Ni belum ada laki, ada anak kooo sebulan sekali je update kann? Haaa ni cakap kat diri sendiri. hik hik!



Owkay.. Hawrry ennii kiwta nak tuwjukkan kat uuuollsss kita puwnya guestbowok yang sangat simplewww. Muncung tu kena panjang sikit. Ini namanya exercise muncung.. hewhewhew! Saja nak hiburkan hati yang tak berapa nak tenteram ni. Kerja pun dah surut jadi boleh la kita update belog.


Kita beli pun murah je guestbook ni. Rasanya semua mampu beli, yela tengah-tengah nak pakai duit banyak ni nak beli guestbook pun puluh-puluh ratus-ratus ringgit rasa tak berbaloii je kan. Memang la ada suara sinis mengatakan kahwin sekali seumur hidup tapi harus diingat bahawa membazir itu adalah amalan syaitonnnn! hahahha. Eeiiiii kenapa merepek-repek taip niii.. Ni la akibat orang dah lama tak update blog, sekali update macam-macam dalam kepala nak keluar. phewww~




Kita beli yang hok nii. Tak kecik, tak besar! Yang sedang-sedang sahaja.


Dan setelah ditransformkan ini la hasilnya. Taraaaa!!
Cer teka cer teka siapa buat?? 
Ofcoz la Mama yang buat. Nak harapkan kita yang tak berapa nak kreatif ni, kang kita balut dengan pembalut hadiah 'selamat pengantin baru' je. heeee!!



Sebelum dan Selepas.
Kepada rakan-rakan yang ku kasihi sekalian. Sekiranya jika sudi ambil la sedikit masa untuk menulis sepatah dua kata dalam guestbook ni nanti ye. Nak buat karangan 360 patah perkataan pun bowleyyy! hik hik..Thank you!

1 week 1 day !
:)




Friday, May 18, 2012

2 minggu sahaja lagi...

Dup dap dup dap dup dap!


Haaa gituu bunyik jantung kita. oh hoiii! Nebes ahkak tahuuu. Tapi nasib baik la sekarang ni kerja bertimpa-timpa jadi takda la pikir sangat pasal majlis sangat. Kalau idak tak senang duduk dok memikior selagi tak selesai majlis. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Doakan untuk kita ye.. :)



Persiapan??


Rasanya semua ok kuttt. Taktau nak buat apa dah. Hehehhehe! Cuma sekarang nak cari tudung untuk sanding belah kita dan belah lelaki. Aduyaiiii... waktu kita tak nak melambak-lambakkk warna tuu. Bila kita nakkk tak jumpa pulak. Dah 3 kali pergi terjah jalan TAR tak jumpa-jumpa. Jenis kita ni kalau masuk dua tiga empat kedai tak jumpa, dah fedap dahh, terus balik. Heeeee!! Yela kita ni tak boleh stress sikit mesti sakit kepala. alahaiii~


Katering P 
Photographer P
PA System / DJ P
Gift P
Marhaban P
Hantaran P
Bunga telor P
Baju sanding belah perempuan / lelaki P
Mekap P
Dewan P
Guestbook P


Apa lagi ekk? 
Plss mana yg dah kahwin tu bgtau lagi apa nk buat.. hehehhehe!



Jemputan?


Kad juga telah di edarkan. Pening juga nak ingat balik kawan-kawan kan. Yelaaa ramai tuuu. Rasanya mesti ada terlepas pandang punya. Harap sangat jemputan melalui facebook sudah memadai sbb kad dah habis. Hehehehhe! Yelah.. Kawan kita sudah semestinya, kawan Abah, kawan Mama, kawan adik-adik, kawan Abah Dzul (atuk), kawan Mak (nenek) haaaa maklum la cucu sulung nak kahwin soo teruja tu lebih sikit. Hihihihi! Thanks alot untuk sahabat kita Azuan, Azri dan Suhaimi tolong kita edarkan kad disekitar kampus. Ahkak terharu dapat kawan sebaik mereka. Ececcececehh... Heeeee~



Baju Sanding?


Cantik uollsss! Dah 2 kali kita cuba. 1st cuba tuu tak jahit manik lagi dan agak besar. Ke sebab kita dah mengecil sedikit?? hehhee. Memang takk lahh! Makin besar lagi ada. Sempat ke lagi 2 minggu lagi ni. Ahhh! pakai je korset habis cerita. huhuhu! Design kita pilih dalam majalah je, ala-ala cinderella gituu bila pakai tu rasa macam cinderella sangat. Cheewahhh! hahahaha. Belah lelaki design biasa je. Design tu Mama pilih, kita ikut sajorrr. Dua-dua baju dah siap dan kita sangat puas hati.. :)




Harap sangat kawan-kawan dapat hadir memeriahkan lagi majlis kita nanti. 
:)




Wednesday, May 16, 2012

Pengalaman berkawad masa sekolah dulu !

Bila terjumpa video dibawah ini, terus kita teringat zaman sekolah dulu. Masa sekolah kita aktif dengan pasukan pengakap. Biasa la kem sana sini, kawad tak sudah. Sampai hitam kita jadinya sebab training tengah panas. Berminggu-minggu juga la berjemur. Soooo masa training kita ni ingat step kita je la kan. Ok first pusing mana dulu, second pusing mana dulu. Haaa gituu. Yela kadang komander ekk yang kasi arahan tu, ahh tak kisah la apa-apa pun, komander bagi arahan kat depan kat belakang bukan dengar sangat pun. Janji koo ingat step koo sudahh laa  kann. hehehhehe!



Lepas tu tiba la masa untuk pertandingan kawad peringkat sekolah la kut (lupa) kat Dusun Tua. Last last minute abang yang ajar kitaorang kawad tu tukar kedudukan aku di bahagian depan. Dalam hati dah berdeborrr. Yelaaa kita dah hafal step kita bahagian belakang, tertiba koooo kena tukar. Tak ke jadi gelabah kannn.. Step untuk bahagian depan dan belakang adalah berbeza ye uollssss..



Dannnn masa yang dinanti. Kita ni berada di tengah-tengah menunggu arahan dan disaksikan beratus-ratus orang peserta yang lain. Debar tu toksah cakap laaa kan. Bila dah ramai memang kooo takkan dengar arahan walaupun orang tu kat depan koo, sebab dalam kepala hotak kooo tengah pikir nak pusing mana lepas ni. Hahhahahah!



Sekalii habis sahaja arahan diberikan semua orang pusing. Tertiba kita rasa asal pelik sangat niiii. Rupanya uollssss kita sorang je bahagian depan pusing ke kanan, yang lain semua pusing ke kiri. Ok ok control lagi. Kalau salah sekali je takpe, ni dua kali plak tu. Orang pusing depan, koo sorang pusing belakang. Ya Ampunnnnnnnnn malunya jangan cakap la dahh la ramai orang dok tengok kita kannn. Tahann je la maluuu tu. Air mata dah mula bertakung, tunggu habis je niii.. huhuhu!



Habis sahaja kawad, keluar padang. Terus menangissss. Menangis sebab terlalu maluuuu. Dan sejak itu mereka gelarkan kita "Budak Nangis" bagus kan.. Muka ganas, tapi hati bagai kapas ok. hehehe!




Lepas kejadian itu, kita tekad takmo masuk mana-mana pertandingan kawad dah. Choiiii! Training berminggu-minggu sampai hitam legam, apa yang dapat. Maluuu saja. Uwaaaa! heeee. Cari la kita yang paling comel sekalii.. heeeeeeeeee!
Photobucket




Sekarang... Nahh tengok mereka berkawad.
Huiii tabik spring la kann!
Terbaikkkkk!





Sejak peristiwa tu kita dah tak aktif mana-mana persatuan. Keh keh keh!




"Selamat Hari Guru"








Thursday, May 10, 2012

Sosej panjangggg di IKEA !!

Baru-baru ni pergi the curve tengok The Avengers. Kita nak tengok movie tu pun sebab ada hero Iron Men jeww.. haha! Lepas tu singgah lerr Ikea. Bukan nak tengok barang barang dan perabot sangat pun. Sebab nak bawak Incik tunang pergi makan meatball yang super sedap tu. 


Sekali tengok ada menu baru.. "ehh eehhh panjang nyerrr..." tengah beratur tu dalam kepala memang rasa nak order semua. Nafsu makan semua tuuuu. Bukan kita tau, tapi Incik Tunang tuuu..Kalau boleh dia nak order 20 bijik meatball.isk isk isk. Gila ke hape. hahaha! Kalau dia order banyak banyak kita tumpang sekaki je. Seeeee aaahhh! tengok la camne dua-dua tak bulat kann.  ;p



Tengok ada salmon laa kat ikea tu tapi tak order la sebab dah banyak sangat ! Lepas ni kalau pergi Ikea lagi nak cubaaaaasalmon tu. kalau sedap kita makan sampai habis, kalau tak sedap kita tolak kat tunang. kekekke! :)







Maksud sebenarnya "Tak ada baju..." !

Perempuan ni kan sebenarnya suka berkias tapi lelaki ni susah nak paham.


contoh :-


"ishhhh nak pakai baju apa ni.. takda baju laaaaaaaa.." terus stress. Padahal baju bersusun dalam almari kan kan kann kannn. Dia mesti pelik punya bila kita kata tak ada bajuu. ;p



Maksud takde baju tu maknanya "Tak ada baju BARUUU.." paham dok?? Bila dah pakai baju tu pat lima kali kalii tu maknanya baju lama. Yang paling penting takut orang perasan "ehh bkn baju ni u pakai majlis bla bla bla... ehhh minah ni ashik baju niii je.. ehh baju nii lagii... bla bla blaaa" haaa gitu padahal orang lain sikit pun tak heran baju kooo tuuuuuu... Kekekkekekkeke!



Motip entry ni? Sekarang ni kita taktau nak pakai baju apa untuk pre wed sabtu ni. Arghh! Incik tunang dia senang je "alaaa pakai je baju yang ada" haaaa gituuu. Tapi kita rasa baju yang ada dalam almari tu semua dah tak cantik soooo rasa nak beli baruuu je.. wink winkk~



Sekian untuk hari ini..
okbai!

;p







Wednesday, May 9, 2012

Friday, May 4, 2012

Kad jemputan dalam proses edaran..

Hmm sekarang kita sudah mula mengedar kad jemputan untuk majlis kita nanti. Taktau la makin dekat ni makin nebesss plakk. heeee!!


Kita dah jemput melalui facebook. Nak hantar kad kepada semua memang tak terhantar, harap sangat itu sudah memadai. Yang mana dekat tu kita akan bagi by hand sajorrr. Bagi blogger dan rakan-rakan yang lain dah bagi alamat tu kita dah pos yerr, ada kata sudah sampai ke tangan. Yang belum tu dalam perjalanan la kutt..


Kad untuk rakan-rakan opis yang lain masih di tangan kuuu. Rasa macam awal sangat nak kasi, segan pun ado sebenarnya. Tertiba jadi pemalu puleksss.. Hehhehehehheh! Rakan di JB pula tunggu ada driverrr gi sana nanti ku kirim kan sahaja. Jimatt setem! ;p


Aiiii dah lantik orang-orang yang bertanggungjawab mengedarkan kad.. 
Untung laaa ada kawan sebaik iniii. Terharuuuu~
(^_^)




Thursday, May 3, 2012

Opocott! kan dah terklik..

Terklik apa u'ollss?? Terklik butang cash out nuffnang lerr..
Kira ini untuk kali kedua kita cash kan..
Memang tak banyak tapi boleh la buat tambah belanja kawen. Beli jajan ke, beli coki coki ke kan. kekeke! Jajan je la dapat beli, yela dapat macam ler ribu riban.


Yang 1st dulu kita cash untuk bertunang, 2nd ni untuk majlis kawin pulak.
Okayyyyyyyyy la dari takde!
Sekurang-kurangnya nampak lerr juga hasil blogging ni kann..
Yela koooooo update blog pun ikut mood, ikut suka hati nak update ke tak. So dpt itu je laa.
Alhamdulilah!
:)



Terima kasih la ekk mereka rajin jenguk sini. 
Walaupon kita tak update pape ada jugak orang masuk ni. Muahh lahh!
;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998