Tuesday, April 24, 2012

Moga Opah tenang di sana. Al-Fatihah.

Al-Fatihah.



Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 
Amin.


Berita mengejutkan pagi tadi. Kita tak boleh balik Ipoh sbb cuti kita dibekukan selama 2 minggu. Takpe, kita sedekahkan doa dari sini. Moga Opah tenang disana.. (T_T)








Wednesday, April 18, 2012

Guestbook Corner yang comel comel !

Sekarang ni tengah dok survey, tengah dok pikiaq nak buat guestbook corner untuk majlis kita nanti macam mana?? Eeeeiii dah la kita ni tak kreatif sooo bab bab macam ni memang sloww sikit. Tapii kita dah serahkan untuk hias guestbook kita tu pada mama. Mama aii kan kreatif sooo serahkan sahaja pada yg pakar. 


Tadi saja la search dalam tenet, sekali keluar gambar yang comel comel ni. Boleh curik idea kreatif dorang nanti. Meh la tolong pilihkan untuk kiteeeee.. hehhe!


Jommm tengokk! :)


1.


2


3


4
Macam minat yang ni. Simple je! :)


5


6
Ni pun minat jugakkkkk. Kalau meja besar boleh la buat gini kan?
Kang dah plan camni dapat meja ciconettt je.
hiks!


7
Ni ok gak tapi sok sok kooo nak simpan mana ucapan ituuu. lepas baca ku buang je kan. Kalau album boleh simpannn.. :)


8


9


10
Ni buat kat dewan elok sangat la letak kat depan. Kalau letak kat pintu mauu kang berlaga-laga muntot.. Hiks!


11


12



13
Dannn yang terakhir ni yang palingggg simple kan?
Kalau orang yang tak kreatif macam kita ni, memang gini je la kita buat kang.
heee!



Semua gambar adalah hasil carian google!
;)


Di mana ada cermin, di situ ada kami.. heee!!

Harituuu pergi Semua House beli barang hantaran dan bunga pahar. Rasanya kat situ je la yang banyak kita berkenan pun dan juga banyak pilihan. Ramai yang cakap dekat Nilai 3 lagi murah dan banyak pilihan. Erk? yeke? Kita dah berkali kali pergi satu apa pun tak berkenan. Buat sakit kepala je sebab taktau nak pilih. Murah memang murah tapiii hmmm kita tak berkenan la, habis cerita. hahhaha!


Cerewet?? ehhh dok haihhh! takde la cerewet sangat pun. Nak kasi orang tu biorr la elok sikit. Ada juga orang cakap "alahhhh bagi biasa-biasa je pun.. nnti orang buang jugak" haaa yang tuu tak best tu. Takmo takmooo..


Oh okay. Gambar kat bawah ni sebenarnya tengah tunggu Mama pergi beli gift untuk majlis marhaban nanti. Kitaorang malas nak ikut sebab nanti lagi lama Mama kat situ. Kekekkekek! Sekurang-kurangnya kalau kitaorang tunggu kat luar dia cepat sikit. Heeeeeeeeeeeeeeeee!! jahat punya anakk.. >_<



Kat Semua House banyakkk sangat cermin. Kang lalu kat cermin terus pandang cermin. Betulkan shawl ke, tengok baju ke.. dia automatik gitu. Terus keluarkan kamera. Memang pantang la nampak cermin.. ;p


Haaa nampak?? Mama cepat gilerrr beli barang. Hahhahaha! Sangat cepat berbanding biasa. Terus nak join kami bergambooo.. Comel betul mama kita ni. hik hik!


Tengok je la perangai anak beranak ni.. ;D
Haaa situ memang line clear, takdak orang. Sebab tu jadi camni. Isk iskk teruk!


Ok mama tengah pulak. Eh! Mama nampak besar la. 
Apa kata tukar posisi pulak..


Haaa selalunya kalau nak nampak kecik duk belakang. Hahahha!
Haaa kan comel tuuuu. heeee!


Sekian sahaja aksi terlampauuu kami anak beranak.
Dahh dahhh pi buat kerja. hihihihii!
;)



Tuesday, April 17, 2012

My BFF Engagement II

Haiiii!!
(sambil lambai-lambai tangan dengan muka tak bersalah.. heee!)


Maap pak, maap bukk! Lama tak ngapdate belogkk. Hehehe! Kita sibuk la uollssss. Nyampah tak dengar alasan itu? Sebab takde alasan lain lagi dah nak kasi. Takkan nak cakap lupa password pulak kan. huhu!


Hari ini nak update cerita pasal my bff tunang. Seorang demi seorang tunang. Kitaorang ni siap ugut paksa si boipren member suh tunang cepat takut disambar orang. hehehhe! Dan akhirnya mereka bertunang juaaaa. Happy sangat!


Kitaorang gelar dia Kak Yong sebab dia tua beberapa bulan daripada yang lain. Hahhaha! Haa lagi satu sebab dia lebih matang sikit berbanding lain yg agak kebudakan. Kalau bagi nasihat dia adalah orang yang paling sesuai sekaii.. Heeee! Dah la malas nak membebel. (tangan yg membebel kuttt hahaha) tengok gambar je lah..


Warna merah jambu menjadi pilihan!


Biasalah, gambar gedik harus adooo!


Masa bincang-bincang ni lepak luar soo tak dapekk nak dengar hantaran nya berapa. Hahhahah. Biasa la kalau hal hal macam ni memang kepochiii sikit. ;p


Antara hantaran mereka. Tak buh semua la. Banyak sangat kut. Semua cantik-cantik. Gambar semua si sepupu farziera yang amek. Banyak gegar laaaa.. Nebesss kut!


Ok dah sarung!


Cium lama sikittttt. Kalau boleh biar lipstik tu melekat kat tangan bakal mak mertua tuu. Hehhe!


Bakal ibu mertua & mak Farziera.
 :)


K a m i !
Yang dua-dua belah tu masing-masing sibuk nak diet sebab badan dah macam mak orang. Tu baru bertunang tuu. Hahhahha! Sebelum amek gambar "ehh.. nampak perut tak? nampak gemok tak??" haaa gituu. tapi yang nampak ketara tembam dah tentu kitaaa la kann.. Pipi tuuuuuu rasa macam nak pelempang je kan. Heeeeeeeee!!


kiss sikit mehh!


Walaaaweyhhh!
Bob pakai baju pink tuu. Incik tunang kita kalau nak suruh pakai pink, mampus dia taknak. Hehhee.
Dua-dua suweettt sangatt. Tahniah korang! :)


Huuiiyoohh!
Cantik cincinnnn..


Tunjuk bukti bahawasanya masing-masing sudah berpunya.
Sekian.


1 month & 2 weeks!
Nebesss ahkakk. hiks!


Tuesday, April 10, 2012

Selamat Pengantin Baru Aniza & Hairi

Tak terlambat lagi kut nak wish "Selamat Pengantin Baru buat Eija dan suami". Kenal Eija? Rasanya sebelum ni ada juga buat entry bersama-sama dengan Eija ni.. Try klik link kat bawah ni ye, korang boleh baca balik.. ;)



Biasa la aii ni kan kalau tak tangguh buat entry baru memang tak sah. Padahal kenduri Eija ni 31hb Mac lepas. Heeee! Alasan terbaik tak update belog adalah sibuk dengan kerja, maklum la sekarang ni kena cover kerja orang kan, kita pasrah. hehehe! Alasan kedua adalah malasss. Malas berpikir. Nak mulakan update tu memerlukan kesabaran yang tinggi sebab masa tu la tertiba idea untuk menulis *ting* hilanggg............... bagus kan!


Dah lama tak tengok pasangan pengantin memilih warna oren sebagai warna tema. Warna pebret selalunya pink, purple, gold, silver dan sebagainya. Cantik kan? ;)


Jumpa semula rakan-rakan dari JB. Masing-masing semua bertambah cantik dan berseri.Kita pulak bertambah kembang. Bila dalam gambar baru tauuu yang pipi ni dah kembang. 


Masa kenduri hari tuu majoriti orang yang kita jumpa semua cakap "eh! wawa dah berisi sikit laa.... eh! pipi wawa kembang sikit laaa.... eh! bulat nya pipiiii" Sentap mak dengar nokkss. Hahahhaha! Bila orang cakap cam tu, automatik mulut ni akan jawab "biasaaaaa la senang hatiii" hiks!


Bila dah tengok muka sendiri hari-hari memang tak akan perasan perubahan nya. Dalam gambar baru nampak kembang bagai belon. Oh maii gud! Susah hati mak okkk.. Terus gi cari kat farmasi produk yang boleh kempis kan pipi.  Harap harap pipi ni akan mengempis macam ziana zain. Hihihihi! 

wekkk sila muntah jauh jauh.. ;p 
kbai!





Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday : Hantu laksa !

Hari tu pergi beli barang untuk buat hantaran dengan mama. Selesai shopping tertiba terbau laksa. Oh hebat betul hidung ni! Kata hantu laksa kann.. Area tu ada satu je kedai makan, apa-apa tu kena tanya dulu "kat sini ada laksa ke?" terus singgah makan laksa kejap u'ollsss. hik hik!


Memang terbaik laksa dia!
Telur tu kalau makan laksa, WAJIB adooo. Siyes!








wordless ke ni? hahhaha..
Ade aii kesah!
;p


Monday, April 2, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw, Dagang Avenue

Entry makan lagi, sabauuu je la. Muehehehhehehe!


Sekarang ni orang dok heboh pasal burger bertingkat dekat Wangsa Maju. Kita mula tahu pasal burger kaw kaw ni masa baca dekat belog Cik Epal. Katanya sampai beratur 2 jam semata-mata mahu mendapatkan burger nih. Sedap sangat kah sampai sanggup tunggu berjam, sampai sanggup beratur panjang demi burger. Oh hebat sungguh!


Lepas tu keluar pulak dekat JJCM TV3. Nampak menyelerakan. Tak teringin pun lagi nak rasa sebab malas nak beratur lagipun jauh kat Wangsa Maju sanaaa tuu. Ahh tak kisah la tak makan pun takpe. Ada satu malam tu godek godek twitter Fara Fauzana katanya ada 2nd branch dekat Dagang Avanue. Ok dah dekat dengan rumah tuuu. Jom kita terjah!


Kalau tak beratur panjang tu korang salah gerai la tuuu.. hik hik!


Abang abang yang bertungkus lumus bakar dan bungkus beger!
Tengok dia bakar burger ni kan memang terliurr la, dah nampak lembut daging tuh.


Nah! Bukti .. hehehe!


Cara order adalah sangat sistematik.
Order, bayar, ambil no giliran, tungguuuuuuu dan siap!



 Taraaaaa!!
Takyah nak taraaa sangat la Cik Wawa. Haha!


Ada orang tanya kenapa tak amek bertingkat tingkat dah alang-alang beratur panjang. Huiii koooo amek yang single+cheese ni pun kooo dah seksa nak habiskan, inikan pula nak yang bertingkat. Mauuu kenyang semingguu. Hik hik!


Sebenarnya kita nak rasa je daging yang tebal tuu je. Sangat lembuttt dan juicyyy! Harga untuk burger kita ni hanya RM8.00. Kita amek yang single+cheese. Tiada bacon, tiada sosej. Kalau nak rasa tu amek set okay! 


Nak tau sedap ke tak pergi cuba sendiri ye.
Yang penting anda kena sanggup beratur panjang.
;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998