Friday, March 30, 2012

Restoran Pak Ya - Chinese Muslim Food

Ada orang kata, wawa ni asyik makannnnn je. Yela kat belog ni entry makan sokmooo kan. Hehehhe! Ellowww.. kadang tu kita makan luar sebulan sekali tau. Entry makan tu semua lama punya biasa la malas nak update, bila mood rajin datang haaa kooo seminggu tu je entry makan sesajoorr la. Hik hik!


Ok kali ni orang nak belanja makan memang tak boleh tolak. Tak baik tau tolak rezekii.. Heee!!


Sebenarnya kita taktau pon dorang ni nak makan kat mana cuma kata area ampang sahaja. Rupanya makan di restoran chinese muslim. Betul-betul berhadapan dengan Balai Polis Ampang. Walaupon kita ni balik kerja hari-hari lalu situ tak penah pun tau pasal restoran tu. ;p



Kita makan bersama mereka berdua.. :)


Yang paling penting nak tunjuk menu dia. Kitaorang hanya order Ketam sweet sour, sup tulang dan juga udang butter. Si Nizam tu order ketam 5 ekor. 5 ekorrrrrrrrrrrr yeeee!! Sekali ketam sampai terkejut beruk aiii tau "makk aihhhhhhhhhhh besar nyerr ketammm koooo" hahahhaha!


"Boleh habis ke ni wehhhh??" rasa macam tak boleh habis je ni. Kita ni pula lupa orang nak belanja makan, dah lantak nasi kat rumah duluu. Huhuhu! 


Terus terang kita katanya sebenarnya kita tak berapa suka sangat makan ketam sebabnya malas kopek. Boleh?? hehehe.. kalau mama masak kat rumah jarang la amek, kadang amek kuah sahaja. Rasa tak berbaloii kopek penat-penat sekali isi nya sikit,. kekekkekek! Tapi ketam yang ini isi dia perghhhhhhhhhhhh puas kooo makan. Kuah sweet sour ni pun sedapppppp sangattttt! Kita makan sekor je cukup, yang lain Baie dan Nizam yang habiskan. Semua lauk adalah terbaik! ;)


Tokei kedai ni ada offer apa ntah. Masing-masing tak paham sebenarnya, main angguk je. Rupanya dia offer pau ni haaaa. Untuk makan dengan kuah ketam. Sangat sedapppp dan lembuttt! Nyum nyummm..


Air Epal Asam Boii yang terbaikkk!
Kita order dua gelas kottt. Laju je sedut air tau tau dah habis. Lepas tu order lagi satu gelas. Hehehhe


 Akhirnya, Baie tak larat nak habis kan sampai tersandorr koo. Dorang boleh rehat kejap pastu sambung makan balik. Masa ni kita dah berhenti makan dulu. Tunggu depa habiskan makan sahaja. hiks! :)


Dari cerah sampai la dah gelap baru kami habis makan. Punya la lamaaa.. Orang sebelah dah bertukar ganti, kami masih disitu. Hahhaha! Siyes memang penuhhh orang. Keesokan harinya terus keluar JJCM. Femes gak Restoran PakYa ni ekk..



Masa nak bayar tu kan terkejuttt beruk lagi sekali bila bil nya mencecah RM200 lebih. Nasib baik tak sakit jantung dibuatnya. Tuu makan 3 orang je!! Mungkin yang mahal ketam je kut. Selalunya kalau dua ratuihh tu kita makan satu family tuu standard la kann.. Huiiihaiii nasib laaa orang yang belanja. kekekkekkekeke!


Walaupon harganya gitu tapi berbaloii la memang sedap. Kalau nak belanja famili tu kena tunggu bonus la kutt.. heeeee!  :)


 Ohhhh baru tau kat sana juga ada sharkfin soup. 
Sok sok kalau teringin makan terjah je restoran pak ya! 
Weeeeeeeeee!!
;p

Thursday, March 29, 2012

Dunkin' Donuts vs McDonald's

Opocottt mak koo!
Terkejut tak? hewhewhew!
Special tau muncung kita ni boleh tutup hidung. Hahahha! Kalau lalu orang sebelah badan berbau takyah susah-susah nak tutup pakai tangan, mucung kan sahaja mulut mu itew. Ko bowleh? hek hek hek!


Tangan tu sebenarnya tengah mengopek plastik lipstik baru beli. 
Tak tahan beli terus pakai. Orang sebelah usha je minah nii.. hiks! ;p


Sama je macam tak pakai lipstik pun.
Tertiba macam aloooo tak lawa pulak warna ni, tak pi tukaq warna lain boleh dok?


Ok posing 'merenung masa depan' dulu sebelum makan.


Ok tempek gambar adik pula, kang kecik hati pulak tak masuk gambar dia.
hahahha! itu tipuu.. Saja nak promote adik. Maklum la orang ada adik comel.
eeii wekk! kekekeeke!



Entry sebelum ini kita ada bagitau yang kita suka makan Sandwich Chic Mayo kat Dunkin' Donut. Kalau lupa atau tak penah baca klik sahaja link sandwich tu ok. Tak pernah lagi cuba yang lain, chic mayo tu je dari dulu. 


Yang si adik pula sibuk nak makan McD. Soo kita tapau sandwich, makan kat McD je. Tak tahan nya kan boleh lepak lepak duluu dalam setengah jam semata-mata nak tunggu pukul 6 sebab dapat harga murah sikit. Heeeeeeeeeeee!! Jimaatttt..


Gara-gara iced coffee kita tak boleh tidur malam. iskk!


Sekarang pergi mana berdua je. Sejak dua menjak ni makin rapat pulak kitaorang, kalau tak gaduh sokmooo. Hahahaha! Alahh kadang masam la muka sekejap, pastu elok balik. Biasa la adik beradik ni kan. Pasni kita dah duduk rumah sendiri mesti dia rindu kat kakak dia nii yang suka menyakat ini. kekekkeke!



My fav picture!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


;)


Monday, March 26, 2012

Mati terkejut tak??

Rasa-rasa korang la kan. 
Kalau kita pasang lagu ni ikan sebelah tu mati terkejut tak?
Kita kalau buat kerja mesti dengar lagu.
Takde la stress sangat kan. Tapi tu la takut ikan ni pulak stress.. hehe!
;p



Daripada 6 ekor ikan tinggal sekor je.
Yang lain mati terlebih makan kut.
Ada yang gatai tangan kt opis ni kasi makan letteww~
:)






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, March 23, 2012

Happy 1st Birthday Farhan !

15hb Mac yang lepas birthday Abah dan juga Farhan. Tengah tengah bulan macam ni kalau nak celebrate birthday abah memang macam takde la kan. He he he! Soo kita wish je la. Tunggu la 31hb nanti birthday mama, mungkin akan celebrate sekali ingat nak belanja steamboat.. Adik adik sekalian jom tong tong! hehehe. Kakak mu ini banyak nak pakai sen nii.. ;p


Kalau nak baca entry pasal budak kecik pipi labuh ni klik SINI je k.. :)


Mama si Farhan ni pun buat makan pun kecil-kecilan hanya keluarga sahaja. Dorang buat pon last minit ingatkan malas nak pergi yela bagitau dalam kol 6 lebih kita pun baru balik keje kan. Dalam 930 malam tu call suruh datang jugak. Heeee! Kita pun sarung je cardigan, sarung tudung ikin je terus caloooo jalannn. Bukan jauhh pun..


Budak yang semakin membesar dan sangat lasak.
Oh! dan juga kuat makan sekarang. hiks!


Bila dah pandai jalan ni, ingat nak ke dipegang-pegang didukung gini. 
Mengamukk nak turunn.. :D


(^_^)


Kek Boboiboy!
Biasa la sekarang musim boboiboy pulak. Upin ipin dah takdak dah.


Birthday boy. Abah & Farhan.


Kita ni biasa la tugas potong kek ni memang dari duluu kita sahaja. Kadang tu sampai hancur kek tu. Hahhahah! Sape suruh beli kek lembekk, siap ada ice cream lagi.. eeii tak suka! ;p


Jemput makan semua..


:)


Wednesday, March 21, 2012

Lunch with love @ Kenny Rogers

Arghhh! Seksa nya nak cari tajuk yang sesuai untuk entry ini. Kadang sampai malas nak update ini lah masalah nya, malas nak pikir tajuk.. heeee!!


Selalunya kalau nak makan mana-mana kita serahkan sahaja pada Incik Tunang pilih. Tak kisah la mana pun janji bukan makan sushi. hehehhe! Dan Incik Tunang pilih kenny rogers dah tentu makan ayammmmm??!! Kita sebenarnya taktau la kenapa tekak ni macam tak boleh makan ayam. Ngada-ngada sangat kan. Rasa macammmmm tak boleh masuk la senang cerita. Kalau ada pilihan ikan dan ayam, dah tentu aaii amek ikan. Tak kisah la jenis ikan apa kecuali ikan keliii. Cannot gooo!


Tapi dah orang nak belanja, jangan koo gataii tolak pula. Kang tiap kali dating makan kat mampley je baru tau. hiks!


Biasa la kan kalau nak tunggu ayam sampaii, bergambar la kann. Selalunya kita je la yang sibuk nak bergambar, yang Incik Tunang kadang tu macam takde perasaan je bila kita nak amek gambar dia. Hak hak! 


Ni gaya cover hidung. heeeeeeeeeeeeeeeee!!


Ni pula gaya cover comel dua-dua. Heeeeeeeeeeee!!
Bila belek-belek balik gambar dalam hp "ehh ehhh sama la puloksss"
Pipi tu nak lawan dia sebenarnya. Kekekkeke! ;p


Nyummmehhhh!
Selalunya kita kalau makan memang tak pernah habis pun, yela budjet diet hahahhaha. Tapi jangan risau sebab ada orang boleh tolong habiskan. ;)


Lepas lunch laju-laju pergi Plaza Alam Central Shah Alam nak cari photoghapher pulak. Alhamdulilahh dah ada photoghapher untuk nikah dan sanding nanti. 


Susah ok nak buat pilihan sebab kawan-kawan pun ramai berjinak dalam dunia photoghapher ni rasa bersalah kalau tak ambil depa. Tapiii tu la kena ikut kata hati sebab dalam hati dah berkenan satu photographer ni dari tahun lepas lagi. Sooo tekad ambil mereka jugak. Nama kena rahsiakan duluu ok! :)
 

:)





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, March 20, 2012

Berjogging sambil bergambar !

Bak kata pepatah "Sambil Menyelam Minum Air" maksudnya melakukan sesuatu pekerjaan dalam satu masa. Yang kita ni puleks sambil berjogging kita bergamboo lah. Apa guna lari dengan poket yang berat bawak hp gabak tu kann.. Kalau penat berhenti sebentar bergambar pastu sambung jogging semula.



Kalau gini bagi la berapa round pun, aaii boleh sahaja. Heee!! Selalunya paling banyak pun hanya mampu jogging 4th round sahaja, paling kurang 2 round tu pon sudah somputt.. Tak larat! 



Gambar tengah jogging takde la nak amek kan, dah dua-dua jogging tak ada makna nya nak keluarkan hp semata nak bergambar. Masa tu dah tentu kembang kempis hidung kepenatan. Bughokkk! Haha!



Layan je la gambar okay! Kita suka latar belakang ni sebab try tengok bayang bangunan kat tasik tuu.. cantikk kan!



Memang syok la duduk bersila disitu kan. Lepas tu mengelupur kerengga masuk seluar. kekekke!


Cubaan lompat yang tidak menjadi. Berat sungguh!


Cover ayu kann.. Cuba try test tengok masa tengah jogging. Serammm! hahahha..
Masa ni mama ikut sama jogging, dia dah kedepan dulu. Tunggu anak-anak kat belakang tak sampai-sampai. Rupanya bergambooo.  Heeeee!!


:)

 
 Bagi anak-anak ikan makan !
 


Geram je tengok ikan-ikan kat situ. Banyakkkkk! Mama kata ikan talapiaa.. Idak la teman tau jenis ikan. Ahak ahak! Yang kita tau ikan kembong, ikan bawal, ikan cencaruu dan ikan bilis. Kalau laa sok sok mak mentua suh beli ikan lain, habissss laa tak tau. Hahahhahha!


Tapi jangan kata siang ikan tak tau eh! Serahkan sahaja kepada yang pakar. Hok aloh bukan susah pun, kalau guna gunting laju la heeee! Kalau siang guna pisau terkial-kial gak kann. Siapa yang tak reti siang ikan tu buat maluu je.. Berlagak la kan sebab koo tau siang.. kekekkeke!


Last rotiii.. Tak dak ikan dah. Kenyang kut makan roti sebukuu. hiks!



:)


Wednesday, March 14, 2012

Bila kad jemputan tak menepati citarasa..

Bila dapat tahu kad jemputan yang kita tempah sudah siap. aduh! excited gila nak collect.
Kalau boleh dan dan tu jugak nak pi larik collect kad. Hahaha!
Bila Incik Tunang kata collect weekend sooo pasrah je la.
Kang melawan kata durhakaa plak. Aaahhaaa! ;D


Jadi hari yang ditunggu sudah tiba.
Dalam hati memang getikkk nak tengok kad. Yelaaa nak tengok hasilnya kan kan kan.
Sekali..
.
.
.
.
.

.
.
.

Kad ko tak seperti yang diharapkan. #sentaphatimaknokk..


Menyesal sebab terlalu teruja.
Kalau relaks je rasanya tak la kecewa sangat kan.


FYI, kad pihak lelaki tak sama dengan pihak perempuan. Konon nak kelainan la, design sama cuma cover luar tu je warna lain. Yang buat kita lagi kecewa, kad Incik Tunang lagi cantikk. Jelesssss~



Kad kita warna hitam, font pulak warna pink..
Tapi ada dua warna pink disituu. Tak sama laa. Dalam hati "hok alohhh asal bughokk sangat ni wehh" tapi takkan nak cakap camtu. Tatasusila dan budi bahasa budaya kita harus dijaga. hiks!


"kenapa warna pink ni tak sama??" 
"A'aaah la i tak perasann."




"hmmmmm" Memang dah tak boleh pikir secara rasional dah masa tu. Mengharapkan bantuan Incik Tunang je selesaikan masalah ini. Kang kita cakap lebih kang dengan air mata keluar sekali. Emoo tertiba. Heeee! Biasa la dia kan my heroooo, mesti dia boleh bantu. Hahhaha! Ntah dia cakap ape dengan amoi tu bla bla blaaaa.. Kita tak ingat dia cakap apa sebab hanya jasad berada disitu, yang lain dah lari keluar kedai. ~heehehe


"Ok kita akan buat baruu.. so u bleh pilih kad mana yg u nak, n colour apa?"




Wahhhhhhhh terus berbunga kembali hati niii. hik hik!
Memang mengada kan.
Yela kita kan bayar, mesti nak hasil yang terbaikk.
Yang penting tiada cas tambahan.
:p


Dan hasil yang kedua sangat berpuashati.
Walaupon kepala bagai nak pecah tertiba migrain, gigih pi collect juga.
Biasa la kann jenis tak sabar.
hek hekk hekk!


Kad ni kalau nak edarkan awal lagiii sooo biar terperam kat rumah dulu. Kawan-kawan blogger boleh la emailkan alamat kalian ye. Mwaah!
Simple je ! ;)




Oh! Awal kan tempah kad. Bukan apa kalau boleh settle kan awal lagi bagus. Haaa bayangkan kalau buat disaat-saat akhir, kalauuuu dah jadi macam kes kita ni, silap ke hape dahh kelam kabut kann.



Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita Sedunia & Hari SBPA

Oh! Hari ni hari wanita sedunia ehh? Kalau la Incik Tunang tak wish, kita memang tak tau. Eehheee! Okay tempek dulu satu gambar kita yang pose ala-ala wanita melayu terakhir gituu.


Cantik sangat berlatarbelakangkan motorsikal tu. Takde tempat lain kan nak posing. Jangan salahkan kita ye, pokok tu memang macam tu sebelum kita duduk lagi. haaa haaa tak tahuu.. larikkkkk~ :'D




Soo nak wish juga lah. Biasa la kalau nak wish pape, selamat harus dihadapan. Selamat hari raya, selamat tahun baru, selamat hari jadi, selamat gong xi fa caiii dan lain-lain. Hahahhaha! "Selamat Hari Wanita" untuk semua yang bergelar wanita di seluruh dunia. Wanita tulen sahaja, tak tulen asli tu takyah la kut. Hiks!



Berita SBPA yang ditunggu-tungguuuuuuu..


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. 




Alhamdulilahhh. Walaupon SBPA dibatalkan, yang pasti keputusan ini adalah adil dan saksama untuk semua kan. Masih boleh tersenyum riang khabarnya gaji masih akan naik, tak banyak sikit pun jadi laaa..



Lagi majlis nak dekat ni otak ashik pikir duit duit dan duit sahaja lah. Nak beli itu.. nak beli ini. Kira bujet bagai nak rak, tapi bukan ikut pun. Hahhahah! Masalah betul kannnn. Kalau naik gaji ni syukur la sangat.. banyak nak guna oiii! heeee..





Baru-baru ni pi amek kad jemputan yg dah siap. Sekali tak jadik! Aduhaii frust btol nasib la dorang boleh buat lain tanpa cas tambahan.. Harap yang kali ini puas hati laaa.. hmmm!!





Thursday, March 1, 2012

Suka tengok muka KILAFAIRY

Siyes! Kita suka betul tengok muka Kilafairy ni ok. Walaupon bibir dia cenggitu tapi bagi kita unik, gojes! Dia mekap ke tak, memang cantik. Tengok gambar di bawah ye.

.
.
.
.



 Seeeeee! 
Tak mekap pun cantik kan.. :)


Kalau tengok facebook atau twitter kilafairy ni kita suka gambar-gambar dia. Baru-baru ni ada orang post kat fb lagu roman nyanyian Kilafairy. Sedap juga suara dia ek serba boleh, nyanyi boleh berlakon pun boleh. Jangan harap cantik jew. Eh! kenapa tertiba promote Kilafairy ni pulokkk dohhh. Hahhaha! 




Sebenarnya nak suruh dengar lagu ROMAN nyanyian Kilafairy & Roman. Bestt! Ada fast version dan slow version, kita minat yang slow version. Geram gak tengok video ni, rasa macam susah je dia nak bukak mulut tuu.. Heee!!





Kredit pic : Facebook Kilafairy



Lunch @ Fullhouse Restaurant Wangsa Walk

Sekarang ni super duper malas nak update belog. Upload je gambar yang ada lepas tu letak dalam draf, save dan klik [X] kat tepi tuuuu. Tak ada idea nak update, nak letak tajuk pun kemain susah. phewwww~


Dah lama kita tak makan kat Fullhouse Restaurant ni. Sekarang dah banyak cawangan boleh jumpa, kali ini kita terjah Fullhouse dekat Wangsa Walk. Sebelum itu gegehhh pergi Fullhouse yang kat Jalan Yap Kwan Seng sana tuuuu, sekali tutup plak. Cehh! TUuu yang berdesuuppp terus ke Wangsa Walk.



Kita bawa rakan-rakan sekerja yang lain.
.
.

A i n u l
Gadis yang hyperactive. hahaha! Tak boleh duduk diam ok, dia juga yang memeriahkan suasana. Kira tak sunyi la dia ada. :)


K a k . Y a n t i
Satu-satunya mak budak di situuu..
Anak dah 2 orang tapi badan masih maintain. Kang berat kita naik kang dia yang paling banyak membebel kat kitaaaa niii. Aduiii pening nak dengar. Biasa la mak mak ni kannn..  hik hik!


B a i e  & W a w a


Kita nak belanja Ainul makan sebab tanda penghargaan beliau buat kita punya pengesahan jawatan tempoh hari. Dah dia PSM kan, memang kerja dia tapi sebagai terima kasih kita belanja makan sahaja lah. Kita bagi beberapa tempat makan, dia pilih makan kat Fullhouse dan yang lain ikut sajorrrkk!


Setiap kali makan dekat sini, ini je la menu yang kita order. Sedapppp! Tak pernah lagi try menu lain. Sebab tak reti nak order apa, takut tak kena dengan selera pulak. Memang tidak dinafikan sos ciken chop ni terbaik setakat ini. Nyummehh!










Last pic !
Suka tengok Baie promote tisuu Fullhouse itew. Hehehhehe!
Ada gaya, mutu dan keunggulan.
;p


Entry makan makan di FULLHOUSE yang lain klik SINI yeahh!
:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998