Monday, February 27, 2012

Usaha tangga kejayaan.

Kita sekarang tengah diet. Kalau malam memang elakkan makan. Lagi-lagi kalau nasi berlauk. Ingat senang ke nak tahan nafsu makan, lagi lagi bila mama masak malam. Perghhhh! Tergodaaaa ok. Melambai-lambai lauk tu kat kita. Hehehhehe! 



Hati seorang ibu kan tak sampai hati tengok anak nya diet kutt, sanggup ceduk kan nasi seciputt dan buh lauk sikit kat kita suruh makan. Takut kempunan katanya. Tapi bila dah start makan rasa nak tambahhhh. Haaa tu memang bahayaaaaa sangatt.



Hujung minggu pula kalau tak hujan mesti jogging. Keluarkan peluh. Bila dah kerap jogging rasa seronok pulak, badan rasa lebih sihat berbanding biasa. Kalau hujan kita dengan adik perempuan kita buka youtube search aerobic. Berpeluh-peluh ok walaupon dalam rumah je, banyak gelak juga sebenarnya. Hehe!




Tup tup timbang berat dari 52kg turun 48kg! Whoaaaa seronok nyaaa..
Excited la SMS Incik tunang. Biasa la benda happy macam ini harus dikongsi bersama. eceh! hahhaha.



"Saya timbang kat sini berat saya 48kg laaaa" lebih kurang gitu la sms tu. Kat sini tu maksudnya kita kat SPA masa tu sebab baru buat facial. Tapi ayat tu dah edit laa supaya orang yang membaca tak muntah hijau. hehehhee!



Incik tunang balas.. "Fuiyoo klu digital abg percaya, klu meter x  kot hehe" Nampak tak betapa tak pandai nya menjaga hati kita ini. Cissss! Boleh tak percaya yang kita ni dah kuruihh.. Kuwang hajaqqq kan? hahahhaha!



Sebenarnya kita pun tak pecaya sangat. Sebab masih terasa lemak-lemak ada tertempek kat badan ni haaa. Lagii semangat nak jogging hujung minggu dengan harapan lemak lemak kat peha dan perut akan berkurangan. Plss la lemak.. pergi la jauh-jauhh. heee!




Jadi model sekejap.
Kat tepi tepi tu banyak sangat ikan. Rasa nak bawak saukk tangkap gitu je. Geram je tengok. Hiks!



Bila dah kerap jogging badan tak sakit-sakit lagi dah. Cuba la engkooo jogging setahun sekali, besok mesti jalan kengkang. Hehhhheh!


Tapi kan pipi ni asal makin kembang ekk? Ada tak exercise pipi??
;p


Thursday, February 23, 2012

Pernah tengok wayang separuh tak?

Hari tu macik pacik kita ajak tengok wayang, movie Haywire katanya. Yang kita ni tak cakap banyak ikut je laaa. Anak saudara selalunya memang begini, menurut perintah sahaja kan. Hehhehe!


Selalunya sebelum tengok apa-apa movie kita akan tengok poster dulu ataupun baca review berkenaan movie tersebut. Ni tengok poster ni pun dah macam tak best tapii bak kata orang "dont judge a book by its cover" yer dok? Mana la tau best ke kan kan kann.. 


Masa masuk dalam panggung tu agak ramai juga orang tengok movie ni. Soooo mengambil la tempat duduk ditengah-tengah konon nak selesa. Baru je start dah macam bosan. Ok takpe takpe relaks duluuu mana tau tengah cerita nanti best kannn..


Mula tak senang duduk. Kejap ngiring ke kiri, kejap pusing ke kanan. Dah ler tempat duduk kecik, rapat pulak dengan kerusi depan. Asyik tertendang-tendang je, nampak marah juga orang depan. Hahhaha. Sorry laa cikkk, lenguhh kaki nii. Kalau la orang yang berbadan gempal 2 jam duduk dalam panggung tu taktau jalan macam mana.. haha! 


Dah satu jam cerita macam hampehhh. Kitaorang boleh gelak-gelak borak-borak sebab tak paham langsung. Yelaaaa memang hebat la tengok kalau seorang wanita ni lawan-lawan kan, boleh kalah kan lelaki. Tapi lawan dia tu takde feel. Kalau cerita hindustan tu kan, lempang sikit je bunyi dia kemain lagi. Yang movie ni sunyiiii je kooo. Siapa pengarah music dia kita taktau la.  Hahhaaha!


Akhirnya mengambil keputusan untuk keluar panggung sahaja. Sebelum kitaorang, dah ada 2, 3 couple keluar jadi yang kitaorang keluar gak la. Huiiii haiiii rasa rugi sangat la beli tiket RM14, baik tengok Chronicle lagi best. Kita tabik la siapa yang boleh tengok cerita ni sampai habis. Korang memang hebat.. hiks!


Teman ketawa kita, gelak kitaorang berdua satu panggung boleh dengar. Heeeeee!!


Makuda ke ni? kenapa nampak kecik sangat ni.. hehe!


Penat tau siap cantik cantik pergi KLCC sekali kejap je terus balik. Tak sempat nak mengatal lagi. eh! HAmboiii ada hati kan.. Tak nampak sidebar tu lagi bape hariiii?? heh hehhhh.. :D



Kenapa butik tak call fitting baju lagi niiii?? Ke awal lagi ehh??
Perlu ke call ni?? Heeee..





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, February 21, 2012

Jalan-jalan di Sekitar Bandar Melaka

Memandangkan cuti tahun baru cina lamaaaa jadi bercuti lah kita bersama keluarga di Melaka bulan lepas. Bulan lepas ok, baru terhegeh-hegeh nak update pasal melaka ni. Sebenarnya tak ada yang best nya pun hehehhe. Kita tak tahu kenapa mereka pilih Melaka sebagai destinasi percutian kali ini. Kita ikut je sebab dah family nak pergi, kat KL lagi mind ni dok kata "mesti bosan.. apa ada kat melaka nuuu" Jadi kalau dah mind dah begitu sampai Melaka gituuu la jadinya. Hahahaha!


Kita prefer pergi tempat yang menyenangkan. Tenang dan damaiii macam kat tepi pantai ke, pergi berkelah kat air terjun ke, mandi sungai ke, pergi Cameron Highland keeeeee.. haaaa itu memang syok! Segala masalah yang ada mesti hilang kan..


Ni dengan panas nya, dengan ramainya. Tak syok nak berjalan. Mood macam "arghhhhhh! bila nak balik niii.." haaa gitu! Tertiba jadi stress yang sepatutnya pergi bercuti seharusnya happy... :)


Jom! Tengok gambar ye. Gambar yang kita pilih secara rawak untuk tontonan kalian.. Ecehh!


Bergambar dalam gelap pun jadiii..


Mana macik, mana anak saudara??
Semua pun macam dah sama je.. 


Sedih tengok perut kita sebegitu. Cisss.. hihihi! Gambar memang tidak pandai menipuu ye. Melainkan korang pandai edit mengedit, sudah tentu perut itu tak nampak.. 


Oh! Mama & Adik Perempuan kita yang cantik!
Puji sikit mana tau tergerak hati nak belanja kita makan. Eh! Makan takmo, belanja baju mahuuu leww.. Baju banyak dah tak muat. sedih! 


Abah & Adik Lelaki kita yang emcemm!


Si cumel-cumel naik lembuuuuu.. Moooo!


Gagah perkara seperti dia.. ;D



Adik sedara kita yang kiut miutt!


Muka mula kebosanan.. Hehe!
Rasanya kalau lah dapat selaiii bajuu, mesti muka ada sinyummm lebar. Ni balik dengan tangan kosong tu rasa hampa sikit. Kita ni sebenarnya kalau dapat shopping baju selai dua pun sudah memadai dah. Tu pun dah cukup bahagia bagi kitaaa. Biasa la perempuann. hiks! :D


Pakcik Erol, Abah, Paksu Am & PakUda.


 2nd Day!
 Warna kebetulan sahaja. Warna hijau sedunia.. :D

 


Berhenti makan jambuuuu~









Si kecik Amar takut dengan patung patung dalam muziumm.
Kita tengok pun seram. hehehe!




Rasanya dorang ni la yang paling seronok sekali. Boleh lari-lari tanpa sempadan. Muzium plak tak ramai orang, jadi lagiii best la dorang larii. Yang kita ni memang cari kerusi je la, nak duduk je malas nak jalan. Heeeeeeeeee!!




Jangan kata kita besar ye. Adik adik kita kat sebelah tu lagi besar sebenarnya dari kita. Kekkekekek!
Ish ish ish.. korang ni cuba la diet sikit.. Hehehehehehhe!


Yeahhhh! masa ni la indahhhhnya duniaaaa.. Penat berjalan kita massage dulu. Mula buh seringgit, tambah lagi seringgit. Last sampai 6 ringgit kuttt.. Hehehhehe! Semua kerusi family kita conquer.. boleh? hiks!


Buat masa ni dah takde mood nak jalan mana-mana dah.
Dah lama dok ngidam nak makan ikan bakar kat Umbaii. 
Sekali rasa dia hampehh. Kecewa nya hati iniiii.. 
-.-"



Wednesday, February 15, 2012

Celebrate Birthday BFF @ Cosy Place Restaurant

Menerima sms dari Bob boiprenn kawan kita ni konon nya nak buat suprise untuk si Farziera awal bulan lepas. Kita sebagai kawan karib join laaa suprise dinner untuk kawan kita ni. Memang menjadi laa kan! Tertiba family masuk restaurant sambil nyanyi lagu happy birthday siap bawak kek. Alooooo memang best la. Rasa macam sweettttttt sangat pasangan ni, siap ajak kedua-dua belah family sekali. Sporting giler!


Rasanya kita dan Mariam tak perlu ada pun sebenarnya, tak ada pun takpe. Hik hik hik macam nyebok je kan. Biarlah dia celebrate dengan family dia dan  bakal mentua dia. Ni Bob la punya idea ni.. Apa laa..


Celebrate kat Cosy Place Wangsa Maju. :)



Birthday girl, Farziera. Bob, Mastermind dinner ni.. huhuhu! Dah cukup romantik la tu Bob buat ni.. Kalau laaa kita mahu dah termenangis kat situ.. Hehehhehe! Kita doakan semoga hubungan kalian akan berkekalan dan semoga cepat menamatkan zaman bujang. Amin.  heee! :)


Me & Birthday Girl !


BFF !


Sekarang ni memang dah kurang makan nasi malam-malam. Kalau makan nasi pun ambil dalam kuantiti yang sedikit ataupun tak makan nasi langsung. Makan rotii atau biskut sahaja, tapii bila orang dah nak belanja kat menu tu kooooo nampak nasikkkkk je. Koo kan tekak melayu jadi nasik memang menjadi pilihan utama la kan.. hehehhe!

Habis diet kuu malam tu. Takpe la sekali je. hahhaha! Cis..


Baru-baru ni timbang berat dah turun tapi tengok badan kooo gitu gak. Hahhaha! 
Tang mana yang turun tu tak tau la.. 
Jangan cakap mesin tu rosak, alasan tu dah klise dah. Eceh!
Heeee!!


Tuesday, February 14, 2012

Gambar ke Singapore lagiiii..

Oh! "Valentine Day" hari ini yaaaaa.. Takyah nak gedik sangat la nak pi raikan bagaiii yerr. Mehhh layan balance gambar-gambar yang belum kita tempekk dalam belog ni lagi bagus. 


Baru perasan shawl yang kita pakai masa pergi USS tu sakaiii gila. Salah belit ke hape pun taktau la, kalau tahu pakai je tudung bawal habis cerita. Comel sikit macam Datin Juma kan. #eh!tertiba je.. hehehhe! Kalau perasan masa baru masuk USS masih elok pakai kasut, pastu tukar selipar putih. Melecet ok, lebih baik pakai selipar sahaja nak jalan pun jauhhh kann..


Tengok je la gambar malas nak menceceh banyak banyak. Hiks!





Haaa mendealah ni yang kita naik. Boleh? Dengan makuda, pakcik macik kita naik sekali. hahahhah layannn jew lerr!!

Aloh aloh alohh! 
Yelaa masa kecik duluuu tak dapat naik kan.. Masa ni rasa nak sorok muka dalam handbag tauu.. haha!


Punyalah ramai manusiaaaa.. Sesak!











Last day!


Nasib shawl berpin kalau tak dah terbang, angin kuat betul!


Gaya ala-ala mak datin. Kooo mampu? Hahaha!



Beg bapak punya berat, biasa la kita ni kan baju spare banyak tak hinggat bukan pakai pun. Huhu!


Lepas ni takdak dah gambar gi singapore lagi. Dah habis!
heeee!:)

Tak boleh la tgk kt sidebar tu. Tertiba jantung ni berdebar-debar.
Dup dap dup dap!
Menghitung harii la katakann..
heeee!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998