Monday, January 30, 2012

Singapore Trip : Kuala Lumpur - Johor Bahru !

Memang dah lama impikan nak ke Universal Studio Singapore (USS). Sepatutnya lawatan kerja ke JB tahun lepas ada plan mahu ke USS tapi terpaksa lupakan hasrat ke sana sebab ramai rakan yang lain tak nak masuk USS katanya tiket mahal. Jadi tuu yang sampai ke Tanjung Piai tuuu, tiket pun sangat la murah kan. Hehhe!


Bila dengar Cik Lee plan mahu ke sana, apa lagi mengeletisss nak ikut. Haaaa sementara ada duit lebih ni baik pergi, guna la sikit duit nak kawin tuh. Sanggup okay. Hahahhaha! 


Naik LRT menuju ke TBS.
Adik perempuan tak pergi, dia kerja .


Okeh, kita pergi naik bas sahaja. Dapat la jejak kaki kat TBS ni kalau tak naik bas agaknya, ntah bila nak ke sana kan. Sangat bangga dengan pembangunan yang serba maju. Dah macam airport koooo. Terkesima akak! heee! 


Lama hokeh nak buat entry ni sebab tunggu gambar dari Cik Lee aiii yang kemain lambat nak upload gambar. Hahahha! Tak kose la aiii nak tunggu lagi, dah hampir basi entry singapore aii ni. Tempek je la mana gambar yang hadoo..

Sebelum gerak kita sarapan dulu. Haaa yang ni pun kita jakun gakk. Food court sana pakai kad ok, macam touch n goo gitu. Nak bayar pape kena guna kad tu terpulang nak topup berapa. Kalau dalam kad ada balance duit, jangan risau boleh redeem semula.. Huii hebakk keh!  :)


Gambar kalau tangkap sendiri memang akan jadi gini. Tapi takpe tetakk cungg! 
Hahahha.. Terasa macam kita adik, Alice pula kakak. Boleh?


Cari perbezaan dengan gambar di atas .



Terasa tinggi bergambar dengan MakUda. Abaikan kasut itu. Huhuhu! Sempat beli flat shoe ye, gila koo nak jalan jauh pakai kasut tinggi gini. Patah kakii. Eeiiiii napa la tak terpikir langsung, napa la pakai kasut camni??!!


Dimana sahaja boleh bergambar.


Budak comey yang tak reti duduk diam. Haha!  
Dan juga pelat 'R'. Sweet je dengar dia cakap.


Kita kat sana memang main redah je. Masing-masing first time jejak JB kalau tanya kita memang taktau apa-apa lah. haha! Jadi nak pegi mana-mana memang kena tanya orang, baru terasa jadi pelancong sebenar hee. Nasib baik la ada Cik Yati yang rajin bertanya, kalau harapkan yang lain memang sesat kebarat la jawabnya. :D

Sampai sahaja perhentian di Pontian, kita naik bas lain menuju ke hotel pulaaa di Jalan Meldrum.. :)


Check in segala bagai.. mandi, tukar baju tukar apa yang patut terus keluar cari makan. Hotel yang menginap ni agak strategik, dekat dengan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, City Square dan banyak lagi. Jalan kaki sahaja nak ke BSI, masuk Singapore disitu lah. Jangan ditanya hotel apa ye, hotel murah jewww~  

Nasib dah beli flat shoe, jalan jauh pun tak kisah. Pakai selipar lagi bagus! ;)


Cari makan di City Square jee. Singgah bata beli stokin. Huhuhu!


Makan malam di Papa Rich, City Square. :)


Selekeh betul malam tu. Ada satu gambar tu kita dah macam bibik dah kooo. hahhaa! macam tak percaya aii ke tu?? Heeeeeeeeee!


Thank you sooooo much Cik Yati belanja makan malam kami..
Semoga murah rezeki melimpah-limpah.. Amin. :)


Mula tu macam alahaiii sikit nyerrr nasiii. Biasa la kita ni tekak giant kan, nasi harus 2, 3 mangkuk. Kekekkeke! tapiii sebenarnya ini sudah mencukupi, nak habiskan kemain seksa.. ;)



 Darwisyah yang aloo tomei-tomeii.  
Style dia pakai topi memang gitu, sengket ke tepi. Heee!!
yoo yoo wasapp bebehh!


 Lepas makan takkan mahu balik bilik. Kalau nak tidur, balik rumah la wehh! heeee. Konon nak karaoke tapi harga kemain cekik darah. Kat KL lagi murah, jadi kita tengok wayang saja lah. Tengok filem seram Suatu Malam Kubur Berasap.

Cik Lee kemain bengang je tengok filem melayu. Haha! Ikut jela orang dah beli kan. Dalam wayang muka takde perasaan tengok cite melayu. Kita yang gelak kemain over. hikk!! Best ke tak filem tu sila klik review filem tersebut ye.. :)



Pose malu-malu kucin ye kakak.. ;)




Suasana malam di sana .


Last pic !
Bersedia untuk berjalan di Singapore keesokkan hari nya.
Next entry ye.. ;)


Love : misswawa


Friday, January 27, 2012

My Favorite Chocolate, D A I M !!

Baru-baru ini member nak pergi Langkawi jadi kita pun kasi duit suruh belikan coklat DAIM ni. Sekaliii.... Hambik koooo!! Tiga bungkus dia beli. Heeeee! Terkezut ahkakk. Okay takpe aii shuke je. Ni balik rumah kang kena sorok dalam bilik ni, dapat kat adik lelaki kita sekejap dah habis.. huii!! Macam makan nasik je dorang ni.. hehehehhe!



Tak tahu la kenapa suka sangat dengan coklat DAIM, sedappppp sangat. Waduhhh waduhh waduhh! bertambah berat kalau makan coklat sesajorrr. Dah la banyak ni mahu besok, sarapan dengan coklat, lunch pun coklat dan makan malam juga coklat. Hik hik!




Siapa nak silaaa angkat kening???
Oohh lupa, satu bijik dobloh sen sahaja.
Sekian, terima kasih.
hiks!




;)


Thursday, January 26, 2012

Hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang

Kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang. "Tipu sunat" ayat orang selalu guna. Ni kes kalau nak beli barang la ni, entry luahan hati untuk hari ini. Muehehhehehhe!!



Definisi hipokrit ialah (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik. Huihh! Munafik??!


Atau 


Dengan kata lain taqiyyah ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit kerana terpaksa.



Walaupon sesuatu benda tu tak cantik dimata kita, terpaksa cakap "eyh cantik la.. cantik cantik.." takut orang lain terasa. Betul kan?? Kadang kita tak minat langsung dengan barang tu tapi terima je la, dah orang nak kasiiii nanti kecil hati pulak orang tu. Kadang bukan tak mahu terima pandangan orang, tapi kalau hati sudah tak berkenan nak paksa suka pun tak boleh juga. 




"Alaaaahh! cantik nii kooooo beliiiiiiiii jee laaa!" 




Kita ni kalau malas nak pikir, beliii je walaupon tak suka. Haaa gitu! Malas nak bising-bising. Pasrah je walaupon dalam hati paksarela terima. Balik rumah nangis sebab "napa la bughokk sangat taste kooo ni jahh oiii" Marah dalam hati. Dah tak suka tapi beli jugak, nasib koo la kan. kekekkekeke!!



Tapi setiap orang ada ego nya. Kalau kita tak mahu, tak mahu laa. Iye dok?? Citarasa orang kan lain-lain jadiii jangan paksa kita terima benda yang kita tak sukakk. Kann?? 



Tapi tapi tapiiii (banyak pulak tapi nya hiks!) kalauu orang nak bayarkan buruk macam mana pun koo terima je la sebab rejekii jangan ditolak. Tak gitu?? heeee! Kalau sendiri bayar, sila ikut citarasa sendiri. Ehh ehh duit siapa sekarang ni?? hik hik!


.
.
.



Gambar ini tiada kena mengena pun dengan entry. Cuma tertarik dengan gambar candid neh!
Sejak pakai bb ni memang dok online je la memang tidak dinafikan bila incik tunang dah sound baru perasan.  Bengang je dia, mungkin terasa dipinggirkan kot. Hahahhah! Sorry lerr!! Tu la orang ajak pkai bb juga takmo. hehehe.. Kelakar.. :P



:)




Friday, January 20, 2012

Kita kena ajar sikit dorang ni..

Ni kena update belog laju-laju sebab nanti keje dah banyak. Nak keluar sana sini cari barang, memang belog terabai la kan.. Pasni baru kita cerita pasal trip ke singapore ye, gambar banyak takde masa nak upload lagi. Heeeeeee!!


Tak best la cerita kalau tak ada gambar kan jadi kita pagi-pagi dah susah payah lukis tau nak gambarkan situasi yang berlaku tadi. Yelaaa mana tau korang tak dapat bayangkan jadi bila tengok gambarajah di bawah ni sekurang-kurangnya korang tauuu la jugakk..


Pernah tak korang bagi signal nak masuk lane sebelah tapi kereta sebelah seboleh-boleh taknak kasi korang masuk?? Penah penah penahhhh kannnn??? Tipuu la kalau tak penah. Lagi kalau koooo nampak pemandu wanita. Dia punya rapat dengan kereta depan tu dah tau dah memang takde harapan la koooo nak masuk kan. Jadi yang kita ni pun redha je la dah orang taknak kasi kan. hahahhaha! Dalam hati memang menyumpah gak laa.. heheh!



Jalan kawasan tu memang agak sempit, walaupon jalan sehala. Jadi kalau dah kereta A atau B dah parking tepi jalan memang sangkut kat situ. 


Bermula la kisah, yang kita ni nak masuk kanan. Kasi signal la nak masuk kan, tapi ada pakcik ni seboleh-boleh tak nak kasi. Laju kot kereta dia, nasib kita tak masuk kanan terus. Ok fine tak kisah laa. Sekalii pakcik tuh terus ambil lane kiri, dia tak perasan kut ada kereta lain parking kat depan. 


Situasi sekarang pakcik tu pulak kat lane kiri, kita kat lane kanan. Apa lagi kita ni tekan minyak laju-laju rapatkan kereta dengan kereta hadapan. Haaaaaaaaaaaa macam mana dia buat kita tadi, buat kat balik dia camtu. muehehehehhee! #idea nakal muncul tiba-tiba.


Dia nak masuk kanan, tapi kita taknak kasi. Terus pakcik tu honnnnn kuat-kuat. Eh ehh marah nampakkk. Apa lagi pakcik tu tengokk je muka kita dengan perasaan tak puas hati. Kita pulak buat je la muka dekkkk, muka tak bersalah seolah-olah pakcik tu tak wujud! Nak kasi jalan ke?? Memang tak lahhh!!!


Haaaa rasakan. Tau pun marah kann. Macam mana kooo buat kat orang, bila kena batang hidung sendiri tau pun marah. Lagi-lagi nampak kita ni perempuan kann.. Heeee! Itu pengajaran buat pakcik tu harini. Pagi-pagi lagi kita dah buat orang bengang kan. Heeeee! Ada mak kesah?? kikikiki!!



Apa salahnya bagi je jalan. Taknak mengalah tuu.. Pelik betul la orang cam gini
Jangan marah ye pakcik, saja gurau-gurau!
Heeee!!



love : misswawa





Thursday, January 19, 2012

Ada orang cuba sabotaj kita ke???

Ellow ellow ellowwww!
5 hari tak update, rasa macam bertahun tak update.
Aiii sibuk sangat oulss.. Biasa la awal-awal tahun ni sibuk bengkel dan kursus sana-sini.
Pagi bengkel, petang pulak kursus.. tapi takpe aii suka. Lagi sibuk lagi bagus tup tup dah kol 5, balik terus je kann!



ok ok balik pada tajuk asal. uolls sendiri pun tau kan yang kita ni sibuk nak diet, rasa berat badan ni mendadak naik. Kawasan pinggang pun dah tak selesa, kain baju kurung or kebaya semua dah ketat. Kadang kain pun boleh naik sampai ke dada koooo, nak cerita buncit nyaaa aii sekarang. hahahhahaha! Mama siap sound "kak, napa kain koo senteng sangat nii...??" Nampak tertiba boleh senteng kain kita.. huhuhu!



Nak dijadikan cerita, semalam masuk kelas bahasa jepun. Maklum la awal-awal tahun ni memang rajin kursus konon nak penuhkan SKT nanti. Semantara kerja tak banyak, baik join je kelas bahasa jepun ni. Best ok! terasa comel  bila masuk kelas bahasa jepun ni cakap pun lembutt je. Konniciwaaaa.. haitt! ohayoo.. Arigato gozaimasu !!



Masa dah masuk kelas kita ni terlupa la pulak bawak nota minggu minggu lepas, tertinggal kat opis. Opis pulak tingkat 3, nak suruh naik balik tingkat tiga?? Oh! memang tak la, mengahh dan somputtt ahkak. Jadi keluar pinjam nota orang, opisnya hanya atas kelas je. Bila masuk balik kelas sekali kerusi yang kita duduk tu terus macam nak terlentang. Kaki kerusi tu boleh bengkok. Korang tau tak kerusi dekat bilik kuliah macam mana????


Ni macam kat bawah ni..



Elok je duduk sekali kaki kerusi belakang boleh bengkokkkkkk!!!! Nak ulang sekali lagi ke?? B e n g k o k ! pahamm.. Nasib baik tak terlentang dalam kelas tuu, kalau tak malu akak ok, maluuuuu.. hahahhaa. Member-member sebelah dah gelak dah. "Waaa.. ko memang kena diet la.. kalau tak roboh pelamin nanti.." kuwang hasem punya kawann.. hehehhe! Bila kita cuba pegang kaki kerusi tu memang keras kutt . Macam mana boleh bengkok niiii?? Ke ada orang nak sabotaj kitaaaaaa niii..


Ni berita buruk untuk kita nii... diet!!!!!


ok ok kita dah berhenti makan nasi malam ok.. walaupon lapar kita makan roti cicah milo je.. sedih rasanya nak kuruihh punya pasaiii.. hehehehhehe!!


Siapa yang bubuh kerusi bengkok tu kat kita semalam baik mengaku?? kalau takk.. siap la. hahhaa! Padahal sendiri bengkok kan taknak mengaku.. Berat sangat ke hakuuu niii.. heeeeee!!


ok itu sahaja buat hari ini.. Nak masuk mesyuarat pentadbiran pulak ni. tataaaaaaaa!!!
sibuknya kalah bos h0key!
okbye!
:)


love : misswawa

Friday, January 13, 2012

Penantian Satu Penyeksaan.. Tahu??

Apa yang ditunggu-tunggu sangat tu Cik Wawa uiiii?? Tunggu gambar bercuti di Singapore akhir tahun lepas. Maklum la kita ni takde kamera jadi menumpang je la kamera orang. Heeeee!! 


Gambar dari kamera MakUda & Cik Yati memang dah amek tapi dalam kamera Pakcik Lee lagi banyak gambar kita jadii sampai sekarang tak boleh update belog. Tak best laa kan update tanpa gambar menarik. kan kan kan?? Alaaa kita tahu, kadang uollss masuk belog kita bukan nak baca sangat pun, nak tengok gambar jew kan.. hehehehhee!! 


Bukti yang kita dah sampai USS. Bowley?? 



Heyyy! Perut u ke tuuuu????
Eh! taklah. Fesyen baju tu memang cengitu laaa, kembang payung kata kooo.
:'(


Tahun ini kita kena STOP bercuti kemana-mana, yang memerlukan pengeluaran tunai laaa kan tapi kalau orang sponsor aii ok jeeeeee. hahhahah! Tahun lepas dah puas jalan kan, jadi tahun ni kita rehat sahaja. Tumpukan perhatian untuk majlis kita beberapa bulan lagi. Banyak lagi persiapan kena buat, kena survey apa yang patut. Nampak memang kita ni macam relakss je tapi dalam hati siapa yang tauu.. Dup dap dup dap dup dapp.. hohohoho!!



Thursday, January 12, 2012

Twitt twitt, twit twittt!

heh heh heh heh!
Apa-apa pun kita gelakk poyo dulu.
Kita dah ada account twitter, sila jangan cemburu. *munt0h* haha.
Ada ke orang nak cemburu dengan kooo wawa.
Pehlishh lah (!)
:D



Seriusss ok. Terkial-kial gunakan twitter ni.
Mungkin first time guna kan.. tapi bestt gakk sebenarnya.
Dapat mengetahui cerita terkini mengenai artis. Ada twit ni pon sebab nak tau pasal artis jew, follow artis jew. Hahahha! Pagi tadi dapat tau rumah wardina kena rompak melalui twitter beliau. Pastu pasal Rita Rudaini dengan Zaquan.. Oh! cepat artis update yer.



Sekarang ni masih blurrr, taktau nak tekan apa. Nak tanya orang malu. Haaa ni la diaa perangai kita yang kita sendiri tak suka. Maluu tak bertempat. Hahahhah!


Profile pic kt twitter ! taknak kalah ok. Hhihihi!


kbai!





Wednesday, January 11, 2012

Raikan akhir tahun 2011 @ Sg. Congkak !

Akhir tahun 2011 yang lalu kita pergi berkelah bersama-sama family Incik Tunang di Sungai Congkak. Incik Tunang ni seboleh-boleh mahu kita ni pergi siap suruh bawa anak angkat lagi, kalau tak didesak agaknya memang tak pergi sebab segan. Boleh? Hehehehe! Kang tak pergi kata kita tak spoting pulak kann, pergi la jugekkk. #mata ke atas, tangan kat bahu#  haa.. gituu!


Dah la masa tu ko tengah PMS kan. Mood memang takdak. Kalau boleh memang malas nak pergi mana-mana dengan keadaan yang macam ni kan.. Tapi tu laaa.. Ada orang tak paham. Sabo je lah!


Kita angkut sekali dengan anak angkat kita yang sudah nak masuk darjah satu. Kejap je besar ye. Kadang tu memang lama juga tak amek dia sebab sibuk sangat, sampai boleh terlupa koo ada anak angkat hahhaha. Boleh call dengan suara sedih "Bila mak nak amek kakak??" Dalam tepon kemain lagi peramah bila cakap, bila depan-depan dia takut sikit dengan kita. Kita ni tak penah la tengking atau pukul anak orang ni, main jeling-jeling je tanda marah kalau dia nakal sangat, tapi bagus juga sekurang-kurangnya dia behave sikit dengan kita senang nak jaga.. hiks! 


Kalau bab posing kooo serahkan je pada budak ni. Pantang nampak kamera macam mak angkat dia ni jugak. Aduhaii! 



PakLang bersama anak-anak nya.. (^_^)



MakLang duduk ditepi jeless dengan anak-anak dapat bermanja-manja dengan PakLang. Hahahha! Sila lempang kita sekarang. Dengan budak kecik pun mahu jeles kah? heeeeeeeeeeee!!

Dengan keadaan yang tidak mengizikan untuk mandi jadi kita tengok sahaja lah. 


Bila dengan family incik tunang terus teringatkan family sendiri. Rindu tertiba tu belom sok sok dah kawin heeee. Kalau dorang ada sekali lagi happening sebab family kita gila-gila semuanya. Hehehhehe! :)




Monday, January 9, 2012

Pergi IKEA semata-mata kerana Meatball. Boleh?

Selalunya orang pergi ke IKEA mahu mencari perabot ataupun barang-barang rumah, tapi kita ke sana sebab mahu makan meatball yang super mabeles. Boleh? Heeee!!  Fifi (cousin) mahu datang ke rumah, jadi kita ni pun plan la ke IKEA boleh cuci mata. Yela kan nak duduk je rumah, bosan uollsss ~


Mula ajak mama je, abah pun nak ikut bosan katanya duduk dirumah. Bukan takmo ajak abah, biasa la kan perempuan ni kalau shopping dua tiga jam memang tak cukup. Hehehe! Bagus juga abah ikut, kita ni pun bukan tau jalan sangat pun. Dengan kaki yang cedera, elok sangat la tu ada orang bawakan kereta. Kita jadi ma'am kat belakang.. huhuhu!!





Gambar syok sendiri itu HARUS !
Sampai je IKEA, parking penuh. Cane?? Nasib baik lah abah yang drive. Turun kan kami depan IKEA, abah pi cari parking. Ohh selamatt takyah jalan jauh. Kita kan sakittt! hehehe. Sakit sakit jauh koo jalann kann..



Tengok gambar je la erk! 



Masak apa tuh cik kak?
Gulai tempoyak ikan patin.. Belasah je la!




Eyh eyhhh! Sejak bila awak gemar membaca nii.??
Sejak datang IKEA laaa.. Hiks!

Suka la IKEA ni sebab buat kita berangan je, deco yang sangat cantik buat kita teruja tau. "ohhh esok nak rumah camni lah.... esok nak hias bilik camni laaaa.... nantii nak katil cam ni laaa ... blaaa blaa blaaa" haa gituu!




Makin berseri tengok Fifi ni, ado apa-apa ke?
Tapi tu la slimmmm je. Jeles ahkak. Hehhee!




Walaupon kaki koo berdenyut-denyut, jalan tetap diteruskan. Sakit pun buat-buat tak sakit. Pantang nampak kerusi, berhenti rehat jap. Rasa besarrrrrrrr sangat IKEA ni dengan kaki gini.. hiks!
Kenapa cedera?? Baca entry ini 0k.. ---> SINI



Penat berjalan kita makan duluuuuuu! Akhirnya dapat juga makan meatball ni. Dari tahun lepas lagi nak pergi nak pergi tak sampai-sampai. Dah banyak kali tertangguh, kali ni pergi juga. Tak kira!!! Sumpah sedap. Cukup makan 5 biji kalau makan lebih rasa muakk kot. Abah, first time makan pun kata sedap. Haa pasni kita pergi lagi.. Heeee!!



Ciken wing pulak rasa biasa je mungkin dah kenyang makan meatball kut sebab tu rasa biasa je. Heehehe!



Dann gambar seterusnya kita kasi tajuk "Pantang nampak cermin". Tak caya mehh tengok, amek gambo kat cermin sesajorrr. :D



Pipi jadi macam ni sebab makan meatball. Zzzzzzz ~










Diakhiri dengan gambar yang kita nampak gems!!
Ke baju yang besar? Salah baju kotttttt.
Kekekkeke!



Kunun nak cari bakul baju kotor je. Nak cari palinggg murah. 
Sekali macam-macam ko hambik. Hehhehe!
Alamak aaii terbeli plak.. :)



Friday, January 6, 2012

Shopping la tak habis-habis !

Kira bulan lepas, pecah rekod pergi sogo paling kerap. Tak pergi dengan Incik Tunang, pergi dengan mama. Tak beli terus pun survey sikit-sikit pastu balik rumah pikir yang mana nak beli. haaa gitu! 


Tapiiiii kalau pergi keluar dengan mama, mesti TERbeli barang yang tak ada dalam senarai. Tu yang malas tuh. Tertibaaaa pulak beli cadar. Adoii pening ahkakk hokeyyy!! Menggigil tangan nak keluarkan duit. Muehehhehehe!


Beberapa kali kita jejak kat sogo tuh, tak pernah surut dengan manusia. Sentiasa penuh dan ramai. Berebut-rebut handbag, kasut, baju dan sebagainya. Pelikkkk la hakuuu! Hahahhaa.. Kita ni pulak tak boleh ramai-ramai, tengok orang berebut-rebut semacam terus jadi stresss! Apa yang nak beli pun dah lupa tengok orang gitu.. heee!



Alang-alang baju untuk mama dan adik perempuan sudah beli. Kita cari pulak baju melayu untuk abah dan adik-adik lelaki. Kalau nak cari sama warna dengan baju mama, memang agak susah. Haiiyoo! siapa la yang pilih warna itu.. heeeee!! 

Dapat la  4 pasang baju melayu, untuk abah, atuk dan adik-adik lelaki. Dah settle bab baju! Senang. Malas nak pikir dah.. :)



Sebenarnya tak penah pakai lipstik semerah itu. Kat sogo kan banyak lipstik, main pakai je tu. Hahhaha! Ntah bekas bibir sapa pun tak tahu la. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! sebab lepas solat tengok muka pucat je tanpa lipstik tu la main calitt jee.. huhuhu!!



Time shopping memang la seronok. Tapi time nak bayar parking boleh pitam.
Kena RM15.50! Hahahaha.. Mama sila bayar.. tenkiuuuu!

Tu la berlagak taknak naik LRT "iskk takyah la naik lrt pening laa nak muntah la ramai-ramai, baik drive sendiri.." sekali hambik kooo! Kat KL ni takyah nak terkejut sangat laa, parking memang standart gitu. Nak jimat naik sahaja kenderaan awam. ;)


Entry ni sebelum kaki kena himpap tauu.. sebab tu la jalan tak habis!
 hehehhehe!



Wednesday, January 4, 2012

Lebih sayangkan CPU daripada kaki sendiri .

Terlebih dahulu nak mintak maaf la ye kalau gambarajah di bawah terlalu huduh. hehehehe! Kisahnya terjadi malam ahad yang lepas masa tengah sibuk mengemas bilik dengan adik perempuan kita. Ya Rabbiiii barang dalam bilik tu taktau la mana datang, banyakk giler. Rasanya dah banyak dah kita buang tapi masih banyak. Heeeee!!


Tapi kali ni tekad, pejam mata buang juga apa yang patut. Tapii biasa la mama mesti nak tapis gak tengok barang apa yang kitaorang nak buang. Hahahhaa! Baju kita toksah cakap la ada 2 almari tapi bila nak pakai ashik kata takde baju padahal baju melambakk. Baju juga kita rasa patut dah sedekah kat orang dah tuuuu..


Ok ok kita balik ke cerita asal. Bila barang dah banyak dalam bilik jadi semua barang dah bersepah. Kita ni pulak gatal berdiri kan CPU seperti gambarajah dibawah ni. Tengah angkut angkut barang sekaliiiiii CPU tu nak tumbang. 


Bila kita nampak, elokkkkkkk je hulur kakiii di situuu sebab taknak kasi CPU tu terhempas. Bijakk kan. Ingat CPU tu ringan ke diknon?? Berat nak mampusssss. Terus menangis kesakitan. Adik perempuan masuk bilik boleh gelakkan kita yang tengah menahan kesakitan. Heeeeeeeeee!!


Adik perempuan gelak-gelak siap cakap "Tuuu diaa CPU makan tuann.." haha memang kuwang hajaq dowh!

Lagi pun masa tu pun dah petang jadi memang tak nampak bengkak or lembam semua. Keesokkan harinya bengkak sikit kita pun balut pakai bandage ni, sempat jalan kat IKEA kooooo walaupon kaki sakit. Hihihihi!


Mungkin banyak sangat jalan semalam kaki jadi bertambah bengkak dan lebam teruk. Balik kerja semalam terus pergi klinik konon nya nak ambil ubat sahaja tapi doktor suruh pergi hospital untuk x-ray takut ada retak atau patah.


Boleh bayangkan dalam jam 6.30 petang sampai la kol 11.45 malam baru dapat jumpa doktor. Dah x-ray semua alhamdulilah tak ada apa-apa. Boleh gelak gelak dengan mama lagi, yela datang nak ambil ubat je sebenarnya tak pasal-pasal kena tunggu berjam-jam. Hahaha!


Baru awal tahun dah MC 2 hari. Aduyaii! Buruk rekod dahhh.. Nak buat macam mana, doktor tak kasi jalan banyak kann soooooo kena la rehat di rumah sajorrr. Kaki ni dah huduh dah gelap semacam, dan kembang je. Kekekkekeke!!



Semalam masa kat hospital macam-macam kes kita dapat tengok. Lepas tu ada 2 orang budak muda digari, badan banyak luka-luka. Dalam hati kita tertanya-tanya apalah kes budak ni, muda lagi dah kena gari camni. Macam budak sekolah lagii..


Masa jumpa doktor dalam bilik terdengar la kes budak tadi. Rupanya pecahkan kereta orang kat jalan, tapi orang tu sempat kejar dan langgar. Hmmm nasib baik tak patah riukk.. Muda-muda lagi dah buat jenayah. Kesian kat makbapak kooooo tau. Ish ish ishhh!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998