Thursday, November 8, 2012

Menangis kehilangan sesuatu yang kita sayang..

Panjang tak tajuk? haha.. Bab nak letak tajuk memang payah sebenarnya. ok abaikan saja..


Kita ni jarang laaa nak nangis tak tentu pasal. Yela takkan tertiba nak nangis kan, kecuali tengok drama sedih ke, tengah datang bulan hormon sedih tahap maksima pastu tertiba koo kena marah memang sentap habis la kann. Senang je air mata nak keluar. Muka ganas tapi hati macam tisuu ye. hiks!


Tapi.. bila kehilangan sesuatu yang kita betul-betul sayang, memang akan nangis.



Macam si BIRU kita dulu.. Masa dalam perjalanan nak hantar kereta kepada tuan baru dia. Boleh menangis teresak-esak sambil memandu yerrrrr! Begitu sayangggg nya pada kereta tuuuu.. haha! Mungkin banyak berhabis untuk si BIRU tu kuttt..



Motif letak gambar ni?? Saja nak tunjuk, kurus nya kita duluuuuuuuuuuuuuuu. Rindu nak badan macam ni balik. Haha~! Sekarang?? Memang jauh beza la kan.. Baju kebaya semua untuk perhiasan sahaja. Ketat padat dan mampat. Takde ruang langsung. Sedih!



Sabtu lepas kita dah serahkan semula Bella kepada tuan lama nya balik. Rasanya baru je bela si Bella tu, tak tau kenapa perasaan sayang pada Bella sangat lah tinggi. Peneman setia kita dirumah. Kalau suami kerja malam kita dah tak sunyi sebab dah ada Bella. Layan si Bella je la, seronok tengok gelagat comel dia.


Kita masak kat dapur dia duduk kat dapur. Kita sidai baju dia temankan sekali. Kita kemas bilik, si Bella sibuk mengemas juga. Jadi bila si Bella dah tak ada ni jadi sunyiiii je kalau sorang-sorang. Sehari selepas serahkan Bella tu tak boleh langsung sebut nama Bella, mesti sebak sampai boleh nangis. Hahahha boleh?? 


Sampai kawan semua kata elok la bagi sekarang. Lagi lama bela takut lagi sayang dan susah nak lepaskan nanti. Meroyan la sekejap dalam twitter sibuk rindukan Bella. Kekekkeke!


Bila makcik  mesej bagitau Bella ok disana, hati jadi legaaa dan dah boleh terima la kann. ;)





Dalam kereta tak reti duduk diam. :)
Kita ni jenis pengeli sikit, tapi sejak bela Bella ni geli geli tu dah kurang laaa. Taik taik tu semua dah tak kisah sangat la kenn. Taik Bella je la, taik kucing lain tetap gelii.. Hahhaha!


Pagi-pagi dia akan duduk depan pintu bilik, tunggu sampai kita keluar. Pastu buat suara comel seakan minta dibelai. Sooo sebelum mandi tu kena la belai-belai dia duluuu. Kadang lambat pergi kerja sebab si Bella ni tauuu.. 




Bawak Bella pergi cucuk vaksin. Kira ni last la kitaorang jaga Bella. Hari nak serahkan Bella tu asyik duk pelukkkk je la Bella ni. Sampai rimas dia kut. hehehe!


Bella seolah-olah tau kita nak bagi dia balik jadi manja lebih pulak dia kann. Lagipun Bella akan pulang ketempat asalnya. Boleh la jumpa balik adik badik dia kat sana. Rinduuuuuuuuuu nak peluk peluk Bella.. :)


Sekarang ni takde dah dengar kita jerit marah, jerit panggil "Bellaaaa.. bellaaaaa.. bellaaaaa~!" Nak jerit kat rumah sekarang panggil "Abanggggg..!" je laa.. Tu jeritt dalam hati tanda protesssss. Sebab penat hoiiii nak kemas rumah sorang-sorang. Kalau malas nak tengok rumah tu balik tidur rumah mama. Tu pun kalau suami kerja malam laa. Boleh relaksss banyak sikit.. keh keh keh!


Bella, kita akan selalu rindu dan sayangkan kamuuu.
Nanti kita datang tengok kamu ye.
Nak peluk-peluk, nak ciomm ciomm puas-puas!
love you so much.. ihihiihh..




:)

5 comments:

ChiLaBaey's Spot said...

Panggil lainlah, "Awakkkk.... Awakkkkk...."

Zara said...

mane pegi bella?
wat happen wa?

aniqbukhary said...

Kucing, kucing, kucing! hehe

♥nrina♥ said...

comelnye... mmg ler sedih sbb byk kenangankan hehe..

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998