Wednesday, October 3, 2012

Kucing jejas kehamilan? Betul ke??


Bila kita post yang kita ada bela kucing ramai rakan-rakan yang terkejut. Katanya kalau mengandung nanti bahaya kalau bela kucing. Kakak-kakak kat opis kata kalau nak mengandung tak boleh dekat dengan kucing. Yeke??






Pelik. Sebab kita tak pernah dengar pula pasal ni. Mungkin sebelum ni tak ambil tahu atau tak kisah. Tanya mama, mama cakap pun tak pernah dengar pula. Apa guna teknologi yang canggih sekarang kalau tidak digunakan semuanya dihujung jari, jadi kita pun google cari info berkenaan.


Terkejut!


Baca dan baca. Risau sebenarnya.. Betul ke? Nah baca ni sekadar ingin berkongsi. Sahih ataupun tidak boleh la tanya pada doktor-doktor pakar yer.


Artikel diambil dari SINI




Bagi pasangan yang telah berumah tangga dan sedang merancang untuk menimang cahaya mata, keguguran bayi adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Aku faham benar perasaan mereka yang telah mengalami keguguran bayi yang berulang kerana cahaya mata pertamaku hanya selamat dilahirkan selepas 4 tahun aku berkahwin. Apatah lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi belum “lekat” seorang anakpun. Kecewa, putus asa, kemesraan suami isteri yang berkurangan dan kemurungan yang jika tidak ditangani akan menjejaskan kerjaya dan keharmonian rumah tangga itu sendiri.




Keguguran boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti rahim yang lemah, jangkitan virus, kemalangan dan lain-lain. Tapi post kali ini ialah berkenaan kucing yang mungkin menjadi punca keguguran bayi. Tentu ada yang tidak pernah mendengar mengenai Toxoplasma, sejenis parasit yang memakan janin di awal perkembangannya. Hanya selepas lebih 2 tahun mencuba dan mengalami beberapa keguguran, kami diberitahu mengenai kemungkinan jangkitan Toxoplasma.



Toxoplasmosis


Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:



Toxoplasma - parasit punca keguguran bayi
Sumber gambar - http://www.medicalook.com/


Simptom Toxoplasmosis


  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan
Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.


Cara mencegah jangkitan



  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna


Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.



P/S Entry ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dan diharap dapat dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun telah beberapa kali mengandung.




 Dan juga baca entry ini.. ---> Kucing Jejas Kehamilan




Ada yang kata boleh je bela tapi yang pasti kebersihan harus diutamakan. Kalau nak bersihkan najis-najis kucing tu suruh orang lain yang buat, kalau dah terdesak sangat guna sarung tangan.


Sekarang ni tengah pikir-pikir balik nak terus bela ataupun bagi kepada tuan lama nya semula. Tapi serius kita dah sayang sangat sangat sangat kat Bella ok. Rasa sedih pulak nak bagi balik. hurmm.. Bela dulu kutt sampai la ada berita gembira nanti baru pikirkan macam mana nak buat.. :)


Siapa yang ada pengalaman meh la kongsi.. :)


10 comments:

Riena Haiqal said...

owh yeke? saya pun baru tau.. masa anak pertama dulu memang saya bela kucing.. siap tidur dengankucing lagi... Syukur ALhamdulillah tak der apa2.. takut juga bila baca..
sekarang sya tengah mengandung anak kedua..

Wawa_Nadwa said...

Riena Haiqal :

oh yeke?
takde effect apa2 ke?
just nk tahu..

Cik Dee said...

wawa.. actually.. dee dah pun rujuk ngan docter sakit puan yang rawat dee..
skrg kandungan dah 4bulan lebih.. so far setakat ne alhamdulillah xde paper.. dan dia katakan.. kucing yang ade virus tu cuma kucing yang xdijaga.. dr segi pemakanan dan pembuangan die.. if kite jage.. mandikan.. jg mkn minum die so far xde ape..

dan dokter tu nasihatkan.. kucing xdtgkan ape2 masalah buat ibu mengandung.. dan die pun ckp ngan dee jgn buang kucing yang dee bela tu.. jage je.. but bila ada baby.. bg org jaga dulu sampai baby dah besar..

amira said...

toxo ni boleh berjangkit dengan manusia melalui oral,maksudnye makanan kite berkongsi dengan makanan kucing.so berlaku pencemaran la di situ.kalo wawa terjangkit & mengandung, percent keguguran sgt tinggi or baby yg lahir xsihat.ap2 pn wawa kne jage kebersihan makanan kite.jgn skali bercampur dgn kucing.like kongsi pinggan ke.then make sure ur cat xd makan tikus ke burung ke tupai ke.prevention la

Wawa_Nadwa said...

dee :

dee, thanks 4 the info yeah!
lega wawa dengar.
hehehhe!

Wawa_Nadwa said...

amira :

thanks amira share da info.
yela kita taktau info yg tepat kan.
dengar2 je org cakap dan info dari internet.

bila dah post gini boleh kongsi kan pendapat dan ilmu.
thank you so much!
:)

Chekgu Azrine said...

Extra careful je sis..insyaAllah xda apa..doa bebyk ye..

my pillow talk said...

hi. saya pun bela kucing. ada 2 ekor kat rumah. sekarang ni dah 7 bulan pregnant. alhamdulillah, xde apa-apa benda yang x elok. cuma kena berjaga-jagala. kalau main kucing, pastikan selalu basuh tangan. insyaALLAH, xde pape.

zahratul fiska said...

Saya pn mngandung 3 bulan...ade bela seko kucing..hrap xde pape yg blaku ..niatkn ikhlas untk mnjge dr trus biarkan kucing tu trbiar x,bjaga

Syafiera Yamin said...

Hi saya baru baca blog ni, sekarang dah tahun 2015 hopefully ada yang sudi jenguk my entri pasal kucing ni

http://www.syafierayamin.com/2015/11/bela-kucing-waktu-hamil-help-me-help-me.html

risau juga pasal kucing time hamil ni.. harap sudi bantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998