Monday, October 1, 2012

4 months..

Hari ini 1 Oktober 2012, genap 4 bulan.
Rasa macam "ehh.. baru 4 bulan.." haa gitu! haha..


Hmmm.. Selama 4 bulan bergelar suami isteri ni macam-macam benda baru yang kita belajar dan baru tahu perangai sebenar pasangan kita sebenarnya. 


Betul orang kata masa bercinta indah sahaja. Kita bagi contoh mudah la. Kalau masa bercinta dulu, hok alohhh romantik gilaaa. Makan siap suap-suap. Sekarang?? Hampehh.. Koo suap la sendiri. Hahahhaha. Nampak? tu baru 4 bulan tuu. "Ohhh masa bercinta dulu kemain kannn?" Jawapan slumberr "Tu masa belum dapat. hee..." Lepas tu wayang susah sangat nak jejak sekarang. Kalau dulu pantang ada movie baru cepat je terjah.. Grrrr!


Dah 4 bulan ni kena banyak memberi dan menerima. Menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Yelaaa masa dulu tak duduk serumah jadi kita tak tahu perangai sebenar pasangan kann. Jadii mesti ada tak puas hati dengan habit masing-masing punya. ;p


Kita ni sejak kahwin ni kuat noooo membebel. Biasa la apa yang tak kena dimata semua dibebel nya. Tapi rasanya lelaki ni memang patut kena bebel sebenarnya, dah pesan banyak kali tapi still buat benda yang sama.. Nampak, dah start nak membebel nii. Adoii dah macam mak mak tau. hehehehehhe!


Dah sejak 4 bulan bergelar isteri ni berat badan naik mendadak. Baju kebaya, seluar jeans semua ketat ye. Orang kata "ok la tu senang hatii.." Tu laa makan, makan dan makan. Jogging nya semangat sebelum kahwin je, lepas kahwin malass tu yang badan jadi gitu tuu.. huhuhu!




happy 4th months anniversary to us! :)


Berlawan perut siapa lagi comel. Boleh?
;p




1 comment:

Zana Adieyza said...

semoga terus kekal bahagia hendaknya..

salam kenal dari zana.. nice blog dear.. keep blogging!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998