Thursday, August 30, 2012

Raya ohh raya!!

Macam mana raya? Okay tak uollssss??


Yang raya rumah mak mentua ok?? Tu tanya siapa tu?? Tanya diri sendiri laa.. kekkekeehh! Rasanya tahun ni ramai kuttt raya belah mentua. Dan buat yang pertama kalinya beraya rumah mentua kita jawab Alhamdulillah okayyy je! 


Sebelum raya hari tu budak-budak kat opis ni dah siap sakat sebab kena raya rumah mak mentua. "Kooo siapp meraunggg la pagi raya nanti... bla bla blaa.." Cuak juga kan maklum la kali pertama beraya jauh dengan keluarga sendiri. :)


Setelah berbincang kita sepakat untuk raya rumah mentua dulu. Yelah kakak dan abang Incik Lalan dah masing-masing raya rumah mentua kedah kelantan sana nuuu. Jadi kita raya bangi dulu lah nampak gaya nya. Aiiii okay je uollss takde la rasa pape sangat. Cuma bila buka facebook tengok gambar raya keluarga kat kampung jadi sebak tiba-tiba. Sayuuuu je rasa hati ni. Heee!! Bila tepon beraya dengan mama abah dengar suara dorang, tewas. Melelehhh jugak aiyaq mata ni.. huhu!


Tema untuk baju raya kali ni warna purple. Incik Lalan dah siap tempah baju melayu masa nak kahwin dulu soo dia pakai baju melayu tu je la. Yang kita punya baju raya harusssss la baruuu kannn. Kata nak sedondon dengan suamiii. Sanggup redah lautan manusia kat Jalan TAR tu semata-mata nak cari baju raya. kehkehkeh!



Hamboii banyak nye membebel. Maklum la jarang update, sekali update hambekk kooo! Berperenggann dia punya karangan.. Heeeeeeeeee!! 


Mehh la tgk gambar raya kitaa. Tahun ni pecah rekod ye adik-adik kakak-kakak abam-abam. Gambar raya tak banyak! Boleh kira dengan jari je gambar nya. Sedih! hahahhaa.. Sebab geng bergambar takdok.. Sedih lagii! Lepas tu takde gambar gedik-gedik dah, semua sopan je ye. Maklum la dah jadi bini orang kena sopan santun sikit.. hiks! wekk.. ;p



 Tahun ni beraya bersama suami. Sedondon purple gitu!


Suami yang tidak bersampin. Hok alohh! togel je kita tengok ehh.. :p


Sesi bermaafan!
Tapi frust gambar kita bermaafan dengan suami takdak. Adehh! Nak la kenangan kan. Dah ler 1st time raya sama. hmm.. 


Incik Lalan dah siap-siap bagitau yang kita tak ada duit raya.. Whattttt?? Dah lerrr 1st time raya ada laki pastu tak dapat duit raya. Ohh kita tak kira nak juga duit raya.. "tak kira nak jugakk duit rayaaaa.." haaa nampak siap paksa suruh bagi duit raya.. hahahha! Nasib baik dapat juga kalau tak sentappp.. hee! ;p


Adik Effa & Mama! :)





 






Ni kita jengket sebenarnya nak bagi sama tinggi. Dorang ni awat la tinggi bebenorr. Terserlah ke'pendek'an kita!

Candid!
Macam macik kepoh pulak tengok gambar ni. Masa ni nyanyah kat kampung tepon. Sibukk menganggu orang nak bergamboo.. "ehhh nanti aku tepon kooo balik.. aku sibukkk niiii.." hiks 


Manis-manis belaka. Termasuk la tudung purple hujung sekali tuuu.. :p








Macam skema je posing. huh!


Masing-masing yang semakin bulatttt!
;p


Muka nampak sangat kepenatan. Ni dah malam kut masih baju yang sama. Berlenggasss sudah! 


Sepupu sepupu baruu! :)


Dan ini sahaja untuk gambar raya ke dua. Sedih kan?!  hehe!
Malas nak bergambar sebab disekeliling semua tak bergambar juga. Kalau kat kampung ni semua gila kamera jadi posing sesajorrr. Beratus-ratus gambar hadoo! Rindu nak amek gambar gila-gila bersama adik-adik sepupu ku, abang-abang sepupu kuu dikampung. :)


Rumah Mak & Abah angkat Incik Lalan!


Rasanya tak penah kita amek gambar posing seskema ini. Lepas tu suami tak penah plak offer nak amekkan gambar kita. Cisss! Dahhhh tauu bini awak nak update blog mesti nak banyak gambar kan. Aduhh tak memahami betul la. Hehehhee!

Ni ada yang ku tutup terus belog ni kang. Sebab takde sokongan moral.
hahhahah!
Sentap!


6 comments:

atty's said...

selamat hariraya wa..aritu ada terjumpa wa kat downtown jln reko..

tp tak dan nak tegur.

Wawa_Nadwa said...

atty's :

ohh yeke.. nape tak tegur lama tak jumpa kty..

selamat hari raya kak!
;)

Chekgu Azrine said...

byk jgkla berbanding akk..wuwu..lg sentap!!

eynda said...

Selamat hari raya :-)

Amdafni said...

selamat hari raya idul fitru untuk semuanya.... ja'alanallohu waiyahum minal aidzin wal faidzin kulla amin wantum bi hoir amin



salam bloger Malaysia
Mari jabat erat tali Silatur rohmi ini
dengan klik dan kritik

Busana Muslim

Template blognya bagus dan indah... Foto-fotonya OK banget
klo dak keberatan mari tukar link
Visit blog aku,

Cyrus Amiera said...

awk nampak cam pregy :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998