Thursday, August 9, 2012

Pulau Gemia - Part 2

Oh! nampak nya ramai yang tertunggu-tunggu entry seterusnya. Tidak ada apa cerita yang menarik cuma beberapa keping gambar disekitar pulauuu bersama suami terchentaa.. Ececehh!


Pulau Gemia tak besar mana pun, kecik saja. Pusing-pusing ke situ juga, selebihnya adalah hutan. Lokasi yang sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Privasi sangat uollsss... hehe! 


Kita nak bercerita lanjut tentang Pulau Gemia ni pun tak berapa nak tahu sangat. Nak tanya pakej honeymoon pun bukan tau pun detail nya, semuanya telah diuruskan oleh Incik Lalan sendiri. Jadi bagi sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut, terjah je la laman web nehh.. ------> http://www.gemia.com.my/


Lepas makan tengahari kita jalan-jalan sekitar pulau. Pemandangan sangat mendamaikan. Hilang segala penat kenduri, penat mengangkut barang rumah dan juga hilang stress bila tengok anak-anak penyu yang comel-comel nehh. Rasa nak bawak balik sekor.. hiks!

Kepanasan, tu yang muka berkerut gitu tuuu..

Anak-anak penyu bersama makpak nya kutt.. :)



Dihujung sana bilik kami.

Posing dekat batu pun jadii.. ;p











Tengah cakap dengan bapa angkat dia. Konon nya nak sponsor honeymoon tapi kitaorang dah pergi dulu. Hehehhe! Yelaaa diam je ingat tak jadi kan.. Nak tanya balik malu pulak tu yang pergi sendiri jewww.. :)

Air laut sangat cantik ok. Jernihhh!
Petang tu kitaorang lambat turun mandi laut. Dapat berendam beberapa minit je pastu hujan. Kecewa ahkak! Memang dah tau nak hujan sebab dah gelap. Incik Lalan sibuk ajak ke mandi tengah-tengah sikit, kita nak pergi memang tak laa.. Takut. Kita ni kalau dalam sikit dah mengelupur lari ke darat. Orang tak pandai berenang memang camni la kan. Hahahha!

Sibuk jerit "Jangannnn jauh-jauh sangatt yanggg.. Nak hujan nii!!!" Berani betul diaa. Ishh! Kita takat mandi tepi-tepi je macam budak kecik main pasir. huhuhuu!







Menapak kemain jauh nak ke bilik. Kalau nak ter 'erk erkk' kan. Lari tercicir taik nak sampai ke bilik. Hahaha!






Sorry lambat update yeahh!
sayang korang!
muah! 
:)



*ayat amek hati.. wink winkk!


5 comments:

✿dazZdaEng✿ said...

pasni tunggu cite buke pose somi istri la lak ... hihihiih

SURIA AMANDA said...

nak pergi jugak 6 Jun nanti 2013 sempena my birthday...cantik pulau ni..akak suka...

Chekgu Azrine said...

chomel je wawa lepas dah kawen ni..seri pengantin masih ada lagi..

ChiLaBaey's Spot said...

Allahuakbar, lama sungguh tak singgah ke blog dak cumel ni... Apa2 pun suatu tempat yang menarik untuk dikunjungi.... :)

Anonymous said...

blog syok sendiri.blog tunjuk konon kau best sgt la.kmpung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998