Monday, July 23, 2012

Sambut ramadhan sebagai isteri....


Rasanya tidak terlambat lagi kita nak ucapkan "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua sahabat-sahabat kita beragama islam. Semoga Allah menerima amal ibadah serta melimpahkan rahmat dan hidayahNya. Kita doakan semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.


Ramadhan kali ini amat bermakna buat kita kerana kali ni kita menyambutnya sebagai seorang isteri. Perasaan teruja dan gementar bersilih ganti. Teruja mungkin kerana puasa berdua. Gementar mungkin memikirkan tanggungjawab kita kepada suami. Skema je ayat kann.. huhuhu!


Tak reti la nak buat ayat skema gituuu.. hihihi! Haaa contohnya kalau duluuuuuu kann.. Sahur, semua tersedia. Al-maklum la tinggal dengan famili jadi segala-galanya disediakan oleh mama tersayang. Bila bangun semua dah ada, tunggu nak makan je. Kalau dah bertahun-tahun gini la gayanya, macam mana la nak uruskan suami kann? Tu yang buat kita gementar sangat tu. Heeeee!!


1 Ramadhan, kita bersahur dirumah mama sebab cik abe kerja malam. Haaa makin liat pulak nak bangun, tahu-tahu semua dah sedia.. 2 Ramadhan juga begituuuu.. Hamboiii sedap nya kooooo kann.. hiks hiks!


3 Ramadhan tidak lagi, nak golek-golek tunggu orang sediakan sahur untuk mu wawa. Bangunnnn! Buat pertama kalinya kita sediakan sahur untuk suami tersayang. ececcececehh! Jangan muntah, jangan muntah nanti batal puasa.... hehehhe! Bunyi jam je terussssssssss bangunnn.. Aik! Pelikkk.. tak liat pulak nak bangun macam kat rumah mama. Terus basuh muka dan bersilat la engkooo kat dapur sorang-sorang. *kletung klentang kletung kletang* sound effect kat dapur. hahahah!


Harini bukan la kali pertama pun kita masak untuk suami. Cuma harini je kena masak awal pagi sediakan sahur. Sebelum ni balik kerja bukak kain kurung terus ke dapur masak. Haaa baru tahu tugas isteri takkan habis. Siang kerja pejabat, balik rumah kerja dirumah menanti. Masa mula kahwin dulu terkejar-kejar juga lah, somputtt. Sekarang alhamdulilah dah boleh terima sikit-sikit.. = )




Perasaan?? Kita sangattt  h a p p y  dapat buat semua ini untuk suami.  
Betul. Tak tipu. Perasaan ni datang sendiri. P u a s !
Walaupon penat, tapi kita puas + happy. 
Lagi-lagi bila suami hargai, kita rasa terharu sangat.
Dengan sekali ucap "terima kasih sayang"
*ting* 
Hilang penat!
 :"D



Jom lihat aksi manja kami suami isteri. Hahhaha! Kalau rasa-rasa nyampah takpe tak paksa tengok. Klik je [x] atas tuuu.. hik hik! Gambar-gambar di bawah ni diambil di presint 11 Putrajaya. Tak sangka ok kat presint 11 tu ada tempat cantik giniii.. Lagi-lagi model-model tu cun dan segak belaka kan. Bertambah-tambah meletopp. kekekkek! Ini namanya masuk bakul, angkat sendiri. phuii~ ;p









Kami yang mengandungi lemak! 
..(^.^)..












Harini baru puasa ke tiga.  Harap-harap laa sampaii habis puasa boleh bangun sediakan sahur. Takut terlajak, mamphuii. lalalallaa~  :)

8 comments:

cha said...

seronok kan. i pun cant describe the feeling :')

Wawa_Nadwa said...

cha :

kann..
;p

SURIA AMANDA said...

tahniah...salam kenal..i follow..

fyna said...

swweeettt <3

Chekgu Azrine said...

Sweet je..insyaAllah..mmg seronok dpt buat pahala utk suami ni..semoga dipermudahkan utk wawa ye..

MUNSYI ragbar said...

Tahniah!!!
Semoga berbahagia sepanjang hayat.

zahanis said...

bahagia je saya tngok akak :D .. saya masih baru..saja ronda2 tngk blog org...kak jemput la tngok blog saya jgk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

atty's said...

suka tgk gambar yg last..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998