Tuesday, July 17, 2012

Gambar Majlis Bertandang!

Perghhh! Seminggu sekali update blog. Bagus sangat kan? Teruskan semangat itu kalau mahu blog ini ditutup buat selamanya. Mahu?? Ohhhh takmauuuuu.. Hik hik!


Tengok blog archive di sidebar tu kan, makin lama setiap bulan semakin kurang entri ye. Kalau dulu pi kluaq makan, updated! Pi tengok wayang, updated! Pi jalan-jalan, updated! Sekarang?? Hmmmmmmmmm.. (tiada jawapan untuk itu) Takpe takpe biar kita update pelan-pelan k.. :)


Jadi hari ini kita tempek beberapa keping gambar majlis bertandang di GMI pada 3hb Jun yang lepas. Tema silver dan purple menjadi pilihan suami. Sejujurnya kita sangat suka majlis belah mereka, sangat tersusun dan semuanya cantik!  Jom tengok gambar okay.. :)




Sebelum bertolak ke GMI. Tangan pegang kunci bilik, handbag pegang sendiri dengan nak pegang kain yang meleret kat belakang. Mana adik-adik kuuuuu?? tengah bersiap ok. Mengalahkan pengantin plak kan.. 

Adik beradik abah !
Nampak?? tangan tu payung pun kita pegang.. huhu!


Dalam perjalanan, kita amek gambar syok sendiri.. ;p


Masa untuk berarakk..
Perlu berhati-hati bila nak jalan. Kalau diri sendiri tak pijak kain tu, orang lain yang akan pijak. Hampehh betul tauu.. hehehhe!


Apa lagi la tu kan?? heee..








 Adik-adik ku!


  Makan beradap.


Selalunya pengantin makan ala kadar je. Takkan kenyang punya. Kita ni dah ler lapar gila. Tengok lauk plak sedap, baru nak makan. Orang ajak bergambar sampai la seterusnya. Ayam goreng tu tak sempat nak usik pun. hahahhaha! Cisss..


Bila dalam gambar baru perasan yang tudung kita sebenarnya senget. 
Takdak siapa pun yang tegur. Aduhhh!




Sesi potong kek..


Suap-menyuap..


Aloh aloh alohh!


Baru selesai bersalaman dengan tetamu. Masa ni juga tengah kenalkan sedara mara. Sumpah memang kita tak ingat langsung. Hahahahha! Muka semua lebih kurang. Takpe raya nanti kita kenalkan balik.. ;p


 


Bersama abah & mama..
Susah betul abah nak senyum. Memang dari dulu lagi hehehhe.. Satu lagi mungkin sebab penat sangat. Yela tak cukup rehat, majlis pulak berderet. Nikah, sanding dan bertandang berturut-turut mau tak penat..


Adik beradik pulak masuk..


Yeahhhhh!!
Eehh! Sikit je abah sengehh.. hihihii!



Last pic!
Masa ni sudah penat sangat sangat sangat. Kaki dah mula melecet. Jalan berkaki ayam saja. Lepas tu terus ke Putrajaya. Rasa nak nangis ok kefenatan tahap maksima. Bagi pasangan yang akan berkahwin kita nasihatkan jangan la buat majlis berturut-turut. Sumpah penattt! Hehe.. Sekiann.. ;)



 :)


3 comments:

cha said...

cantik senget tudung u tak nampak pun huhu

Chekgu Azrine said...

Xnmpk pun tudung senget?btw..cantikla sis..

azalia hjsalleh said...

suka baju sanding tu.. lawa =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998