Friday, June 29, 2012

My Guest Book Corner !

Maii sini nak tunjuk sikit kita punya guest book corner. Dari entry Guestbook Corner yang comel-comel yang kita buat yang lepas, gambar-gambar tu semua sedikit sebanyak dapat membantu memberikan idea apa yang nak diletakkan diatas meja. Tapi tu la kena la rajin survey barang dan mama banyak bagi idea apa nak buat, kita ikut saja. Kita beli la coklat sikit, pasu sikit, lilin, frame, gambar dan sebagainya. Guest book tu pun beli yang murah je pastu balut kasi molekk sikit. :)


Kita memang tak sempat nak buat sendiri jadi sediakan barang-barang sahaja dan serahkan tugas menghias kepada adik-adik perempuan kuuuu Fifi, Intan dan Nyanyah. Apa yang jadi pun kita memang taktau, lantak pi depa nak hias macam mana janji cantik.



Tuuu diaaa gambar pre wedding dah siap cucii. 




Fifi antara orang yang diberi tanggungjawab untuk menghias dan menjaga Guestbook corner ni. Yang tak tahan siap tampal kat belakang tuuu.. Kreatif korang akak tak suruh pun buat gitu. Hahhaha! tu gunanya cuci gambar banyak-banyak.. ;p




Dan hasilnya.. Taraaaaa!
Simple. Itu yang kita sukaaa..
Mekasyehhhh adik-adik kuuuuuuuuu!!
Mekasyehh juga kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan sedikit masa tulis dalam tu. Macam-macam adaaa.. Senyum sendiri membaca doa dan ucapan kalian.. Terharuuu! :)

Gambo cilok kat twitter along. hihihi!



Yang paling tak tahan ada orang tulihhh "Selamat Pengantin Baru Mazlan & Masyitah" Erkkkk! Salah kenduri ke?? Apesal nama mama plakk tuu, bukan nama kitaa.. Hehhee! Masa baca tu nak terbaraii gelakkk. Aduyaiii.. ;p


Ada juga yang tak tulih nama dan pening pikirkan sape kah gerangan ituu.. hiks!



9 comments:

cha said...

haha bila baca ucapan dorg mmg mcm2 kan. paling femes ucapan jgn gelojoh haha sengal

Chekgu Azrine said...

hahaha..lawaks..salah kenduri kot..hehehe

Wawa_Nadwa said...

cha :

oh! tu biasa laa..
merah muka nak baca..
huhuhu!

Wawa_Nadwa said...

Chekgu Azrine :

pengantin lelaki dh betul dah tuu..
hehehhe!
;p

Riena Haiqal said...

hahahahahah.. erk salah kenduri ker tu.. hahaha
lucu juga bila baca kan.. :)
simple tapi tetap nampak yangterbaikkkk

hamzah ian said...

lawo bangattt.. hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ngam cantik

lily lotus said...

simple & cute ;)...aiyakkk camne leh tersalah nama tu, huhu

-gedek! said...

Amboi! Seriousnya Fifi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998