Friday, June 15, 2012

Hanya sekali lafaz.....

Kalau uolls rasa malas nak baca tengok gambar sahaja pon bowlehhh. Gambar memang super banyakk! :)


Apa perasaan korang erkk sebelum nikah tu?? Perasaan kita ni nervous sangat uollssss. Macam kita pulak nak mengadap tok kadi tu. hehehe! Tak selesa sangat perasaan ini selagi tak selesai segala-galanya. hik hik! Kita nikah di Majlis Bandar Baru Ampang selepas Asar. Jadi keluarga semua pergi sana dulu, solat jemaah disana. Kita datang kemudiann..


Sebelum majlis tok kadi juga dah pesan awal-awal apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ketika berada di majlis nanti. Siap suruh pesan kat photoghapher, jangan kacau pengantin kalau dia tengah bagi tazkirah tuu. Nanti kita sibuk bergambar apa yang disampaikan tu kita tak dengar. Kan sia-sia je tuu.. Yang photoghapher kita ni ashik dok suwiittt suh pandang kamera, kadang tu pandang la juga. Abah kat depan kat bagi warning suruh dengar. hik hik!


Masa dah duduk dengar takzirah semua perasaan nervous tu dah hilang, rasa tenang je. Tiba-tiba satu perasaan datang menyerang, masa dah nak mula akad tu perasaan bertukar menjadi sebak. Yer sebakk! iskk taktau nak cakap macam mana. Lain sangat perasaan tu.. Tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata. Genggam kuat tangan Farziera dan Mariam kat sebelah. Rasanya dorang tau bertapa kuatnya kita genggam.. :)


Alhamdulilah hanya sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri tepat jam 5.35 petang pada 1 Jun 2012. Kita memang tak dengar sangat, tau tau tok kadi tu cakap 'alhamdulilahhhhh'. Baru tau dah selamatt.. huhu! :)

Serahan Mas Kahwin.

Kira kanan depan belakang orang amek gambar jadi kepala kooo memang kena pusing 360 darjah. hehehhehe!



Sesi batalkan air sembahyang. Tok kadi pesan kalau pihak lelaki nak belikan sesuatu untuk batalkan air sembahyang, niatkan dalam hati hadiah untuk isteri bukan untuk batalkan air sembahyang. Niat tu kena betul. Sekadar ingin berkongsi. :)

Masa ini paling kelakar sebab suami tangan dok menggigil nak pakai kan gelang ni. Maklum la first time pakaikan gelang. Hehehhehe!

Kita hadiahkan cincin.



Sesi yang paling sayuu. hmm! :'(
Kini kita bukan lagi menjadi tanggungjawab mama abah dah. Abah awal-awal lagi dah salam peluk cium. Kita tau abah pun sebak jugak. Masa dah selamat akad tu kita dah dengar sok sek sok sek orang nangis kat belakang tu, tapi takmo pandang takut nangis. Kita nangis teruk sikit susah nak berhenti jadi jangan mulakan. :)






Sesi bergambar!


Mama & Nyanyah. 
Kesian tengok mama, muka nampak penat..


MakYang & Yang.


Nyanyah!
Dia dah takde lagi teman tidur.. huhuhu!


Adik beradik Mama..
Acik, Maklong, Mama, Maksu, Makteh, Makngah, Intan & Dyla.  :) 


Intan.Farhan.Dyla


Seronoknya mereka.
Dorang berdua ni la yang banyak membantu, kadang layan kita macam puteri. Kemana kita pergi dorang temankan. Dorang juga la yang pakaikan inai, temankan outdoor dan sebagainya. Kakak sayang korang!


Orang kuat kita nih.. Muah!


BFF kita sanggup ambil cuti semata-mata nak datang majlis nikah kita. Terharuuuuuuu sangat!
Pelukk korang kuat-kuat.. *_* 


Kawan kerja juga datang. Terkejut juga ingatkan tak jadi datang. Tup tup muncul je. Thanks Kak Yanti, Reha & Aznur.. muahh! 


Adik lelaki yang bajet macho. hik hik!
Dia teman gaduh. Gaduh bukan lembut-lembut punya. Ganas okahh!
 


Papa & Mama 


Rasa macam lawak sangat incik suami pakai sampin tinggi gitu. Masa dia lepas solat asar tu terkejut gak la, rasa nak gelak pun ada. "heyy sapa bagi pkai sampin ni tinggi sangat?" "alaaa kelam kabut la tadi tertiba tok kadi dah panggil.." hehheheheh!

Abah & Mama.
Mama amek gambo mata lelap sokmoo. Hihihi!


 Mereka!
:)



Ayah Nyah & Mak Ngah.

Angah & Kak Ngah.


Kakak kesayangan kuu, Kak Yanti.
Adik kesayangan nikah haruslah datang kalau tak sentapp sebulan.. hiks!
Sebelum kawen memang rapat la dengan kak yanti, tepuk tampar gurau senda sesi luahan semua bersama. Kitaorang memang serasi. Satu kepalaa punya! Thanks kak sebab datang. Love u.. :)


Arghhhh!
BFF yang gila-gila. hahahha!


Gambar terakhir untuk entry ni. Haaaa banyak takk?
tu pun baru separuh tak larat nak tempek banyak. Lagipun ni semua gambar kamera sendiri dan kamera orang. Nanti gambar dah siap kita tempek lagi ok.. :)



:)

6 comments:

pelangi chenta said...

tahniah wawa

single is better said...

tahniah akak..btw akak cantik sgt time akad nikah..plus makeup pn lawa :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

tahniah,,gorgeousnya,,=)

cha said...

tahniah u. cantik sgt. bgusnya u bole tahan air mata. i masa kadi bg tazkirah i dh meleleh dh nangis hukhuk

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.sangat2 cantik!.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

Chekgu Azrine said...

suka makeup wawa..lawa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998