Wednesday, May 16, 2012

Pengalaman berkawad masa sekolah dulu !

Bila terjumpa video dibawah ini, terus kita teringat zaman sekolah dulu. Masa sekolah kita aktif dengan pasukan pengakap. Biasa la kem sana sini, kawad tak sudah. Sampai hitam kita jadinya sebab training tengah panas. Berminggu-minggu juga la berjemur. Soooo masa training kita ni ingat step kita je la kan. Ok first pusing mana dulu, second pusing mana dulu. Haaa gituu. Yela kadang komander ekk yang kasi arahan tu, ahh tak kisah la apa-apa pun, komander bagi arahan kat depan kat belakang bukan dengar sangat pun. Janji koo ingat step koo sudahh laa  kann. hehehhehe!



Lepas tu tiba la masa untuk pertandingan kawad peringkat sekolah la kut (lupa) kat Dusun Tua. Last last minute abang yang ajar kitaorang kawad tu tukar kedudukan aku di bahagian depan. Dalam hati dah berdeborrr. Yelaaa kita dah hafal step kita bahagian belakang, tertiba koooo kena tukar. Tak ke jadi gelabah kannn.. Step untuk bahagian depan dan belakang adalah berbeza ye uollssss..



Dannnn masa yang dinanti. Kita ni berada di tengah-tengah menunggu arahan dan disaksikan beratus-ratus orang peserta yang lain. Debar tu toksah cakap laaa kan. Bila dah ramai memang kooo takkan dengar arahan walaupun orang tu kat depan koo, sebab dalam kepala hotak kooo tengah pikir nak pusing mana lepas ni. Hahhahahah!



Sekalii habis sahaja arahan diberikan semua orang pusing. Tertiba kita rasa asal pelik sangat niiii. Rupanya uollssss kita sorang je bahagian depan pusing ke kanan, yang lain semua pusing ke kiri. Ok ok control lagi. Kalau salah sekali je takpe, ni dua kali plak tu. Orang pusing depan, koo sorang pusing belakang. Ya Ampunnnnnnnnn malunya jangan cakap la dahh la ramai orang dok tengok kita kannn. Tahann je la maluuu tu. Air mata dah mula bertakung, tunggu habis je niii.. huhuhu!



Habis sahaja kawad, keluar padang. Terus menangissss. Menangis sebab terlalu maluuuu. Dan sejak itu mereka gelarkan kita "Budak Nangis" bagus kan.. Muka ganas, tapi hati bagai kapas ok. hehehe!




Lepas kejadian itu, kita tekad takmo masuk mana-mana pertandingan kawad dah. Choiiii! Training berminggu-minggu sampai hitam legam, apa yang dapat. Maluuu saja. Uwaaaa! heeee. Cari la kita yang paling comel sekalii.. heeeeeeeeee!
Photobucket




Sekarang... Nahh tengok mereka berkawad.
Huiii tabik spring la kann!
Terbaikkkkk!





Sejak peristiwa tu kita dah tak aktif mana-mana persatuan. Keh keh keh!




"Selamat Hari Guru"








6 comments:

Nadzirah K. said...

hehe..same la kite, tp kite buat tak taw je...

Riena Haiqal said...

sebab tu la saya tak minat nak sertai kawad.. hhahahaha.. takut terjadi seperti kejadian Wawa.. huuhuhuhu.. alasan tak masuk kawad adalah athma.. nasib baik..

Wawa_Nadwa said...

Nadzirah K. :

hahaha kan!
tp malu la wakk..
malu sgt!
;p

Wawa_Nadwa said...

Riena Haiqal :

dlu tak pandai lagi nk bg alasan.
join pun suka suka je
bila dh jadi camni mmg taknak masuk dah.
hehehhe!

Chekgu Azrine said...

akak suka sangat berkawad masa sekolah dulu.. wajib masuk kalau hri sukan..

Ɖαʏαн Ɩɛ∂αʏαн said...

kite pon dok practice kawad gak.. da bpe minngu stop bab prekse..takot la jd cam kak wawa.. hewhew! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998