Tuesday, April 10, 2012

Selamat Pengantin Baru Aniza & Hairi

Tak terlambat lagi kut nak wish "Selamat Pengantin Baru buat Eija dan suami". Kenal Eija? Rasanya sebelum ni ada juga buat entry bersama-sama dengan Eija ni.. Try klik link kat bawah ni ye, korang boleh baca balik.. ;)



Biasa la aii ni kan kalau tak tangguh buat entry baru memang tak sah. Padahal kenduri Eija ni 31hb Mac lepas. Heeee! Alasan terbaik tak update belog adalah sibuk dengan kerja, maklum la sekarang ni kena cover kerja orang kan, kita pasrah. hehehe! Alasan kedua adalah malasss. Malas berpikir. Nak mulakan update tu memerlukan kesabaran yang tinggi sebab masa tu la tertiba idea untuk menulis *ting* hilanggg............... bagus kan!


Dah lama tak tengok pasangan pengantin memilih warna oren sebagai warna tema. Warna pebret selalunya pink, purple, gold, silver dan sebagainya. Cantik kan? ;)


Jumpa semula rakan-rakan dari JB. Masing-masing semua bertambah cantik dan berseri.Kita pulak bertambah kembang. Bila dalam gambar baru tauuu yang pipi ni dah kembang. 


Masa kenduri hari tuu majoriti orang yang kita jumpa semua cakap "eh! wawa dah berisi sikit laa.... eh! pipi wawa kembang sikit laaa.... eh! bulat nya pipiiii" Sentap mak dengar nokkss. Hahahhaha! Bila orang cakap cam tu, automatik mulut ni akan jawab "biasaaaaa la senang hatiii" hiks!


Bila dah tengok muka sendiri hari-hari memang tak akan perasan perubahan nya. Dalam gambar baru nampak kembang bagai belon. Oh maii gud! Susah hati mak okkk.. Terus gi cari kat farmasi produk yang boleh kempis kan pipi.  Harap harap pipi ni akan mengempis macam ziana zain. Hihihihi! 

wekkk sila muntah jauh jauh.. ;p 
kbai!





2 comments:

cha said...

jarang org berani guna oren kan. tp kan kan muka u mmg berseri serila wa ehem :p

Hannah Miswan said...

heheh...
tapi bagi kite wawa tetap comey n manis....suke =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998