Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita Sedunia & Hari SBPA

Oh! Hari ni hari wanita sedunia ehh? Kalau la Incik Tunang tak wish, kita memang tak tau. Eehheee! Okay tempek dulu satu gambar kita yang pose ala-ala wanita melayu terakhir gituu.


Cantik sangat berlatarbelakangkan motorsikal tu. Takde tempat lain kan nak posing. Jangan salahkan kita ye, pokok tu memang macam tu sebelum kita duduk lagi. haaa haaa tak tahuu.. larikkkkk~ :'D




Soo nak wish juga lah. Biasa la kalau nak wish pape, selamat harus dihadapan. Selamat hari raya, selamat tahun baru, selamat hari jadi, selamat gong xi fa caiii dan lain-lain. Hahahhaha! "Selamat Hari Wanita" untuk semua yang bergelar wanita di seluruh dunia. Wanita tulen sahaja, tak tulen asli tu takyah la kut. Hiks!



Berita SBPA yang ditunggu-tungguuuuuuu..


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. 




Alhamdulilahhh. Walaupon SBPA dibatalkan, yang pasti keputusan ini adalah adil dan saksama untuk semua kan. Masih boleh tersenyum riang khabarnya gaji masih akan naik, tak banyak sikit pun jadi laaa..



Lagi majlis nak dekat ni otak ashik pikir duit duit dan duit sahaja lah. Nak beli itu.. nak beli ini. Kira bujet bagai nak rak, tapi bukan ikut pun. Hahhahah! Masalah betul kannnn. Kalau naik gaji ni syukur la sangat.. banyak nak guna oiii! heeee..





Baru-baru ni pi amek kad jemputan yg dah siap. Sekali tak jadik! Aduhaii frust btol nasib la dorang boleh buat lain tanpa cas tambahan.. Harap yang kali ini puas hati laaa.. hmmm!!





2 comments:

zailazainal said...

happy women's day too,... jgn lupe visit my bloggie+comment to... ^,^

ketikketok said...

Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998