Tuesday, March 20, 2012

Berjogging sambil bergambar !

Bak kata pepatah "Sambil Menyelam Minum Air" maksudnya melakukan sesuatu pekerjaan dalam satu masa. Yang kita ni puleks sambil berjogging kita bergamboo lah. Apa guna lari dengan poket yang berat bawak hp gabak tu kann.. Kalau penat berhenti sebentar bergambar pastu sambung jogging semula.



Kalau gini bagi la berapa round pun, aaii boleh sahaja. Heee!! Selalunya paling banyak pun hanya mampu jogging 4th round sahaja, paling kurang 2 round tu pon sudah somputt.. Tak larat! 



Gambar tengah jogging takde la nak amek kan, dah dua-dua jogging tak ada makna nya nak keluarkan hp semata nak bergambar. Masa tu dah tentu kembang kempis hidung kepenatan. Bughokkk! Haha!



Layan je la gambar okay! Kita suka latar belakang ni sebab try tengok bayang bangunan kat tasik tuu.. cantikk kan!



Memang syok la duduk bersila disitu kan. Lepas tu mengelupur kerengga masuk seluar. kekekke!


Cubaan lompat yang tidak menjadi. Berat sungguh!


Cover ayu kann.. Cuba try test tengok masa tengah jogging. Serammm! hahahha..
Masa ni mama ikut sama jogging, dia dah kedepan dulu. Tunggu anak-anak kat belakang tak sampai-sampai. Rupanya bergambooo.  Heeeee!!


:)

 
 Bagi anak-anak ikan makan !
 


Geram je tengok ikan-ikan kat situ. Banyakkkkk! Mama kata ikan talapiaa.. Idak la teman tau jenis ikan. Ahak ahak! Yang kita tau ikan kembong, ikan bawal, ikan cencaruu dan ikan bilis. Kalau laa sok sok mak mentua suh beli ikan lain, habissss laa tak tau. Hahahhahha!


Tapi jangan kata siang ikan tak tau eh! Serahkan sahaja kepada yang pakar. Hok aloh bukan susah pun, kalau guna gunting laju la heeee! Kalau siang guna pisau terkial-kial gak kann. Siapa yang tak reti siang ikan tu buat maluu je.. Berlagak la kan sebab koo tau siang.. kekekkeke!


Last rotiii.. Tak dak ikan dah. Kenyang kut makan roti sebukuu. hiks!



:)


1 comment:

Chekgu Azrine said...

chomel je wawa nih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998