Monday, February 27, 2012

Usaha tangga kejayaan.

Kita sekarang tengah diet. Kalau malam memang elakkan makan. Lagi-lagi kalau nasi berlauk. Ingat senang ke nak tahan nafsu makan, lagi lagi bila mama masak malam. Perghhhh! Tergodaaaa ok. Melambai-lambai lauk tu kat kita. Hehehhehe! 



Hati seorang ibu kan tak sampai hati tengok anak nya diet kutt, sanggup ceduk kan nasi seciputt dan buh lauk sikit kat kita suruh makan. Takut kempunan katanya. Tapi bila dah start makan rasa nak tambahhhh. Haaa tu memang bahayaaaaa sangatt.



Hujung minggu pula kalau tak hujan mesti jogging. Keluarkan peluh. Bila dah kerap jogging rasa seronok pulak, badan rasa lebih sihat berbanding biasa. Kalau hujan kita dengan adik perempuan kita buka youtube search aerobic. Berpeluh-peluh ok walaupon dalam rumah je, banyak gelak juga sebenarnya. Hehe!




Tup tup timbang berat dari 52kg turun 48kg! Whoaaaa seronok nyaaa..
Excited la SMS Incik tunang. Biasa la benda happy macam ini harus dikongsi bersama. eceh! hahhaha.



"Saya timbang kat sini berat saya 48kg laaaa" lebih kurang gitu la sms tu. Kat sini tu maksudnya kita kat SPA masa tu sebab baru buat facial. Tapi ayat tu dah edit laa supaya orang yang membaca tak muntah hijau. hehehhee!



Incik tunang balas.. "Fuiyoo klu digital abg percaya, klu meter x  kot hehe" Nampak tak betapa tak pandai nya menjaga hati kita ini. Cissss! Boleh tak percaya yang kita ni dah kuruihh.. Kuwang hajaqqq kan? hahahhaha!



Sebenarnya kita pun tak pecaya sangat. Sebab masih terasa lemak-lemak ada tertempek kat badan ni haaa. Lagii semangat nak jogging hujung minggu dengan harapan lemak lemak kat peha dan perut akan berkurangan. Plss la lemak.. pergi la jauh-jauhh. heee!




Jadi model sekejap.
Kat tepi tepi tu banyak sangat ikan. Rasa nak bawak saukk tangkap gitu je. Geram je tengok. Hiks!



Bila dah kerap jogging badan tak sakit-sakit lagi dah. Cuba la engkooo jogging setahun sekali, besok mesti jalan kengkang. Hehhhheh!


Tapi kan pipi ni asal makin kembang ekk? Ada tak exercise pipi??
;p


2 comments:

Hannah Miswan said...

hana pun tgh wat benda yang sama wawa..
seyes setiap ptg jogging satu taman area umah...sorang...
tp mmg rs best lah kalu jogging nie..rs lain yer...=)

Fz27 said...

berjoging untuk kesihatan, kesihatan untuk lakukan amal ibadat, amal ibadat untuk kehidupan akhirat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998