Friday, February 3, 2012

Singapore Trip : Universal Studios Singapore

Hoyeahh hoyeahhh! Akhirnyaaa sampai juga kita di Universal Studio Singapore (USS). Kita hanya ke singapore 1 hari sahaja jadi memang rushing sangat dan tak puas berjalan disana. Sangat kecewa! Tapi takpe la lain kali kalau nak pergi harus stay 2, 3 hari baruu syokk. Heee!


Entry ini banyak dengan gambar ye! Malas baca tengok gambar sahaja pun okay. mwah!


Bermula la pagi sabtu, keluar hotel pada jam 630 pagi bergegas ke BSI untuk ke Singapore. Dari BSI naik bas berhenti kat station mana ntah, dan sewa van terus ke USS. Apa yang kita nampak disana, jalan tak jammed langsung, bersih dan tabik spring dengan penduduk disana sebab naik bas tak berebut-rebut macam disini. Sebab apa tak berebut?? Sebabnya bas kemain banyak lagi, tak sampai 10 minit sampai lagi bas seterusnya, jadii mereka tak perlu berebut-rebut. Paham tak?? heeee! ;)


Eh! terlebih cerita pulak. Hahhaha!



Lihat belakang, mereka sedang beratur panjang. Kami?? 
Oh kami takyah beratur sebab tunggu van sewa.. :)


Suka gambar ni. Comel !


Berebut-rebut nak bergambar kat sini. Sangat ramai. 
Jadi pergi la weekday, takyah laga vontut,  takyah beratur panjang. ahaks!
Rugi siapa yang tak bawa kamera. Kita la orang paling rugi sekali sebab tak ada kamera. Kongsi kamera orang. Memang tak besttttt!! Nafsu nak beli kamera macam dah membuak-buak ni. Camnooo niii?? Heee!!


:)


Nampak macam bongkok je kan?
Menyesal pakai baju ni, kita kelihatan seperti wanita sedang hamil. hek hek!


Topi Darwishah sengett. Yo yo wasupp!
Kakak, cekak nk jatuh tu. Senyumm ayuu!
Kat belakang sekali tu budjet kecik. Huhuhu!


:)


Tak suka ambil gambar dari sisi nampak perut yang comel itew.
Grrrr~








Temankan budak-budak kecik ini main bendalah ni. Naik jugak yer, tak mencabar langsung! Ahahaha.. Buat malu jew~ :D


Welcome to Far far away ~
Istana Shrek !






Ok kita terpaksa beratur nak masuk dalam tengok 3D shrek ni. Memang best!
Shrek bersin boleh terkena air liur  kat muka kooo.. hiks!


Princess Fiona dah pakai tudung. Weee!! :)


Boleh pulak hujan, jadi nak jalan pun dah malas sebab hujan. Dengan pakai baju plastik ni adehhh! rasa styloo betul. heee!!


Budak yang sangat berani naik rollercoasters ni. Ajak kita memang tak lah. Eiii Seramm ok. Boleh terkencing dengan tidak sengaja kat atas tu. Hahhahha!


Bersila je la kat tepi-tepi yang rasa bersih. Tengok orang lepak duduk dengan selamberr, kita pun duduk gak la. Sakit kakii dah wuii!


Muka Frankenstein yang tak ada perasaan. Hihihi!
Nak bergambar kena beratur ye. 


Alooo tomei-tomeii KungFu Panda nehh!
Terus teringat dekat Incik Tunang. Haha! Kenapa? Hadoo la.. :P


Ni siapa ntah!
Orang beratur nak amek gambo, kita pun beratur je lah.
Haha!


Woody Woodpecker!


KungFu Panda!
Aiyakkk!



Bersama Betty Boop's yang gedik semacam. Haha!
Kita tertiba jadi gedik sama.
huuuhuu!


Lihat la duniaaa! Kita menang Oscar.. :D
Kalau uolls rasa nak memang, datang je amek award sendiri.. hee! 


Jangan tengok kita, tengok yang kat belakang tu. Excited mencuba topiii.. Hik hik!


Tak pedulik orang sekeliling. Heee!




Apa kena dengan kamu ni wawa??
Layan budak-budak sampai macam tu. Haha!
Seolah-olah sedang menari gitu.. ;D


Peminat coklat boleh borong coklat disini.. :)


Keluar dari USS terus ke Bugis Junction.
Konon nak shopping tapi tak ada yang berkenan di hati. Handbag pun tak jumpa, last last beli handbag kat sogo je. Kekkekeke!


Merah bibir koooo!


Penat berjalan. Berhenti rehat jap. Masa kat sana agak susah nak cari kedai makan, terpaksa tanya orang. Ada satu je kedai mamak kat situ yang halal. Yela masing-masing tak penah sampai jadi agak kelam kabut sedikit. :)

Respect la dengan anak-anak Pakcik kita ni. Kita dah tak larat nak jalan dah, asyik nak cari kerusi je nak duduk tapi budak-budak ni masih mampu berjalan muka ada senyiumm lagi. Huii hebat!




Balik naik train. 


Muka kita yang sangat sangat penat. Sampai shawl pun dah senget senget. Haha!
Dan pastinya kita tak puas jalan kat Singapore. Ehh 1 harii mana cukupp. Hee!!
InsyaAllah kalau ada rezeki kita pergi sana lagi ehhhh..


Sebenarnya gambar ada yang tak ikut turutan tu. 
Tak kisah la kan kan kan. Hehhehe!


Gambar banyak yang tak dapat lagi, nanti kalau dah dapat kita tempek sini hokeyy!!

:)

5 comments:

Chekgu Azrine said...

dulu masa akak rajin turun ngan mr hubby sebab mr hubby ada keje sana.. masa baru2 kawen dulu takde plak singapore nak buat universal studio.. jeles akak tau..hehehe

Khairul Kayz said...

wah!! sgt best...

Anonymous said...

ehh... wawa beg petak tali itam cun ahh.. bli kt ner ehh..hehee...

Nini Hartini said...

Bestnyaaa gi singapore... da gi sekali mst nk g lg. NAIK MRT, teksi pun xpayah berebut. Siap kena beratur kalau tgu taxi kt lobby hotel. Jln kt sana mmg rasa selamat kan:)

Cik Wanie Ghani said...

bila tgk pic2 adk kat USS nie,
rasa rindu plak nak ke sana,
hurm....

mmg x puas jln kalau g sehari dik oiii,
byk tempat lagi yg harus + wajib dilawati,
hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998