Thursday, February 23, 2012

Pernah tengok wayang separuh tak?

Hari tu macik pacik kita ajak tengok wayang, movie Haywire katanya. Yang kita ni tak cakap banyak ikut je laaa. Anak saudara selalunya memang begini, menurut perintah sahaja kan. Hehhehe!


Selalunya sebelum tengok apa-apa movie kita akan tengok poster dulu ataupun baca review berkenaan movie tersebut. Ni tengok poster ni pun dah macam tak best tapii bak kata orang "dont judge a book by its cover" yer dok? Mana la tau best ke kan kan kann.. 


Masa masuk dalam panggung tu agak ramai juga orang tengok movie ni. Soooo mengambil la tempat duduk ditengah-tengah konon nak selesa. Baru je start dah macam bosan. Ok takpe takpe relaks duluuu mana tau tengah cerita nanti best kannn..


Mula tak senang duduk. Kejap ngiring ke kiri, kejap pusing ke kanan. Dah ler tempat duduk kecik, rapat pulak dengan kerusi depan. Asyik tertendang-tendang je, nampak marah juga orang depan. Hahhaha. Sorry laa cikkk, lenguhh kaki nii. Kalau la orang yang berbadan gempal 2 jam duduk dalam panggung tu taktau jalan macam mana.. haha! 


Dah satu jam cerita macam hampehhh. Kitaorang boleh gelak-gelak borak-borak sebab tak paham langsung. Yelaaaa memang hebat la tengok kalau seorang wanita ni lawan-lawan kan, boleh kalah kan lelaki. Tapi lawan dia tu takde feel. Kalau cerita hindustan tu kan, lempang sikit je bunyi dia kemain lagi. Yang movie ni sunyiiii je kooo. Siapa pengarah music dia kita taktau la.  Hahhaaha!


Akhirnya mengambil keputusan untuk keluar panggung sahaja. Sebelum kitaorang, dah ada 2, 3 couple keluar jadi yang kitaorang keluar gak la. Huiiii haiiii rasa rugi sangat la beli tiket RM14, baik tengok Chronicle lagi best. Kita tabik la siapa yang boleh tengok cerita ni sampai habis. Korang memang hebat.. hiks!


Teman ketawa kita, gelak kitaorang berdua satu panggung boleh dengar. Heeeeee!!


Makuda ke ni? kenapa nampak kecik sangat ni.. hehe!


Penat tau siap cantik cantik pergi KLCC sekali kejap je terus balik. Tak sempat nak mengatal lagi. eh! HAmboiii ada hati kan.. Tak nampak sidebar tu lagi bape hariiii?? heh hehhhh.. :D



Kenapa butik tak call fitting baju lagi niiii?? Ke awal lagi ehh??
Perlu ke call ni?? Heeee..





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

9 comments:

cha said...

wawa u wedding date bila?

Cik Wanie Ghani said...

akk pun pernah jugak kluar awal dr panggung sblum citer tue abis,
tapi x ingat citer apa,
hiihihihi....

Wawa_Nadwa said...

cha :


bulan jun la yangg..
:)

Wawa_Nadwa said...

ops lupe..
2hb jun!
;P

Wawa_Nadwa said...

Cik Wanie Ghani :

rs rugii ke tgk separuh kan.
hahahha!

atty's said...

kty baca review chronicle pun ada yg kata tak besh..tu kty pun x tgk .

Zara Baharim said...

Ommmaaaiigoood!! u pun terkono gak ke?i watched the movie ngan incik boyfie..(die yg dok canang kat aku ckp cite ni best..) ok la, syg nye pasal,aku igtkan kehendak die..movie setat, mak ai sunyi sepi.. silent comedy cam charlie chaplin tu pn ade sound effect.. ni, langsung tadak! we only lasted for 20 mins..sebab incik boyfie kate boring.. haha.. bangang.. dah la tgk kt klcc, parking mahal.. sungoh x berbaloi...mase kuar wayang, tgk kt screen kt ticket counter, Haywire is selling fast. hahaha.. nak je aku habaq kt depa
"toksah pi tgk".. hahah bodoh!

Wawa_Nadwa said...

atty's :

oh yeke.. abah wawa kata best. ntah la sib baik tak tgk..
kty j0mmm tgk adnan rempit..
org kata besttttt..
hehehhe!

Wawa_Nadwa said...

Zara Baharim :

haaaaa kan!
sunyi sepi hokehh..
time lawan lagi takde feel.
hehhehee!

nape tak bgtau sume kt situ.
kesian tertipuuu.
hiks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998