Friday, February 10, 2012

Antara Sifat Cela (Mazmumah)

Sekadar ingin berkongsi. Selamat Membaca !
:)







SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMAH DIDALAM HATI.


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1) SYARHUL THAA'AM - ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.


2) SYARHUL KALAM  - ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.


3) GHA'DHAB  - ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.


4) BUKHL - ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.


5) HASAD - ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.


6) HUBBUL JAH - ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah SWT.


7) HUBBUN DUNYA - ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah SWT.


8) KIBR - ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.


9) UJUB - sertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya adalat nikmat dari Allah.


10) RIA - ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandnag mulia oleh manusia bukan kerana Allah.



Sumber artikel : TAZKIRAH


Selamat Hari Jumaat !!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998