Friday, January 13, 2012

Penantian Satu Penyeksaan.. Tahu??

Apa yang ditunggu-tunggu sangat tu Cik Wawa uiiii?? Tunggu gambar bercuti di Singapore akhir tahun lepas. Maklum la kita ni takde kamera jadi menumpang je la kamera orang. Heeeee!! 


Gambar dari kamera MakUda & Cik Yati memang dah amek tapi dalam kamera Pakcik Lee lagi banyak gambar kita jadii sampai sekarang tak boleh update belog. Tak best laa kan update tanpa gambar menarik. kan kan kan?? Alaaa kita tahu, kadang uollss masuk belog kita bukan nak baca sangat pun, nak tengok gambar jew kan.. hehehehhee!! 


Bukti yang kita dah sampai USS. Bowley?? 



Heyyy! Perut u ke tuuuu????
Eh! taklah. Fesyen baju tu memang cengitu laaa, kembang payung kata kooo.
:'(


Tahun ini kita kena STOP bercuti kemana-mana, yang memerlukan pengeluaran tunai laaa kan tapi kalau orang sponsor aii ok jeeeeee. hahhahah! Tahun lepas dah puas jalan kan, jadi tahun ni kita rehat sahaja. Tumpukan perhatian untuk majlis kita beberapa bulan lagi. Banyak lagi persiapan kena buat, kena survey apa yang patut. Nampak memang kita ni macam relakss je tapi dalam hati siapa yang tauu.. Dup dap dup dap dup dapp.. hohohoho!!



5 comments:

Lifesaver Hamzah said...

amboi...samapai ke US nun..hehehe...wawa..bila nak ajar pakai shawl ni...

Edura Hanum said...

bestnya dah g sana.saya target tahun nie utk jejak sana.so dari skrg ngah gigih utk kumpul duit.hehehe

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver Hamzah :

opcoz la~
#tgn kat bahu, mata ke atas#
hahahha!

ajar??
hmm ok insyaAllah klu rajin.
heeee!

Wawa_Nadwa said...

Edura Hanum :

kumpul jangan tak kumpul.
takat bwk 2 3 ratus mmg tak ckup.
hahaha! siyes..
:P

Kasawari said...

Wah dah sampai USS ek.. kita dok Johor pun lum sampai lagi.. cuma USJ jer dah gi..

p/s: lagi suka baca blog dari tengok blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998