Wednesday, January 4, 2012

Lebih sayangkan CPU daripada kaki sendiri .

Terlebih dahulu nak mintak maaf la ye kalau gambarajah di bawah terlalu huduh. hehehehe! Kisahnya terjadi malam ahad yang lepas masa tengah sibuk mengemas bilik dengan adik perempuan kita. Ya Rabbiiii barang dalam bilik tu taktau la mana datang, banyakk giler. Rasanya dah banyak dah kita buang tapi masih banyak. Heeeee!!


Tapi kali ni tekad, pejam mata buang juga apa yang patut. Tapii biasa la mama mesti nak tapis gak tengok barang apa yang kitaorang nak buang. Hahahhaa! Baju kita toksah cakap la ada 2 almari tapi bila nak pakai ashik kata takde baju padahal baju melambakk. Baju juga kita rasa patut dah sedekah kat orang dah tuuuu..


Ok ok kita balik ke cerita asal. Bila barang dah banyak dalam bilik jadi semua barang dah bersepah. Kita ni pulak gatal berdiri kan CPU seperti gambarajah dibawah ni. Tengah angkut angkut barang sekaliiiiii CPU tu nak tumbang. 


Bila kita nampak, elokkkkkkk je hulur kakiii di situuu sebab taknak kasi CPU tu terhempas. Bijakk kan. Ingat CPU tu ringan ke diknon?? Berat nak mampusssss. Terus menangis kesakitan. Adik perempuan masuk bilik boleh gelakkan kita yang tengah menahan kesakitan. Heeeeeeeeee!!


Adik perempuan gelak-gelak siap cakap "Tuuu diaa CPU makan tuann.." haha memang kuwang hajaq dowh!

Lagi pun masa tu pun dah petang jadi memang tak nampak bengkak or lembam semua. Keesokkan harinya bengkak sikit kita pun balut pakai bandage ni, sempat jalan kat IKEA kooooo walaupon kaki sakit. Hihihihi!


Mungkin banyak sangat jalan semalam kaki jadi bertambah bengkak dan lebam teruk. Balik kerja semalam terus pergi klinik konon nya nak ambil ubat sahaja tapi doktor suruh pergi hospital untuk x-ray takut ada retak atau patah.


Boleh bayangkan dalam jam 6.30 petang sampai la kol 11.45 malam baru dapat jumpa doktor. Dah x-ray semua alhamdulilah tak ada apa-apa. Boleh gelak gelak dengan mama lagi, yela datang nak ambil ubat je sebenarnya tak pasal-pasal kena tunggu berjam-jam. Hahaha!


Baru awal tahun dah MC 2 hari. Aduyaii! Buruk rekod dahhh.. Nak buat macam mana, doktor tak kasi jalan banyak kann soooooo kena la rehat di rumah sajorrr. Kaki ni dah huduh dah gelap semacam, dan kembang je. Kekekkekeke!!



Semalam masa kat hospital macam-macam kes kita dapat tengok. Lepas tu ada 2 orang budak muda digari, badan banyak luka-luka. Dalam hati kita tertanya-tanya apalah kes budak ni, muda lagi dah kena gari camni. Macam budak sekolah lagii..


Masa jumpa doktor dalam bilik terdengar la kes budak tadi. Rupanya pecahkan kereta orang kat jalan, tapi orang tu sempat kejar dan langgar. Hmmm nasib baik tak patah riukk.. Muda-muda lagi dah buat jenayah. Kesian kat makbapak kooooo tau. Ish ish ishhh!!



10 comments:

Lifesaver Hamzah said...

ingat kaki awak tu kuat ke cik wawa..aihhh..darah manis ni..hehe

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver Hamzah :

tu laa pasel!
ingat kaki kita ni besi.
haha!

AyAres151 said...

cian awak...

ChiLaBaey's Spot said...

CPU lebih penting kot... hehehehe... nanti rosak susah nak update blog.... Gurau2... Itu tindakan reflek sebenarnye bila ada sesuatu yang nak jatuh....

Tapi lebih hebat tindakan reflek dari Wawa, boleh ke IKEA pulak lepas tu... Dahsyat... Tak ajak pulak tu... ;(

Chekgu Azrine said...

kesian wawa chomel.. dah tak chomel kaki.. hehehe

Wawa_Nadwa said...

AyAres151 :

kesian kan??!
heee

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

haha spontan pakngah.
tak dpt pikir ms tu tau taknak cpu tu terhempas je..

tak plan sebenarnya.
teringat meatball terus pegi.
:)

Wawa_Nadwa said...

Chekgu Azrine :

mmg dh tak comey cikgu uii!
dh lebam dan bengkak semacam je.
hahhaa!

ChiLaBaey's Spot said...

Nasib baik tak retak... Mak saya patah tang tu, 6 bulan berbalut... Seksa dan kakipun dah tak cantik seperti dulu...

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

hmm sib baik tak retak.. hmm kalau tak tak comey doh kaki.
heee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998