Friday, January 20, 2012

Kita kena ajar sikit dorang ni..

Ni kena update belog laju-laju sebab nanti keje dah banyak. Nak keluar sana sini cari barang, memang belog terabai la kan.. Pasni baru kita cerita pasal trip ke singapore ye, gambar banyak takde masa nak upload lagi. Heeeeeee!!


Tak best la cerita kalau tak ada gambar kan jadi kita pagi-pagi dah susah payah lukis tau nak gambarkan situasi yang berlaku tadi. Yelaaa mana tau korang tak dapat bayangkan jadi bila tengok gambarajah di bawah ni sekurang-kurangnya korang tauuu la jugakk..


Pernah tak korang bagi signal nak masuk lane sebelah tapi kereta sebelah seboleh-boleh taknak kasi korang masuk?? Penah penah penahhhh kannnn??? Tipuu la kalau tak penah. Lagi kalau koooo nampak pemandu wanita. Dia punya rapat dengan kereta depan tu dah tau dah memang takde harapan la koooo nak masuk kan. Jadi yang kita ni pun redha je la dah orang taknak kasi kan. hahahhaha! Dalam hati memang menyumpah gak laa.. heheh!



Jalan kawasan tu memang agak sempit, walaupon jalan sehala. Jadi kalau dah kereta A atau B dah parking tepi jalan memang sangkut kat situ. 


Bermula la kisah, yang kita ni nak masuk kanan. Kasi signal la nak masuk kan, tapi ada pakcik ni seboleh-boleh tak nak kasi. Laju kot kereta dia, nasib kita tak masuk kanan terus. Ok fine tak kisah laa. Sekalii pakcik tuh terus ambil lane kiri, dia tak perasan kut ada kereta lain parking kat depan. 


Situasi sekarang pakcik tu pulak kat lane kiri, kita kat lane kanan. Apa lagi kita ni tekan minyak laju-laju rapatkan kereta dengan kereta hadapan. Haaaaaaaaaaaa macam mana dia buat kita tadi, buat kat balik dia camtu. muehehehehhee! #idea nakal muncul tiba-tiba.


Dia nak masuk kanan, tapi kita taknak kasi. Terus pakcik tu honnnnn kuat-kuat. Eh ehh marah nampakkk. Apa lagi pakcik tu tengokk je muka kita dengan perasaan tak puas hati. Kita pulak buat je la muka dekkkk, muka tak bersalah seolah-olah pakcik tu tak wujud! Nak kasi jalan ke?? Memang tak lahhh!!!


Haaaa rasakan. Tau pun marah kann. Macam mana kooo buat kat orang, bila kena batang hidung sendiri tau pun marah. Lagi-lagi nampak kita ni perempuan kann.. Heeee! Itu pengajaran buat pakcik tu harini. Pagi-pagi lagi kita dah buat orang bengang kan. Heeeee! Ada mak kesah?? kikikiki!!



Apa salahnya bagi je jalan. Taknak mengalah tuu.. Pelik betul la orang cam gini
Jangan marah ye pakcik, saja gurau-gurau!
Heeee!!



love : misswawa





10 comments:

ChiLaBaey's Spot said...

Patut Wawa buat muka senget (spestik sikit) kat pakcik tu sambil pandang kat dia... Baru dia betul2 bengang.... Orang2 macam ni kena ajor sikit dari segi psikologi dan paras rupa... Hehehehe... ;p

Chekgu Azrine said...

uish.. kalau akak pung marah sis.. huhu..

Lifesaver Hamzah said...

langgar je la kete pakcik tu :P

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

hahaha! takmo la kang bertambah bengang plak pacik tuh.
;P

Wawa_Nadwa said...

Chekgu Azrine :

haaa kan!

Wawa_Nadwa said...

Lifesaver Hamzah :

klu langgar kete pacik tuh, dgn kete sy kemek gak kang.
hahaha!

ChiLaBaey's Spot said...

Alaaaaa baiknye anak dara sorang ni... Baik pekertinye... Hehehehehe... Buleh buek menantu ni... Opsss dah ado yg booking yo.... :)

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

bukan la baik sgt.
takut gak sebenarnya.
mana tau pacik tu bwk kuar parang ke kan. matik wawa! hahahhaa.

ops!
sorry not available.
hee!

Sue Lynnda said...

ekekeke, laki akak kan suka buat macam pakcik tuh. Bila terkena kat dia tahu lak dia marah.

err..ntah2 wawa ngata laki akak taakkk? hahaha

Biasalah wawa, kat jln raya pun bole jumpa mcm2 peel kan? :)

Wawa_Nadwa said...

Sue Lynnda :

hahahhaha!
taktau la klu laki akak ke kan..
tp rmai org mcm ni kak, rmai sgt..
kebetulan jd kt wawa soo saja buat entry ni. heeee!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998