5 hari tak update, rasa macam bertahun tak update.
Aiii sibuk sangat oulss.. Biasa la awal-awal tahun ni sibuk bengkel dan kursus sana-sini.
Pagi bengkel, petang pulak kursus.. tapi takpe aii suka. Lagi sibuk lagi bagus tup tup dah kol 5, balik terus je kann!
ok ok balik pada tajuk asal. uolls sendiri pun tau kan yang kita ni sibuk nak diet, rasa berat badan ni mendadak naik. Kawasan pinggang pun dah tak selesa, kain baju kurung or kebaya semua dah ketat. Kadang kain pun boleh naik sampai ke dada koooo, nak cerita buncit nyaaa aii sekarang. hahahhahaha! Mama siap sound "kak, napa kain koo senteng sangat nii...??" Nampak tertiba boleh senteng kain kita.. huhuhu!
Nak dijadikan cerita, semalam masuk kelas bahasa jepun. Maklum la awal-awal tahun ni memang rajin kursus konon nak penuhkan SKT nanti. Semantara kerja tak banyak, baik join je kelas bahasa jepun ni. Best ok! terasa comel bila masuk kelas bahasa jepun ni cakap pun lembutt je. Konniciwaaaa.. haitt! ohayoo.. Arigato gozaimasu !!
Masa dah masuk kelas kita ni terlupa la pulak bawak nota minggu minggu lepas, tertinggal kat opis. Opis pulak tingkat 3, nak suruh naik balik tingkat tiga?? Oh! memang tak la, mengahh dan somputtt ahkak. Jadi keluar pinjam nota orang, opisnya hanya atas kelas je. Bila masuk balik kelas sekali kerusi yang kita duduk tu terus macam nak terlentang. Kaki kerusi tu boleh bengkok. Korang tau tak kerusi dekat bilik kuliah macam mana????
Ni macam kat bawah ni..
Elok je duduk sekali kaki kerusi belakang boleh bengkokkkkkk!!!! Nak ulang sekali lagi ke?? B e n g k o k ! pahamm.. Nasib baik tak terlentang dalam kelas tuu, kalau tak malu akak ok, maluuuuu.. hahahhaa. Member-member sebelah dah gelak dah. "Waaa.. ko memang kena diet la.. kalau tak roboh pelamin nanti.." kuwang hasem punya kawann.. hehehhe! Bila kita cuba pegang kaki kerusi tu memang keras kutt . Macam mana boleh bengkok niiii?? Ke ada orang nak sabotaj kitaaaaaa niii..
Ni berita buruk untuk kita nii... diet!!!!!
ok ok kita dah berhenti makan nasi malam ok.. walaupon lapar kita makan roti cicah milo je.. sedih rasanya nak kuruihh punya pasaiii.. hehehehhehe!!
Siapa yang bubuh kerusi bengkok tu kat kita semalam baik mengaku?? kalau takk.. siap la. hahhaa! Padahal sendiri bengkok kan taknak mengaku.. Berat sangat ke hakuuu niii.. heeeeee!!
ok itu sahaja buat hari ini.. Nak masuk mesyuarat pentadbiran pulak ni. tataaaaaaaa!!!
sibuknya kalah bos h0key!
okbye!
:)
love : misswawa

8 200 mengkritik !:
Cam retis kan ada org nak sabotaj..Hehehehe~
cuai sgt kot. hehe
nUR_rOsALiNdA :
tu ler pesal!!
hahahha!
Picoz Shupalula.:
duduk ganas sgt kut.
heheh!
sapa la punya keje tu......ish3..kalo jatuh nnt...kang takleh naik pelamin plak...jaga diri bebaik!
Lifesaver Hamzah L:
ntah la.
sejak dua menjak ni ashik nak jatuh je.. ish3!
careless sgt tau.
:P
Sis..gmbr sis b4 xda la gemuk..seyea..chomel jek akk tgok..hehe
Chekgu Azrine :
oh! semua gambar wawa letak klu nmpk kurus je.
hahahha!
Post a Comment