Thursday, January 26, 2012

Hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang

Kadang-kadang kita terpaksa menjadi hipokrit semata-mata mahu menjaga hati orang. "Tipu sunat" ayat orang selalu guna. Ni kes kalau nak beli barang la ni, entry luahan hati untuk hari ini. Muehehhehehhe!!



Definisi hipokrit ialah (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik. Huihh! Munafik??!


Atau 


Dengan kata lain taqiyyah ialah tindakan berpura-pura atau hipokrit kerana terpaksa.



Walaupon sesuatu benda tu tak cantik dimata kita, terpaksa cakap "eyh cantik la.. cantik cantik.." takut orang lain terasa. Betul kan?? Kadang kita tak minat langsung dengan barang tu tapi terima je la, dah orang nak kasiiii nanti kecil hati pulak orang tu. Kadang bukan tak mahu terima pandangan orang, tapi kalau hati sudah tak berkenan nak paksa suka pun tak boleh juga. 




"Alaaaahh! cantik nii kooooo beliiiiiiiii jee laaa!" 




Kita ni kalau malas nak pikir, beliii je walaupon tak suka. Haaa gitu! Malas nak bising-bising. Pasrah je walaupon dalam hati paksarela terima. Balik rumah nangis sebab "napa la bughokk sangat taste kooo ni jahh oiii" Marah dalam hati. Dah tak suka tapi beli jugak, nasib koo la kan. kekekkekeke!!



Tapi setiap orang ada ego nya. Kalau kita tak mahu, tak mahu laa. Iye dok?? Citarasa orang kan lain-lain jadiii jangan paksa kita terima benda yang kita tak sukakk. Kann?? 



Tapi tapi tapiiii (banyak pulak tapi nya hiks!) kalauu orang nak bayarkan buruk macam mana pun koo terima je la sebab rejekii jangan ditolak. Tak gitu?? heeee! Kalau sendiri bayar, sila ikut citarasa sendiri. Ehh ehh duit siapa sekarang ni?? hik hik!


.
.
.



Gambar ini tiada kena mengena pun dengan entry. Cuma tertarik dengan gambar candid neh!
Sejak pakai bb ni memang dok online je la memang tidak dinafikan bila incik tunang dah sound baru perasan.  Bengang je dia, mungkin terasa dipinggirkan kot. Hahahhah! Sorry lerr!! Tu la orang ajak pkai bb juga takmo. hehehe.. Kelakar.. :P



:)




4 comments:

Chekgu Azrine said...

Sis..ckp kt tunang..skg zaman tekno di hujung jari..so kita pun kena ikut gak..haha..

Wawa_Nadwa said...

Chekgu Azrine :

kan!
malas nak ckp kang suh kita belikan pulak. hahha!

Dinda Iva said...

laki kita #kandajebat tu pon kalau kita leka..dia xtegur tau tapi kan dia tengok je..nnt ki terperasan dia tengok je kita kita gelak then tak tgk hp..nnt xsmp 5min nak main hp balik..hehehe

Wawa_Nadwa said...

Dinda Iva :

hahahhaa haaa tau takpe.
aduh!
kadang trus simpan takut kena rampas.
heeeee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998