Monday, October 31, 2011

Semangat nak berkerja !!

Assalamualaikum.


Rinduuuuuuuuuuuuuuu nya kat workstation aiiii ni setelah seminggu ditinggalkan. Hek hek hek!! Hari ini bangun pagi dengan semangat nak pergi kerja tidak seperti selalu. Cuti lama sangat agaknya. Rindu kat ikan ikan comey atas meja ni. Alhamdulilah hidup lagi, ada 5 ekor kesemuanya. Heeee!!

Selalunya bila dah cuti lama mesti rasa malas nak pergi kerja betul tak? Selalunya la kan. Tapi hari ini semangat lain macam dan happy je nak kerja. Kalau hari-hari rasa macam ini kan best.. kan kan kan?


Selamat berkerja semua.. :)




























Doa mula kerja, sekadar ingin berkongsi.. ;)

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepada Mu akan kebaikan pada pekerjaan ini dan  apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukan pada pekerjaan  ini dan apa jua keburukan yang ada padanya." Amin.



Thursday, October 27, 2011

Selamat Ber'konvokesyen' la yerr !!

Hari ini budak perasan kiut ni konvo. Pagi-pagi dah kepoh suruh kita bangun tolong mekap kan. Gambar ni gambar konvo dia masa diploma duluuuu.. hehhehe! Gambar terbaru kita akan update nanti okay.




Sebelum gerak ke perak kita sempat beli baju konvo dak ni. Ada ke takmo beli baju baru, nak pinjam baju kita je. Eeeiiii dah la baju kita hari-hari pakai pergi kerja, takkan baju tu dia nak pakai konvo. Ngekk tau budak ni. Jadi kita bawak dia beli baju dekat carefour wangsa maju. Sana kan banyakkkk sangat baju cantik-cantik dan yang paling penting murah.. heee!

Thanks adik amek kan gambar vontot kami.. cissssss!!


Ok aii nak bersiap dulu. Malas nak gi awal-awal bukan boleh masuk pun kann. Sempat ok update belog. Ingatkan nak sambung tidur, mama dah call suh datang sekarang. hahahhaha! 

Lenkali kalau nak bagi nama anak buh pangkal nama huruf A tau sebab macam kiteorang ni pangkal nama huruf S berjamannn nak tunggu. Masa sekolah dulu kita la orang orang akhir cikgu panggil nama, dalam senarai tuuu bawah sekali. hehhehe! 

Ni nama nyanyah ni tengahari kang baru giliran dia kut. Bosan la mama dalam tu duk tunggu. Tapi takpe Tok dengan Mak Ngah ada teman. :)

:)



Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Happy Deepavali

Happy Deepavali!!

Kita minum duluuuuuuuuuuuu!!
: p
Gambar takde kena mengena pun. MUehehehhe!





Tuesday, October 25, 2011

Ke perak la kita !!

Aii cuti uolls. Sampai hari jumaat ok. Kalah orang nak raya depavali tau. Kata 1 Malaysia jadi orang raya, kita pun raya jugak lerr. Ammaaa.... Hehehe!


Bukan apa adik kita nak konvo jadi berkampung la kita kat perak sana sampai hari khamis. Alang-alang tu bercuti la sekali. Jauh nooo nak konvo nya, buat je la dekat uitm shah alam tu senang dan dekat. Jimatt! heee. Sooo hari ini gerak pi perak. 


Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang ye. Yang berkerja tu selamat bekerja la ye, jangan nak online sajorrrr !! hihihihii.. :)

Pesanan untuk tunang tersayang : Jangan nakal2. ai love yu !  heee. 


Monday, October 24, 2011

Jangan conteng kereta ayah saya !!

Si anak yang bagi amaran kepada siapa-siapa yang cuba menconteng kereta bapa nya. Padahal sendiri yang conteng. Hehehhehe! 
:)


Rasanya lama kut bapa nya tak cuci kereta, sampai budak-budak boleh buat seni lukisan pada kereta tersebut. Siap ada orang conteng "tak reti basuh kereta ke?" haha. Tu pun ada orang kesah kan, suka hati dia la nak cuci ke tak. heeeeeeeeee!!

Friday, October 21, 2011

Sejuk dengar budak ni ngaji .

Sejuk hati dengar budak sekecil ini mengaji.
Usia begini memang mudah hafal dan cepat belajar. Lebih baik bagi hafal surah al-quran daripada bagi hafal lagu ntah pape ntah kannn... :)



"Selamat Hari Jumaat"


Thursday, October 20, 2011

Family Day 2011

Serius kelakar! Bila tengok gambar-gambar kita main tarik tali masa hari keluarga minggu lepas, rasa kelakar sangat-sangat. Muka tu! Muka semangat sangat tarik tali dengan harapan menang. Hehehehhe! Walaupon badan tak berapa nak sasa tapi menang juga okay dapat no 3 ye. Ok la dari tak menang kannnn.. hik hik!

Nah la tengok gambar yer. Jangan gelak tau. Senyum takpe... heeee!! ;)


Tadah tangan tetap tadah. Senyum tetap senyum.
Baru amek sarapan. Air teh tarik setia di tangan. hik!























Menanti game bermula. Kita memang tak plan langsung nak main tarik tali tu, dorang main bubuh je nama. Memandangkan game pun tak banyak untuk kita jadi joinn jeee laaaa.. ;)


Yang pakai baju jingga tu semua adalah AJK. AJK lagi ramai daripada peserta. Camne tuh?? hehe. Kita saja pakai warna jingga juga sebab takde la nampak beza sangat kann. :)


Adik Zizi bersama Kak Wawa. Ok nmpk macam sandar tapi tak kena pun tauuu.. heee!!


Ok posing dulu sebelum mula.. ;)


Kak Awin pandang apa tuh?


Peace yooo!!


Apa-apa pon eksyen je duluuu.. :)



 Muka budak yang sangat semangat kan?? Kembang-kembang hidung. hehehehe!



Menitik air mata tengok gambar ni. Semangat giler. aduhh! Kekekkeke!
Orang komen kat fesbuk katanya hilang ayu aaii main tarik tali ni. Okk kalau nak ayu ayu pergi kelas makeover ke fashion show ke kannn. Kat sini takde makna nya nak control ayu bagaii. hihihi!!



























Tengok si suhaimi tuuu.. Dia la nak dajal kan kita. Dekat nooooooo amek gambar. Kalau boleh depan-depan muka ni dia nak amek. Lepas je selesai tarik ni satu padang aku kejar, kuwang hajorr tauuu.. hahahha!


Walaupon kita tak berapa kreatif macam mama tapi masuk juga pertandingan gubahan kain batik. Mengiggil tangan ni buat ok. hahahhaa! Menang?? Memang taklah. Tak penah-penah masuk pertandingan gubahan tertiba masuk pulak kan. Kira first timeee la nii. heeee!!  
























Kak Pah dan anak perempuan nya beri sokongan, bagi idea kepada kita. Tension je bila apa yang kita buat tak menjadi. Uwaaaaghh!!




































Taraaaaaaaaa!!
Ingatkan nak buat kipas. Dah ramai pulak buat kipas, jadi kita buat handbag je. :)



























Tapii tak menang. Hahhaha! Yela ramai lagi kut lagi cantik dan kreatif dari kita. Nampak gaya nya kita tak boleh ikut jejak mama lerrr, tangan kerass.. Heeeeeeeeeeee!!


Berakhirlah sudah entry kita untuk hari ini. Kain batik ni boleh bawa balik dan boleh buat kain basahan. Boleh juga guna untuk berpantang nanti. ihihihihihiihih!


Penangan main tarik tali kita dapat MC 2 hari. Memang terbaik! 
Sayang doktor tu lebih. hehehhehe!!


Kredit picture to Encik Rashdan & Kak Shima.. ;)


Wednesday, October 19, 2011

(review filem) Real Steel

Heylooo !

Rasa lamanya tak update belog kesayangan hamba ini. heee! Jadi hari ini kita update manja-manja je okay. Masih mencari mood bekerja dan mood update belog sebab kita MC 2 hari uollssss. Sebab apa MC nanti kita cerita, entry lain okay?

Berkesempatan juga menonton filem Real Steel, filem robot tinju. Hmm rasanya tak membosankan dan terhibur dengan aksi robot di gelanggang. Kisah antara bapa dan anak yang comey meminati dunia tinju robot. :)

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri. 

Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.

Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.



GENRE : Drama dan Aksi
TARIKH TAYANGAN: 13 Oktober
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie, Evangeline Lilly, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn and Olga Fonda

PENGARAH: Shawn Levy.

Baca lebih detail di SINI yeah.









Kasi 4 / 5 bintang. Besttt !!  ;)


Friday, October 14, 2011

Job Vacancy: Work With Us Guys!!!!


Copy paste dari belog adik
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi talian seperti di bawah okay! :)



Hye Guys...
Today I have something interesting to offer..
Guess What???

I know there is a lot of people out there still looking for the job..
Ok.. Meh follow sini..
Ini Company tempat aku bekerja called "MOTIONWORKS"
Motionworks is a digital idea house offers business solutions through innovative ideas to the local and global market. Dalam erti kata lain, web developer company. Alaaaa... yang buat website tu..

Company aku ni dah semakin sukses gitu, so kita nak expand business and need to hire more staff.
For those who have qualifications and experiences as what we are looking for..
Check this Out..






Positions Required:

1) Business Analyst
2) UX Specialist
3) Web Programmer x2
4) Front End Developer x2
5) Content / Copy Writer
6) Web Designer
7) Project Manager
8) Senior Sales Consultant
9) Hardware /  Network Engineer
10) Product Manager
11) Web Analytics Specialist
12) Social Media Manager
13) Social Media Executive
14) Support Engineer
15) Accountant
16) Operation Manager
17) Channel Manager
18) Mobile App Developer

Huhhhh.. banyak kan.. berpeluh peluh type nih..
Sorry guys tak dapat explain detail all the Job Requirement and Job Responsibilities..

Terlampau banyak.. So kalau interested u can call me directly or kindly drop me your resume and CV by email below.. Do not hesitate to contact me..


Syaidatie Nurdilla Kamaru zaman (Dilla)
Workforce Support Coordinator
Suite No 29-6, 6th Floor
The Boulevard, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur


T: 03 - 2282 5060
F: 03 - 2284 5060
E: dilla@motionworks.com.my


P/S: Kalau nak hantar CV through email.. Make sure Title email should be " APPLICATION FOR ........" (Letak post ape yee) Bagi memudahkan kerja mencari email dan supaya tak terlepas pandang.. If nak recommend someone pon boleh.. Make sure he/she has a good qualifications.You will be rewarded!! 

         


Application Deadline: November 2011


http://motionworks.com.my/





Berminat?? Masih mencari kerja?? Apa tunggu lagi hantar resume anda sekarang!! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998