Sunday, August 28, 2011
Rasa tak sihat l0hh..
Balik kampungg woooo balik kampunggg!!
Friday, August 26, 2011
Tart Nenas my fav kuehh raya!!
Ohh hoiii kuih raya favorite hokay.
Makin lama tart makin besar. Itu maknanya makin malas dan nak cepat siap. Hahhahahahha!! Ngantukkkkkkk~
Hok alohh! Comey comey.
Nasib baik mama yang tukang bakar. Kalau aku yang bakar habis juga masuk mulut. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!
:)
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Penyakit LIKE status FB

Monday, August 22, 2011
Program Bubur Lambuk PHB 2011
Tugas aku adalah kupas bawang. Tapi memilihh bawang ok. Bawang merah takmo, pedih. Nanti nangis berbaldi kang siapa susah? Aii juga susah. Haa bawang putih takpe, kasi berguni pun takpe. hiks! :)
Masa kupas bawang putih berpuluh-puluh lemon lipas kecik-kecik keluar kat celah-celah bawang putih. Eeiiiiiiiiiii aii hate cockroach!! Heeeeeeeeeeee!!
Halia juga jangan lupa yer. Kikis sahaja kulitnya. Mudah !
Keesokan harinya baru la potong bahan-bahan mentah yang lain pula. Tangan aii ni sampai melecet potong lobak merah atau aii biasa panggil carrot. Hehehhee!
Pisau kemain besar. Masa potong tak rasa sakit, dah lama baru terasa pedih kulit pula tersiat-siat. Oauuchhhh ~ ;)
Jangan kata aii tak reti buat kerja pulak. Bukan apa kat rumah potong sebatang carrot je, kan kat sini berbatang-batang carrot harus dipotong daduuu!!
Eeyhh carrot kita panggil batang kan?? ke sebuah. ke sebijik carrot. Euw macam tak sesuai. hahahhaha.. sebatang la kan. yela kutt! Maap la BM pun cukup makan, maklumlah kat rumah cakap bahasa jerman. teeeheee!!
Rebus daging. Chef kita adalah PokLeh yang berbaju hitam itu. Seperti tahun lepas kita masak 3 periukk besar bubuk lambuk.. ;)
Sesi memotong daging pulak. Bauu daging ni betul-betul menggugat ye. Buat sup pun s0dappp ni. hihihihiii!
Disebalik daun bawang. Hehe!
Alhamdulilah, dapat masak 1 periuk besar sup tulang juga. Semua staf phb dapat sorang satu. best bestt! Dan bubuk lambuk kami sangat sedappp. Tapi ada yang dapat periuk masin. hok hok harap dapat dimaafkan. Maklumlah bulan puasa. kekekekkee!
Sumber gambar : FB acik mohni & Kelab Pejabat Harta Bina.. Peacee!! :)
Friday, August 19, 2011
Mood ZERO tapi..??!
Tak ada mood nak kerja, nak bercakap, apa ntah lagi nak senyum.
Tapi bila tengok video ni.. Alahaii~
Rasa nak tempeleng sorang-sorang.
hehehhehehe!!
Nak tgk??
Try klik SINI !
Nak tempek dalam belog ni tak reti puloks.
Camne eks??
:)
Thursday, August 18, 2011
I love Red Velvet Cuppies
Bila Milkadeal ada buat promotion dengan harga RM15 terus order tanpa berfikir panjang. :)
Sedappppppppp! Cream rasa masam-masam sikit dan kek pula rasaaaaa??!! Hurmmm rasa red velvet la. heeeeeee!!
J0m rewang masak bubur lambuk
:)
Wednesday, August 17, 2011
Test konflik otak kiri & otak kanan !
:)
Otak kiri berusaha membaca kata-katanya.
Tuesday, August 16, 2011
My Fav Number
Masa sedang memandu kereta kesayangan dengan fokus lagi serius, mata tertiba pandang meter kereta. Ohh mai gud.. Tanjatt gegirl!! Hahaha. Nampak 22,222 itu. Kelam kabut keluarkan kamera dan terus snap. Nice number huh! :)
Entry sebelum ini menantikan detik 22,222---->kik SINI, dan SINI
.
.
.
.
Jam 17:17
Masa untuk pulang ke rumah.. :)
Monday, August 15, 2011
Dengar lagu raya lagi bagusss!
.
.
.
.
Sakit betul telinga hari ni dengar orang komplen.
Bertubi-tubi komplen masuk telinga.
Sakit telinga dan sakit hati juga sebab kita ni AJK.
Ok fineee tadah je la telinga.
Yang tak tahan aku seorang pulak tu yang kena.
AJK lain mana mana mana??!!!!!
Nasib tengah puasa ni.
Sabar wawa sabar!
Baik dengar lagu-lagu raya. Kalau boleh pasang kuat-kuat sikit, telinga ni masih dengar orang cakap-cakap belakang hakuu ni. Haihh!!
Nah!!
Dengar lagu raya ni lagi bagus.
Perokok tegar !!
Ish ish ish!
Kalau dah namanya perokok tegar, koooooo cakap la apa pon takmo nya nak dengar. Walaupon koo cakap "kalau awk syg sy benti rokok ekk.." takyah la, lupakan saja. Kalau tak cakap pun dah tau dah dia nak jawab apa. Daripada dengar jawapan yang menyakitkan hati, baik takyah kang koo jugak yang sentap. Buang masa jew. Hahahahhaha!!
Sabaw je laa~
Haa suka ati mu la abe oii! heeee!
;)
Friday, August 12, 2011
Hijau itu Green
Itu maknanya saya kekeringan idea. Ggrrrrrr!
Baju hijau ini beli secara online.
Biasa la kes malas nak pergi membeli belah jadi order saja dan bank in duit. Buat masa ni baju yang order secara online semua sangat memuaskan hati. :)
Tapi bukan setakat beli baju. Nak makan cup cake pun beli secara online. Hebat tak hebat teknologi sekarang?? hihihi ~
Jangan Caci Hina
Maksudnya: "Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".
Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau dengan kata bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam melarang umatnya mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan kata-kata mencarut terhadap orang lain.
Semua perilaku tersebut adalah termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama Islam maha suci. Kerana ianya tidak menawarkan apa-apa pulangan baik dan keuntungan yang memberangsangkan, melainkan ia akan menarik kepada perselisihan dan permusuhan di antara umat Islam.
Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:-
Maksudnya: "Mereka yg menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu perkara yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan dosa yang nyata".
Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 - 12 yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.
1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.
Petikan artikel : TAZKIRAH
Astagfirullah alazimm.. Camne nak jadi baik ni?
Thursday, August 11, 2011
Buka puasa di Madam Lim's
Masakan mama juga adalah paling sedapp setakat ini. Hehhh! Kalau mama yang masak, makan tu selera sesajorrr. Puassssss... ;)
Walaupon kesian kat dia minum air rasa ubat antibiotik, tapi utamakan tekak sendiri dulu. Hehehehhehehehhehehe! Ada mak kesah.
Sebelum order dah tanya orang sebelah sedap ke tak "hmmmmmmm rasa dia ok la" masa tu dah menunjukkan tak bapa nak sedap tapi order juga dengan harapan kami punya lebih baik dari orang sebelah punya. Hampehh! Rasa kuah hangittt. Abes nak buat apa?? Koo tolan je laa. :)
Disebabkan gaji bulan ni lambat jadi kita berbuka ala kadar sahaja. Dan lebih afdal berbuka dirumah sahaja kan kan kan.. :D
Wednesday, August 10, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Kuih buah melaka
.
.
.
Tepung Pulut dan pewarna .
Ikut suka la nak buat warna apa. Merah ke, biru ke, kuning ke, ungu ke, jingga ke, coklat pun bowleyy, ikut citarasa masing-masing. hehehe. Selalu aku tengok orang buat warna hijau jadi hijau la menjadi pilihan. :)
Dah nama pun kuih buah melaka jadi bahan ini adalah PENTING. Sepatutnya guna gula melaka yang ketul tu senang nak potong kecik tapi kat umah dah ada yang hancur ni guna saja laaa. Janji hadooo.. :)
Ulikan tepung dengan air campur sedikit pewarna. Jadi la macam dibawah. Gentel bulat-bulat dan buh gula melaka ditengah-tengah
(maaf! gambo tak amek pulak, maklum la sibuk mengentel) hihihi!
Lepas dah timbul angkat dan gelek-gelek kan dalam kelapa parut ni. Gelek ke?? Lantokkk la..! hahahha. Jangan lupa buh sedikit garam dalam kelapa bagi menambahkan kelazatan kuih kita yerr.. ;)
Nampak tak sebab apa kuih aiii ni tak berapa nak cantik?? Bocor sana, bocor sini. Mungkin sebab guna gula melaka hancur tu kutt. Kalau guna yang ketul, insyaAllah gula melaka tu takkan terkeluar cam gituu. heee!!
;)
Monday, August 8, 2011
Dato' Siti Nurhaliza - Falling In Love
Akhirnya Dato' Siti Nurhaliza telah membuktikan bahawa beliau boleh menyanyikan lagu inggeris dengan baik sekali. Dan lagu ini best bangat kan?
Bak kata boboiboy "Terbaik!!" :)
Hilangkan ngantok yukk !
Padahal kerja banyak, taktau nak mulakan yang mana dulu. Jadi mari kita mulakan dengan hari isnin dengan cuba mendalah yang agak fun ini. Yuk!!
Copy paste dari belog Ynaaohynaa.. :)
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari – Aku cinta
Februari – Aku gigit
Mac – Aku belasah
April – Aku peluk
Mei – Aku terhantuk
Jun – Aku terkentut depan
Julai – Aku menari dengan
Ogos – Aku pergi dating dengan
September – Aku lambai dekat
Oktober – Aku muntah depan
November – Aku jerit dekat
Disember – Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 – Mak aku
2 – Komputer aku
3 – Liverpool
4 – Garfield
5 – Musuh dalam selimut aku
6 – Gangster
7 – Handphone aku
8 – Gerrard
9 – Driver Bas
10 – Semut
11- Kawan baik aku
12 – Polis
13 – Taik kucing
14 – Patung barbie
15 – Lee Chong Wei
16 – Mak Mertua aku
17 – Mak tiri aku
18 – Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 – Makcik kantin
20 – Sharifah Amani
21 – Upin dan
22 – Siti Nurhaliza
23 – Spongebob
24 – Cristiano Ronaldo
25 – Bapuk/Maknyah
26 – Kawan aku
27 – Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 – Jiran aku
29 – Orang gila
30 – Taylor swift
31 – Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih – Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam – Sebab aku gila
Pink – Sebab aku suka single
Merah – Sebab mak aku suruh
Biru – Sebab aku tak tahan
Hijau – Sebab aku baik hati
Ungu – Sebab aku cemburu
Kelabu – Sebab bomoh suruh
Kuning – Sebab suka hati aku la
Oren – Sebab aku baru putus cinta
Coklat – Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain – Sebab aku fikir aku hebat
:D
Friday, August 5, 2011
Sudikah kamu menjadi adik angkat kuu..
Thursday, August 4, 2011
Happy Birthday Incek Tunang !
B i R t h d A y
tO
yOu !!
Wednesday, August 3, 2011
Tuesday, August 2, 2011
(review filem) Flat 3A
Tapi yang tak dapat terima dek akal. Boleh ko tinggal kat flat camni?? Oh hoiii kalau aku walaupon murah idak la teman nak duduk sini. Seramm. Hahahahha! Tengok luar sahaja dah menyeramkan, belum masuk dalam lagi. Tapi tu la kata cerita hantu kan jadi pilihan flat ini adalah sangat tepat. (Tertiba teringat flat lama yang aku tinggal dulu. hehe)
Duluu penah tinggal di flat juga. Tidak dinafikan kadang-kadang lampu kat tangga tu takde, soo gelap sesajor. Rumah plak dulu atasssss sekali. Jadi kalau malam tu kooo akan naik tangga berlari macam kena kejar hantu takutt punya pasal. hahahhah!!
Ok sambung komen. Pastu kannnnn boleh pulak koooo tak perasan yang budak tuh hantu. Eeeeiiii ngek tauu! Saja nak dijadikan cerita la tuh. Ok dimaapkan.. hiks!Cerita hantu kalau tak duduk dalam gelap bukan cerita seram la namanya. Yelakan kalau terang benderang hantu takmo keluar plak kannnn.. Heeeeeeeeeee!!
Ustaz dalam filem ni aku rasa tak berapa sesuai. Kelakoo juga sebenarnya. Tak tahu nak cakap camne. Tengok la sendiri.. kekekkekeke!
Secara keseluruhan, filem ini OK laaaaaaa.. Pendek je kan. haha
Oh lihat trailer filem Flat3A ni yer. Bukan filem lucah tau tertiba nampak orang atas katil tuh. hahahahah! Eyh poseeeee la.. >_<
Nak kasi
Welcome
Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.






