Sunday, May 29, 2011

Alhamdulilah selamat tiba..

Alhamdulilah..
Aku selamat sampai di Malaysia semalam.
Kenangan di China menang tak dapat dilupakan. Bestt bangat!!!
hehhee..


Banyak cerita yang nak dikongsikan.
Pengalaman manis dan juga yang mendebarkan.
Tapi tunggu masa yang sesuai yer.


Sekarang tak berapa sihat.
Mula batuk-batuk dan tak sedap badan.
Mood juga tak bape baik.
Perlukan rehat.
Nanti dah dapat gambar aku update okey!



(~_~)




Friday, May 27, 2011

Sebaik-baik wanita..


Rasulullah SAW dalan hadisnya bermaksud :

Sebaik-baik wanita itu ialah pabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.

:)



Selamat Hari Jumaat !



Tuesday, May 24, 2011

Chocolate + Oreo = Chocoreo !

Sedap sangat ke air tuh sampai terjegil biji mata.
Muka memang mintak penampoo tuh!
Hahahahampehsss!Sedapppp!!
Chocolate + Oreo = chocoreo !
Memandai je bagi nama. Hehe! Tambah jelly kecik-kecik dalam tuh. Huii dapp sebab tu la muka kooo jadi sampai gitu. hiks!Gambo gedik anak beranak yang kenyang minum air sesajorrr.
Sekian. ;)





Saturday, May 21, 2011

Selamat Tinggal Malaysia !

Ecehhhh!
Tajuk tak agak-agak.
Mengelabah sungguh kan!
Meh lempang ckitt. Dushh dushh!!
(@_@)

Aku akan terbang jumpa Jackie Chan besok. Hihihi! Jadi kalian doakan moga aku selamat pergi dan pulang ye. Perasaan ni bercampur baur. Macam-macam rasa. Seronok ada, takut ada, berdebar pun ada. Heeeeee!

Ni kira kali ke 3 aku naik flight tapi perasaan takut tu masih adoooo. Sebelum ni tak jauh, pi Penang je kutt. Kejap je 45 minit dah sampai. Tapi yang ni jauh sikit daripada Penang tu yang agak takut kutt. Gayatttt.. Hehehhehe!

Saja tempek gambo ni, mane tau uolls rindu kat aii. Masuk je la belog yer, walaupon belog tak update. Muehehehe! Eyhhhhhhh tapi insyaAllah aku akan buat auto publish! Erk eleh macam pergi bertahun padahal 1 minggu je. muehehehehe!!
Selamat Tinggal Malaysia !





Friday, May 20, 2011

Bday Party Adam !

Assalamualaikum


Entri dimulai dengan wajah wajah comey kami. hohoho.
Sila muntah jauh jauh pehlishhh. heee! Kami B I R U !!
Mereka yang comey dimata ku !
A d a m . A d i f . A m a r
Happy Birthday to U ! Happy Birthday to U !
Happy Birthday to Adam ! Happy Birthday to U !
Eyh eyh tangan siapa itu??
yela rimas tol tengok rambut depan budak nih.
Happy Birthday to U !Happy Birthday to U !
Happy Birthday to Adif !Happy Birthday to U !
semangat dia tiupp ~
Sebenarnya mak nya SMS kata celebrate birthday Adam je. Padahal setiap tahun buat dua-dua sekali. Nak beli hadiah pun tak sampai hati beli satu. Jadi beli dua hadiah terus, kang si adik majuk plak. Kek pun ada 2 biji jadi, si adik pun dapat la juga. :)
Budak si rambut kerinting !
A m a r !!!!!!!!
Susah betul nak pandang kamera.Abah & Nyanyah !
Entri di akhiri dengan wajah kesayangan hamba !
Mama & Abah
Nak abes cepat sebenarnya entry ni sebab banyak lagi entry auto publish nak buat untuk minggu depan. keh keh keh!!



Oh! Iklan tidak berbayar kejap. Jangan lupe Vote JAMBU & SEPAH!
Yang lain not my taste bak kata sepah. kekekeke!
Sempat lagiiii.

^_^



Order pakai air liur tidak akan dilayan !

Bab suntik menyuntik dah selesai kita pergi tukar duit pula. Huii lepas je tukar duit tu, ai jadi tertiba cam kayoo ahkak kayooo. Sepanjang perjalanan nak ke kereta kepit handbag tu bagai nak rak. Hahaha! Risauu.. :)
Dah la aku ni 1st time pi tukar duit. Dapat pulak pekerja berbangsa asing (pakistan kutt) jadi agak susah disitu untuk berkomunikasi (fening haku tak paham.. hihi). Rakan-rakan lain yang dah tukar duit, nasihatkan tukar dalam nilai yang kecil supaya mudah membeli disana nanti. :)

Bila koo tak paham dan dia pun macam malas nak layan, aku lari pi money changer lain plak. Nasib baik dapat melayu, senang kojo!!
Berenvelope-envelope duit yang harus ditukar. Bukan duit ku tapi duit orang. hik hik! Tu yang kepit handbag bagai nak rak tuuu.. Hiks! Dari belakang macam macik!! kekekekke!
M A A F !
Order barang pakai air liur tidak akan dilayan.
Muehehhehehe!

(^_______^)





Thursday, May 19, 2011

Suntikan Vaksin Influenza

Assalamualaikum


Hari yang dinanti-nanti semakin tiba. Banyak persiapan untuk kesana telah dilakukan salah satunya adalah suntikan vaksin influenza. Persiapan ke negara orang ye, bukan persiapan kahwin tauu.. harap maklum. hik hik! excited lebih sebab baru pertama kali. Paham2 je la yer.. weeeee!!

Adoii.. Macam skema je ayat. Tak besh, tak besh, tak beshh! hahaha.

Izinkan daku menggunakan ayat aku sendiri. Tak reti la nak buat ayat yang tersusun indah, maklum la SPM BM pun alahaii.. sedih kalau bagitau. Heeeeeeeee!!
Walaupon sekarang dah sunyi dengan berita mengenai H1N1, tetapi adalah lebih baik kita mencegah kan. Huiii risauu okey. Lagi-lagi nak pergi negara sana nuuuuu.

Tak kisah la kena bayar pun, aiii sanggup bayar. Janji sihat.. :)

Aii bab suntik suntik ni dah lali sebenarnya. Yela dah bape kali cucuk amek darah jadi perasaan takut tu dah tak ada. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii !!! Bila si Baie ashik sebut "Kak waaa.. takut la kak wa.. saya takut la kak wa.. takut la kak waaa.." tak ke rasa nak lepuk je budak ni tau. Kalau dah sebut takut takut takut, dengan aku aku pun jadi takut. Hahhahha!

Mula la rasa nak erk erk la, nak kencing la. Adoii! Baie la punya pasal ni. Psyhco ok, psyhco!!Tidak dinafikan masa cucuk tu mauu tak sakit. Tapi kejap je pun. Huh legaa!

Masa nak cucuk ni pun masih ada adegan tolak menolak dengan Baie (adegan la sgt. hehe) "Baie, koo la duluu.. eyhhhh kak waaa la dulu.. Baie la.. Kak waaa la.." hiks! Mesti pening pegawai kesihatan itu dengan perangai kami yang seakan budak budak mahu masuk sekolah tadika. hohohoo!
Gelagat Baie yang adakala nya rasa macam kiuttt sangat. Dah la koo kecik kan. Tapii lama nooo koo buat adegan takut dia tu, rasa nak ketuk je soh cepat. Haha!

Seyes memang kelakoo. Yang aku ni gelak bagai nak gila. :D

"Bang, cucuk jangan dalam sangat tauu..." Aduyaii Baie nii.. Lawak ok! Penakut betuii dia dengan cucuk cucuk ni. Saboo je la.. :)

Oh! kesan suntikan semalam. Tangan ni lenguhhh sangat. Pagi tadi tekak macam kering. Ingatkan nak sakit tekak, rupanya si Baie pun sama. Oh memang gitu kot!




Wednesday, May 18, 2011

Comey rasa mau kunyah !

Selalu kalau tengok budak comel yang tembam mesti rasa mahu cubit cubit je kan. Kali ni boleh tak, kalau geram rasa nak geget atau kunyah plak?? Hehehhehe!

Si Farhan ni kan pipi dia ni makin labuh plak tengokk.. Geram tol kat pipi tuh! ;)Mari lah tengok kita posing bersama baby Farhan.. hik hik !
Bulat nya mata dierrrrr!! :)
Nasib mama dia depan mata, kalau tak dah geget senyap senyap. Hiks!
Ada gaya mummy penyayang tak?? Hehehehe!
Tu tenung baby rasa nak kunyah je. Peha tu dah nampak peha ayam dah. Heeee!!
Eh!!
Yang belakang tertiba interprem lak..k a m i !
Senyuman sepesyenn!
kata anak beranak. Ko adoo??
hik hik!

Kalau soh jaga farhan ni, aiii relaaa!
heeee!!

Sunday, May 15, 2011

Hati-hati wahai wanita..


KUALA LUMPUR - Selepas menyasarkan hanya pejalan kaki wanita sebagai sasaran disimbah sejenis cecair, lelaki misteri itu kini dilihat mengubah sasaran apabila dia menjadikan seorang pemandu kereta wanita pula sebagai mangsa terbarunya.

Pada 9 Mei lalu, polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima sebanyak 20 laporan kes lelaki mistero menunggang motosikal yang sengaja menyimbah cecair dipercayai 'thinner' dan 'alkali' terhadap mangsa yang terdiri dalam kalangan wanita.

Sehubungan kes-kes simbah asid itu, polis berjaya membuat gambar lakaran (gambar kecil) salah seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Lelaki berusia 30an itu dikesn menunggang motosikal Honda EX5.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Rakan Cop melalui nombor telefon 03-21159999 bagi membantu siasatan.



Artikal yang dipetik serta diringkaskan daripada Kosmo.


*************************************************

Sangat bahaya sekarang diluar sana bagi semua wanita. Taktau nak cakap apa pada suspek yang menyimbah asid itu. Mental kut! Lagi cepat dapat tangkap lagi bagus. Sekarang nak pergi jogging ke, nak jalan keluar pun dah rasa tak selamat.

Pesanan untuk semua wanita diluar sana dan juga diri aku sendiri.
Berhati-hati lah!


Disini nak kongsikan bersama Doa Pelindung dari Malapetaka

BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"


Atau pun..


Doa Keluar Rumah.

BISMILLAH HITAWAL KALTU ALLAH, LA HAULAWALA KUWA TA ILLA BILAH.

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah".


Friday, May 13, 2011

Cameron Highland Yokkkk!!

Assalamualaikum


Morninggg!! Syukur alhamdulilah akhirnya boleh juga buka belog ini. Risau akakk tau. Semalam satu hari tak senang duduk bila takleh update belog. hehehe! Nampak??? Belog ini sangat penting bagi ku. ewahhh!

Sempat update ye walaupun pagi ni nak gerak Cameron Highland utk Family Day opis. Taknak beli pape pun hanya nak jalan-jalan dan release rension. hehh!

Ok doakan daku selamat pergi dan pulang ye.
:)

p/s: sila sediakan plastik dalam bas. Tak0t wekk wekk!


Wednesday, May 11, 2011

11 hari lagi

Assalamualaikum

Waaaawwweeee!! Hanya tinggal 11 hari lagi akan terbangggg jauhhhhhhh nun disana. Jauh ke?? hihihi. Sudah tentu tak sabar sebenarnya, maklum lah ni kali pertama. Excited tu lebih sikit. Dalam kepala dah tentu pikir nak shopping sesajorr, sambil cuci mata. heeee!!

Sekarang ni ramai dah pesan macam macam "koooo, gi sana jgn lupa bawa tisu basah. Sana takde air tau.." loh?? takde air?? camne nak erk erk nanti. haisoooo! hahahhaa. Takpe simpan bwk balik Malaysia (kalau boleh). Hehe!

"ko, jangan bawak baju banyak2.. Beli je kat sana.. Pastu bawa serunding ke sambal ikan bilis ke, takut makanan kat sana cannot goo.. bla bla blaaaa" Terima kasih diatas ingatan itu. Bagus tauu. Aii shukeee.. ;)

Sana enjoy2 jugak, balik jangan lupa wat report.
Aduh lemahh je dengar. hehehhe!



Tuesday, May 10, 2011

Wedding @ Shah Alam !

Sebelum nak cerita apa-apa, kita wish dulu kat pengantin yer..
"Selamat Pengantin Baru Farah & Fikri" :)
Sama cantik, sama padan! Mereka sangat suweet! :)
Alkisahnya.. Aku ni tekad gi kenduri ni sorang-sorang, wakilkan mama dan abah yang tidak dapat hadir. Caya tak? Perghh, aku sendiri tak percaya ok. Ish! gila lah.. hehe. Kira redah je Mengharapkan Incik Tunang tunggu kt kenduri itu nanti sebab itu adalah kenduri kahwin sepupu beliau. Rasa kalau orang lain ni, kalau sorang kompemm tak pergi dah. hiks!

Tekad sangat nak pergi sendiri sebab kalau incik tunang yang jemput dah tentu aku dok tercangukk lama sorang kat situ kan. Jadi kalau gi sendiri buleh balik awal.. hihihi!

Aku takat shah alam, walaupon tak berapa hebat jalan disana kira buleh lagi la. Kooo ikut je seksyen berapa. Sesat sampai uitm je, pehtu terus jumpa. Oh terer nya shayeee!Tapi tak berapa nak bestt nyaaaa. Sesudah sampai nya aku di sana, tepon Incik Tunang plak kat abg ipar dia. Sooooo kalau call sapa jawab?? Nak carik dia macam mana?? dan apa yang engkoo takutkan adalah menjadi kenyataan.

Dah la sorang, takde sapa pun koo kenal. Jadi macam orang b**** pun adooo. Dengan cuaca yang agak panas, hati pun jadi panas gak lah. Hahhahaa. Sabooooo je lah. Rasa nak nangis pun ada.. hiks!

Bila dah jumpa pakcik ni takkan nak "hey sayang awak gi mana..??" oh takdak makna nya. Hahhaha. Sangat hanginn haku ~Senyum adalah terpaksa. Sekian. Hihihi! Masa ni takde pisah dah. Berkepit je la koo. Biar la apa orang nak kata. Janji aku tak sorang lagi dah. Heeeeeeeeeeeeeee!!!

Pelik la aku ni. Napa la berat mulut sgtttttttttt ni. Okeh, tak buleh paksa diri untuk berborak ye. Kang taktau apa yang diborak kan. Aii sangat susah nak berborak dengan orang yang tak berapa nak kenal. Oh mencik~
Minat sangat pelamin dia. Simple n nice!
Bersama adik Incik Tunang.
Amek berkat!
:)
Adik badik n macik Incik Tunang ! :)
Sangat senang dengan makteh Incik Tunang (baju purple). Peramah. Kita yang masih janggal ni pun rasa selesa sangat ~
Harap dapat bertemu makteh lagi..

Takmo gi kenduri sorang sorang dah.
Muehehehhehehhe!!




Aduihh! sakit kepalaaa!!

Aduiii!
Napa sakit kepala nii?????????!!!!

Tengah drive tadi tertiba kepala berdenyut-denyut. Arghhhhhhhhhhhhhh!!! rasa nak hentak je pala kat streng tadi. Adehh!


Kalau rasa nak tido kejap la. Bleh tak?



Adakah sebab cuaca??


Monday, May 9, 2011

Sila senyum ye cik wawa !

Assalamualaikum


Selamat pagi semua!
Mulakan hari isnin anda dengan senyuman.
(^_____^)
Biar kerja banyak sekali pun, yang penting kita senyummm je.
Lantak la orang nak cakap kita gila, janji kita happyyyy!
Sekarang ni pun NC dah war-warkan kempen senyum jadi kita senyummmmmmmmmmmmm!! hihihihihi!


Tapi aku sendiri susah senyum sebenarnya. Masa buat kerja muka memang ketattttt! Kusyuk dan tawadukk sampai lupa nak senyum. Oleh itu, kena belajar senyum lebihhh nii. Sebab tu letak cermin depan pc, seram tgk muka sendiri kalau tak senyum. muehehehheheh!!

Ok nak keluar beli hadiah lucky draw utk family day sabtu ni.
Ok tata!!




Friday, May 6, 2011

Happy Mothers Day !!

Sempena HARI IBU 8 Mei 2011 nih..



Saya ingin mengucapkan

kepada semua wanita yang bergelar ibu, mama, mak, umi dll.




Tidak lupa kepada mama, Masitah binti Mohamad. Terima kasih kerana melahirkan, menyusukan, membesarkan, menjaga dan mencurahkan segala kasih sayang kat kakak.
Kakak Mama sooo muchhhh!



Oh! tak lupe juga kepada my future MIL. Ehem ehem. Hihihi!




Layan lagu ni ehhh
"Mama.. i love you"
:)




Jangan cakap TAK SUKA nanti..??!

Duluuu..

Selalu cakap "ish tak suka la laki merokok. Adui busuk! Eii tak suka, tak suka, tak suka" Haaa sekarang tak suka tu la yang ko dapat. Hahaha. Alahai apa la nasib..



Duluuu..

Ha yang ni lain sikit. Suka ikut boipren gi main futsal. Perghh! nampak bergaya sungguh bila dia berlari kejar bola, cekciiii. Pheeewwiitt! Terus ngaku "oh dia boipren sayaaaa.." Getikk! Tapi sekarang tak suka. Sebab nanti bukan pandang boipren sendiri, tapi pandang orang lain. Cane??? hihihiiiii.. huhuhuhu!!



Duluuu..

Banyak la tak suka itu, tak suka ini. Dah tentu mesti nak yang TERBAIK, yang TERMACHO, yang TERDENGAR cakap dan lain-lain. hihihi! sebab ex-bf d0lu-d0lu semua dengar kata. Bukan queen control tapi untuk kebaikan. haha! Sekarang!!!!!!!!!!! memang tak lah. Satu koo cakap, sepuluh dia jawab. Haa hambekk! Malas nak layan.. =P



Duluu..

Selalu cakap "awak kena terima saya seadanya.." perghh! Kalau tak leh terima cari orang lain, Dulu bajet saham tinggi wooo. Tu berani cakap camtuh. Sekarang tak berani cakap dah, takut tak laku. hahaha! haa gitu! Sekarang kena batang idong sendiri balik "awak kena terima saya seadanya.." Jadiiiiiiiiiiiiiiii nak tak nak terpaksa la koooooooooo temankan laki kooooooooooo gi amek nyawa. Merokokk laaa!! Cis.. yang ni cukup tak suka. Nak buat camno redhoooo je la. (~_~)


walaubagaimanapon, ai tetap sayang yu!
cuma yu je tak sayangkan diri sendiri. hehh!



Wednesday, May 4, 2011

Jogging dengan semangat nya.. yeahh!

Ok rasanya tahun ni adalah buat pertama kalinya aku jogging. Caya tak? heh heh heh. Kalau tak, tahun lepas semangat jogging berkobar-kobar lepas tu hilang terus semangat tuh. Hilang ntah kemana pun taktau la.

Kini, semangat tu datang semula bila berat ko agak-agak nak naik. Hiks!

Lagi lagi ada pula teman kan. Rasanya dari tahun lepas "wa.. kita tiap hari isnin gi jogging nak tak??" yang menjawab pon okeyyyy sesajor. Tapi tak penah nak jadi, ada saja hal nya. hihihi!

So minggu lepas jogging juga walaupon cuaca tak berapa baik. Baru lepas hujan jadi takde la panas sangat. Ok mula-mula kita main main dulu ek..Sebab apa tempek kartun tuh? Adeh! baru sedar drumstik dan vont besar. hahaha. Malu kat Kak Yanti yang anak dah 2 tuh. Maintain jer. Toing toing!!Neh muka penat berlari. Pergghhh! muka relaks je, saje je nak bagi nampak peluh tapi tak nampak plak dalam gambo. heh!

Baru 1st round ni tapi penat toksah cakap aaar! "waaaa.. cukup la seround ni waaa.. permulaan takleh over sgt.." ok je. Memang nak s0mput dah den ni haaa. Nasib kak yanti tak ajak sambung jogging lagi. Dah gigil kepala lutut. muehehehhehe!

Keesokkan hari nya. Masing masing jalan kengkang je. Satu badan sakit. Hohohoho. Hambekk koo! Jarang bersukan gini la jadi nya. Yang aku plak seminggu gak lah kaki ni nak elok. Alahai nasib badan.. hiks!
Incik tunang sibuk ajak main badminton. Aduyaii! bukan taknak join tapi takut banyak pukul angin je. Sebab tak dapat bezakan angin dgn shuttlecock. Maluuuuuuuuuuuuu je nanti. Taktau nak sorok muka kat nerr.. Keh keh keh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998