Friday, April 29, 2011

Mendaki Gunung Stong

Kepada semua rakan rakan ku yang akan mendaki gunung stong,

Semoga selamat pergi dan selamat pulang !
Dan semoga berjaya menawan Gunung Stong itew. Chaiyok chaiyokk!
Hati-hati yeahh!
.
.
.
.
.
.
.

Ahkak tak dapat join, darah manis orang kata. heh heh heh! Kalau ikutkan hati remaja ni, memang nak je join, best woo. Tapi sayang nya tak dapat. huhuhu!
:)



5 Perkara Yang Wajib Disegerakan

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:


PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.

KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.

KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.

KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

- Artikel iLuvislam.com

Thursday, April 28, 2011

Fantasia Musim Cinta - Iwan

Petang petang ni moh la kita layan lagu jiwang eyh!
Tertiba suka plak lagu Iwan nih. hihihih!
Layannnn~~



Hari ini dah berpuluh puluh kali putar lagu ni sesajor. Hahahha!


Yeyy! Dottie dah beranakk!!

Huiii kiteorang ni sekarang kemain excited si dottie dah beranak ok. Aku tak berkesempatan nak tengok dia bersalin. Tau tau dah kuor je. Adoii! Terlepas pengalaman itew! Hihihi..

Memang kitaorang tau yang si Dottie ni peknen sebab mereka dah terkantoi. Jeng jeng jeng! Bukan kita gatai nak tengok, time nak bersihkan umah mereka, time tu la gedik sangat nak buat projek. Aiyakkk! Jadi kitaorang ni memang konfident mesti jadi punya lah. Hahhaha!

Ok lama juga tunggu dan akhirnya beranak juga. Kadang marah juga dengan Dottie ni, lasak sangat. "Heyyyyyy Dottie ni.. jangan la panjat panjat kang gugur kangggg" hehehhehe. Boleh gitu??

Zhaffy & Dottie ni comey ok, sangat comey! Sebelum keluar rumah mesti jenguk mereka dulu. Pandai tau, buat muka comey mintak makanan.. Alolololooo! Rasa nak picit picit jeee!!

Ni la anak si Dottie tuh!
Ada 6 kesemuanya. Geli ok tgk. Gedik gedik dalam tuh.
Masih merah lg!
eeiiuuww!

Tak sabar tunggu dia besar sikit, mesti comeyyy!!

Dottie adalah hamster yer!
Mak nya kemain garang lagi takut orang amek anak nya.
Heyy! orang taknak la anak koo.. ish!




Wednesday, April 27, 2011

Akhirnya.. dapat juga Macaroon !

Sebelum ni aku ada buat entry mengenai Macaroon kan. Memang teringin sangat la makan Macaroon itu. Yela warna macaron itu sendiri membuatkan kooo terliur. warnawarni gitu.

Jadi ngadu la kat Incik Tunang nak makan macaroon. Eyh!! bukan ngadu, tapi minta secara paksa dia belanja Macaron. hehehe! Bila dia dah janji nak belanja, aku akan tuntut sampai dapat. Huii kalau tak kempunan weh! hiks!

Bila baca belog Kak Wanie yang Macaron ada jual dekat Harrods KLCC, harus la kita terjah sana.
Thanks alot to Incik Tunang kerana menunaikan janji belanja macaron ini.
Sangat h a p p y ! :)
Sebenarnya nak rasa saja jadi kami beli 6 ketuii, RM 18 !Perisa coffee, blueberry, orange, strawberry, dll.Ok posing dulu !
Sekarang mari kita rasa.
Apa rasa nya.. hurmm!!!!! Maniss.
Walaupon aku gemarkan manis tapi ia terlalu manis.
Rasa biasa-biasa aje, bagi aku lah. hihi!
Colour je comey. Pasni tak teringin dah, dapat rasa ni pun sudah memadai.
P u a s .
Akhirnya dapat juga makan macaron. Heh!


Macaroon dah dapat. Sekarang nak cuba makan pancake durian plak. Dengar pancake durian ni ada kat Mid Valley. Jom terjah!!! Mengalahkan orang peknen plak teringin makan macam macam. Ngada ngada ko ni wawa.. ahaks!


Tuesday, April 26, 2011

Teruja tahap maksima !

Seyes ok. Kalau korang gi Pusat Sains Negara, otomatik ke'jakun'an anda akan terserlah. Macam "eeeiiiiiii pelik nya.... waahh! hebatnya.... aik! magik la.. eeii best la hoyehh hoyehh!!" haa gitu la. Padahal bukan magik pun. Sainsssss ok sainssss. Anda harus tahu itu. Itu la masa sekolah dulu main-main. mueheheheh!

Buktinya. Tengok dua-dua ini yang agak teruja tahap maksima. Semua benda nak pegang. Semua nak cuba. Ok kalau takat nak tengok je baik takyah datang, memang kena cuba pon. ;)

Malas nak baca sebenarnya, jadi kita snap aje lah!"awk pegang lama-lama jap.. nak amek gambo.." hehehehe!Organ organ dalam badan.
Pegang kejap je, konon nak pasang. Pastu bosan pegang lain plak.Eii eii! Comey nye kita!!
Kurus dan tinggi!!!
Huii nampak screen ni pun jakun gak. Dua-dua dok lompat lompat kat screen tuh. Memalukan tau. Hahhaha. Bila kita lalu kat screen tu akan kuar bunga bunga. Tu yang over lompat tu. adeh!

Nasib la tak bawak anak buah paklang lalan ni. Kalau tak malu kat depa.. hiks!
Rehat sebentar bersama kit kat!
Kepala dah berat. Sakit!
Serabut. banyak benda nak cuba. hihi!Ni bukan beskal untuk kurus ya. Kayuh wawa kayuhh! Semata-mata nak kasi mentol depan tu nyala. Heeee!!Alamak tak nyala plak mentol tuh. Benti kejap nak amek gambo. Kang nampak sangat tercungap-cungap !Wahhh! banyak nya muka dia..
Budak ni excited lebih!
Cermin sakti!Ok banyak sangat benda yang korang boleh cuba.
Cuma gambo tak amek je.
Jom jom bawak anak-anak, mak mentua, adik ipar, jiran tertangga pun boleh. hehe!
Semua butang ko nak tekan wawa oiii. Bila tekan butang, pasti sesuatu ke'ajaib'an berlaku. Huhuhu!
Cover sikit porchbag tuh bang..! kekekkeke!Ish! Tak sedia lagi.. Motif tangan gitu?? hoiyoh!C o l o u r . of . L I F E !
Takyah bayar mahal mahal masuk aquaria. Hik hik!
Sini pun adooo!
Ikan besar besar. Goreng pon s0dap!
:)

Best! Rasa tak sia-sia datang sini. Banyak yang kita dapat belajar. Tapi pas balik tuh dah lupa dah. Tu la makan semut banyak sangat. hiks!

Yang!! tulang kita ada berapa ek?? 260 ke 206 ek?? hahhaa. Ciss!



Monday, April 25, 2011

Dinosaur Alive!!

Semalam buat pertama kalinya jejak kaki di Pusat Sains Negara (PSN). Ni semua gara-gara baca entry Sepet la ni. Bila incik tunang ajak keluar, terus sarankan pergi PSN ni tengok dinosaur. Maklum la tak penah tengok dinosaur jadi masa ni la nak tengok kan kan kan.. Huii excited ok!

Tiket tak mahal, hanya RM10 sahaja untuk dewasa. Rasanya sampai 31 Mei je kut! :)

Masuk je nampak la 2 ekor dinosaur yang sangat besar ini. Hoyeh hoyeh teruja ! lagi lagi masa buka mulut ni.. huiiiyooooo!!
Harus bergambo. Kalau tak bawak kamera ni, nangessss salahkan paklang lalan!!
Tengok dia tenung tuh. Kalau la hidup ni, dah kena ngappp dah kut. hihihihihi~
Ya Ampunnnnn.. Sebijikkkk! heee..
Mengerunkan!
Kalau la tengok lama-lama menyeramkan ok. Macam real je, takut!
Ini adalah pak-ee-SEF-uh-lo-SAWR-us.
PACHYCEPHALOSAURUS!!
Sebut betul-betul ye. Mari kita belajar jenis jenis dinosaur ok. huhu!
TRICERATOPS.
Nak nyebut nya try-SAIR-uh-tops hehehe!
Ni taktau apa. Lupe nak snap biodata dia. hehe!CAMARASAURUS !
Dinosaur yang berleher panjang.
Erk eleh! Paklang Lalan ni. Dinosaur takde gigi berani la dia. Hehh!
Jinakk nyerr!
TYRANNOSAURUS.
Tu diaaaa. Gigi diaa!ALLOSAURUS
Nahh! gigit laa..
VELOCIRAPTOR.
Teringat movie Jurassic Park. Menatang ni yang lari lajuu kejar orang ni.Semua dinosaur kooo nak pegang kan. Padahal dah tulih besar kat situ 'DO NOT TOUCH' hahahahha. Degil wooo. Selagi tak kena sound pegang la koo..
Ni macam adik beradik buaya la. Mulut sama cam buaya. Hihihi! Yang ni SUCHOMIMUS. Alahaii comey je nama.. Aaarrgghhhh!
Terperanjat ahkak.. hehh!
Ok habissss!!
Tak puas tengok. Sikit sangat!
Cuba buat dinosaur lari ke? baru best kan. haha!

Next entry nanti aku buh dua orang jakun plak. Nak tgk?
haaa tu nanti. kekekekkeke!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998