Friday, January 28, 2011

Cuti lamaaaaaa sgt!

Vah vah vahhhh!
Orang lain yang raya engkoo plak yg cuti lama yer.
keh keh keh!

Maka nya belog yang comey lotey juga akan bercuti. hihihii!
Tu pun tengok la kerajinan saya dirumah nak update ke tak. Rasanya rajin kut sebab kalau nak main game pun, tenet kat rumah masyallahhhh.. Punya la slow jadik baik update belog kan kan kan.


Cuti lama-lama ni bukan nak gi mana pun, takde plan pape hanya rehat di rumah. Titikk!! Konon nak bawak adik-adik gi PD. Hampeh! budjet tak adooo. Hahahahah! Jadi... kalau nak bawak adik-adik kuor pun, kira gi tempat tidak memerlukan wang dan minyak yang banyak, harus jimatttt! Paling dekat nak mandi manda pun, bukit belacan je la kut.. =P


Kalau tak bawak adik-adik jalan kang mereka berzikir kat telinga kakak dia ni ajak kuor. Boring lah, hape lah.. Cuba la ajak abah ke kan.. Mane beraniii. Hiks!


Semoga kalian merindui ku.. wekk! hehehe..



Pinjaman dari Allah

Ingat tak entry yang aku tujukan kepada seorang sahabat yang tidak berapa sihat tempoh hari. Entry Semoga Sahabat ku Cepat Sembuh itu yang menyatakan beliau masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah satu kaki nya akan dipotong disebabkan penyakit diabetis.

Jangan ingat kita ni muda lagi tak ada penyakit diabetis ok. Budak kecik pun sekarang dah ramai dapat penyakit itu. Jadi tak kira muda atau tua kesihatan perlu jaga, kurangkan gula. Nasihat itu untuk aku juga sebab aku ni kuat manis.. heee!!
Dikala sahabat ku itu berada dalam keadaan yang masih lemah, perkara yang paling penting adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan. Aku rasa Azuan sangat bertuah kerana memiliki ramai kawan yang sayang kan nya.

Masa kat ICU haritu, nak masuk kemain ramai tunggu giliran ok. Takleh lama nanti kena halau sebab ramai lagi nak melawat. Hahhah! kena halau tu yang tak tahan.. =P
Khabar nya beliau dah sihat, dah keluar hospital dah pun dan cuba menerima situasi sekarang. Yela sebelum ni ada kaki, bila satu kaki takde mesti susah utk bergerak.

Bila baca luahan hati dia kat fesbuk, hati ni sebak. Bila tau pagi tadi jatuh dalam bilik air, aku buleh bayangkan keadaan itu. Adohaii.. semoga sahabat ku itu kuat! Kalau baca mesti aku meleleh punya lah.. sok sek sok sekk sorang2 kat meja ni. Bila orang tanya, cakap je la selsema. hahahha! ishhh..


Kalau la dia tahu aku kopipes dia punya ni mesti dia marah. Wan, sorry.. higihiihih! =P

"Setiap anggota badan itu adalah pinjaman dari Allah."

Kekayaan, kejayaan, Ilmu, rupa paras, anggota badan, udara, malah segala-galanya adalah kurniaan dan pinjaman dari Allah untuk kita semua. Kadang-kadang sukar untuk kita menerima hakikat kehilangan sesuatu yang amat berharga bagi kita, sedangkan hakikatnya tiada yang akan kekal menjadi milik kita kerana segala yang kita ada hari ini adalah milikNya jua.


Selamat Hari Jumaat!!

…Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. [Az-Zumar:10]

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah:153]


Thursday, January 27, 2011

Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Gambar adalah hasil carian Goggle!
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.

****************************************************************

Huih! Yeke..??
Sekarang kan melambak-lambak spa ikan neh.
Tapi aku tak penah pun nak gi rendam kaki kasi ikan geget walaupon murah. Huhuhu! So, hati-hati la yer~


Tuesday, January 25, 2011

Tupaiki telah pergiii meninggalkan kamii.

Oh rasanya tak penah cerita kat belog pasal binatang peliharaan aku sekeluarga kan. Jarang kuttt dengar orang bela tupai kan, selalunya dengar bela kucing, bela arnab, bela ayam, bela kambinn, bela kerbauu, bela biawak, bela cicak dan sebagainya. ihihihiih!

Tapi binatang peliharaan kami ini adalah tupai. Nama panggilan Tupaiki. Kadang-kadang aku panggil 'Baby' sebab dia comey macam baby. Seyes memang comey lagi-lagi time dia makan. Aloh aloh alohhh! Rasa nak picitttt je..Dulu masa mula bela tu, punya la kurusss. Sekarang dah gem0k dan kembang semacam je. Bulu tu kemain panjang lagi. Yela makan semua kasi, duk plak dalam sangkar mau tak gem0k kan. Kasi je makan ape semua dia ngappp!Kalau lepaskan dalam rumah, buleh histeria kiteorang jerit kejarkan si Tupaiki ni. hehehhehe!! Badan jangan cakap calar balar kuku tu tajam ok, kuku je tajam tapi dia tak gigit orang pun. Alah takat gigit manja je.

Badan abah, mama dan adik-adik aku semua calar disebabkan Tupaiki. Demi Tupaiki sakit badan pun takpe! hiks! Aku penah kasi dia makan, tangan ni dia terkam calar la jugak, time nak mandi Walaweyhhh! pedih ok pedihhh ngokk... Tupaiki adalah sangat suka shi-shi dekat abah yer, tau-tau rasa panass je. hehe! Oh itu maknanya dia sayang kat abah tuh.. =PCara makan ada pelbagai gaya. Tu tengah gantung kat pintu tandas tu, hulur makanan je terus makan. Oh so suweett! Hari ni 25hb JanuariPagi-pagi mama dah call kata dah lepaskan Tupaiki ni. Alahaiii.. tertiba cam sayu je. Sedih ok. Yela bila kita dah bela, dah tentu rasa sayang.

Kenapa lepaskan?? Sebab kesian la biarkan dalam sangkar tuh, makin gemok aku tgk haihh. Biar la dia menunjukkan skill memanjat tuh, kat rumah paling tinggi panjat tempat sidai baju tu je. heee! Pastu dah tentu Tupaiki perlu mencari girlfriend kan, Tupaiki jantan ok jantan.

uit uit ingat korang je nak bercouple ekk. Shian aar kalau terperap je dalam sangkar. Kami sangat memahami Tupaikii.. hiiii!!

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juaa.. Oh takde kena mengena pun dengan entry. muehehehhe!


credit pic by Facebook Mama.. =)

Nah!! Karipap khas utk korang.

Amek la karipap ni sorang satu yer.
Buat sarapan pagi. Jangan la malu-malu.
Walaupon ghupe karipap ni agak huduh tapi rasa tu boleh tahan lagi la. Hehehe!

Sekarang ni sejak dua menjak ni tertiba ROH RAJIN nak memasak tu datang. Hujung minggu suruh aku masak, OK je takdak hal. Petang plak gatai plak nak buat karipap. Pelik dengan perangai sendiri sejak akhir-akhir ni. hiks!

"ish jangan la tunjuk kat bakal mak mertua.. ish teruk noo ghupenya.." hahahhaha. Mama yang cakap. Ish tak bagi semangat langsung tau. Terus malasss nak masak dah pasnii.. kekekekkeke!!

Takleh update panjang2 ni ada tazkirah.
tata!

Monday, January 24, 2011

Sama cantik, sama padan !!

Terpaksa menerima dengan hati yang terbuka bila hero pujaan ku kini menjadi milik orang lain. Ececcececehh! Dulu si abang, Rita Rudaini kebas.. Kini si adik, Ayu Raudhah plak. huhuhu! Pehlish ok jgn nak berangan.. Kembar tuh sebelah mata pun tak pandang kooo... hahah!

Tapi seyessss la shuke oh tengok Ayu dan Zaquan ni. Dua-dua comeyyy!!

Sama cantik, sama padan! Sesuweiii sgt! =P
Shuke tengok muka Zaquan ni sebab?? tett.. hahaha. Sebab suweet! =P



credit pic by Asmady Ahmad


Kan lebih baik kahwin gini, meriah, ibubapa pun restu daripada lari kahwin kat thailand tu kan kan kan.. =)

Saturday, January 22, 2011

Mimpi gigi tercabut

Selalunya weekend lepas solat subuh aku akan tidur semula. Hmm orang kata memang tak elok tidur semula, rezeki tak masuk. yeah yeah itu aku tahu.

Lepas tidur semula. Aku mimpi..
Mimpi yang pelikk..
Gigi aku belah atas separuh dari itu tercabut..
Kira gigi-gigi tuh gugur dengan sendiri..
Cepat2 bangun..
Mengucap panjang aku..
hmm..


Ya Allah..
Orang kata kalau mimpi gigi ni tak elok.
hmmm!!


"Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati."
kopipes dari laman web Tafsiran Mimpi Indah..


Friday, January 21, 2011

Sh0pping karpet bulu-bulu tapi tak bulu sgt lah!

Cakkk! Mesti tempek gambo tuan tanah sebagai penyeri entry. Keh keh keh!

Ok ok nak sambung ape kiteraong carik carik sangat kat jalan TAR tuh. Ok, first dah tentu carik tudung. Kemain banyak la jenis tudung ada sana tapi satuuuuuuuuuuuuuu pun tak jumpa yg berkenan di hati. aiyooooo! mencikk..

Aku ni kalau nak bosan mencari beli je terus. Hehe perangai aku yang paling aku tak suka ni la dia tapi nak buwek camno.. Hahhahha~ Balik je mesti frust sebab barang yang diberi itu tidak mencapai kepuasan dan piawaian. Eeeiii geram dengan diri sendiri. hiks!
Ada la beli barang lain. Kedai terakhir adalah kedai karpet. Mama yang beria sangat nak masuk kedai ni. Aku dan adik perempuan aku pun dah lembik, penat sesangat!
Sebelum gi jalan TAR ni dah survey dah kat ampang point. Harga?? Mak haihh! Mahal sesangat ok. Minta kurang memang tak dapek lah. Bila dah sampai sini, harga dapat kurang dengan banyak nya. Wooh0oo! Bila dengar harga tu kurang gila-gila, aku yang terlebih excited! Hehehe!

Mama memang handal tawar-menawar. Aku?? Tak pandai. Tak sampai hati sebenarnya. Macam alahaii kesiann.. Hiks!!
Ok dari RM800 dapat kurang RM350. Caya tak caya tak??

Dah kurang tu takkan tak beli plak. Nak dapat tempat lain memang susah lah. Ai sangat berkenan karpet itu, bulu-bulu pun lembuttt aje. Shuke shukeee!!

Tapiiiiiiiii!!!!!!! Nak bawak balik tuh, nangesss. Berat hokey nak bawak naik LRT. Hahhaha! Guna kudrat wanita nih memang s0mputtt lah. Walaupun dah lipat kecik pun, berat tetap berat.
Nak naik LRT tu kemain susah yer, nak masuk tiket tu tersekat-sekat dengan bwk karpet lagi. Orang ramai beratur kemain panjang sebab kita je. Maluu nyerrrr.. =P

Datang la seorang lelaki yang sangat budiman menghulurkan bantuan utk bawak kan karpet tersebut. Tak sempat cakap pape terus angkutt dan bawakkan sampai atas. heeeee!! Tercengang kami anak beranak. Punya la laju dia jalan, kiteorang nak kejor pun mengah-mengah.. huiyoo!

Maceh yer Encik!!!

Susah nak jumpa lelaki budiman seperti itu zaman sekarang nih.. hiks!!



Posing ayu dalam LRT.. huiyohh!

Thanks to Mama for dis picture!

Kerja anak beranak dalam LRT yer. Hehhee! Disebabkan offday mama adalah hari isnin, jadi aku sangat kerap mengambil cuti hari isnin yerrr. Bila tgk record cuti aku isnin sesajorr. Nak nyoping ngan mama nak tak nak memang kena la apply cuti, yela kita cuti sabtu ahad kan..

Yang best nya shopping isnin sebab tak ramai orang. Cuba try tengok shopping weekend, sesakk ok. Bleh berlaga-laga muntutt kooo.. Kang apa yang nak beli semua tak jumpa dan balik dengan tangan kosong aje. Oh nooo!
Lebih mudah dan cepat kalau kita naik pengangkutan awam weekday, satu gerabak tuh ko leh conquer yerr! Macam bapak sedara ai yang punya.. =)

Oh kami mahu ke jln TAR. Kalau dah ke sana paham-paham je la carik ape kan, sana kan murah-murah jadi sangat berbaloii shopping sana. Jimatt.. Hehehhehe!
Masa ni buleh cenyum lagi sebab excited nak nyopping. Dah balik muke cam hape ntah, penat hokey penat. Nak amek gambo pun seram je muka neh. ahhahaha!

Kaki ni melecet toksah cakap la, dengan pkai kasut gitu. Rasa nak buka jalan berkaki ayam sahaja. Hiks! Tapi tabik aar dengan mama masih larat berjalan. Huiii..

Masa tu kan kan kan ai terserempak dengan blogger tau. Huiii cantek dan sgt stylishh h0key. Dengan shawl diaaaa, seluar ketat macam amy search diaaa, pehtu dengan boot. Tengah shopping shawl, sekarang pun baca blog dia tengah berjinak dengan bussiness shawl. Patut la belii banyakk..

Ish kalau haku lahh. Segan la haiii nak pakaii gitu. ai kan pemalu tahap gabann. Pastu ai tak fashionable bak kata adik aii.. hutak mung.. hehe!

Beli ape?? tu next entry kalau rajin.. =P



Tuesday, January 18, 2011

Semoga sahabat ku cepat sembuh..

Seorang sahabat aku telah dimasukkan ke hospital ahad lalu. Mengikut cerita kawan-kawan yang telah melawat membuatkan aku lagi tak sabar untk mengetahui keadaan yang sebenar beliau. Tadi time lunch sempat aku pergi juga ke hospital KL untuk melawat beliau di wad ICU.

MasyaAllahh! Cerita yang ku dengar amat mengejutkan. Dengan usia yang begitu muda dapatkah dia hadapi dugaan yang begitu berat itu.
Aku hanya mampu memberikan kata-kata semangat. Dari luar wad lagi kononya aku taknak mengeluarkan air mata. Melihat keadaan beliau, melihat air mata beliau. Aku tewas! Hmm dibibirnya sentiasa mengeluarkan kata-kata yang aku tahu, beliau masih tidak dapat menerima hakikat.Azuan, kiteorang semua sentiasa dibelakang menyokong ko. Kuatkan semangat. Jangan ckp benda yang bukan-bukan dah ok. Nanti aku datang lagi tengok ko.. =)

Ya Allah, kau berikan lah sahabatku ini kekuatan untuk menghadapi dugaan mu dan semoga sahabat ku ini cepat sembuh. Amin.



Melihat keadaan beliau buat aku berfikir sejenak, jika Tuhan menduga aku sebegitu, tabahkah aku???


Perfume BoSS - Femme

Seyes!
Dah lama carik perfume ni yg jual online kat fesbuk n blog.
Mungkin harga tuh murah ckit kan.
Susah ok nak jumpa perfume nih.
Kalau beli kat luor harga dalam RM200 gak lah.
Bau dia. Perghh! Terus terpikat.
hihihi!


walaupon apa pun terjadi saya akan dapatkan dipasaran juga. tak kira! Bila cek nuffnang nak dapat nih.. hiks!


Monday, January 17, 2011

Dilantik sebagai BIRO Ekonomii

Waduh waduh waduhhh!!
Atas keputusan ahli aku dengan ini dilantik sebagai Biro Ekonomi untuk kelab office aku nih haa. Abes hancussss la ekonomi kelab kalau gini.
Hahhahahha!

Sampai peluk2 tiang memikirkan tanggungjawab yg berat itew!
Fuhhhh!~~

Aku ni kemain semangat melantik diri sendiri sebagai Biro Publisiti tapi ditolak mentah-mentah semua ahli mesyuarat jadi mereka dengan bangga nya melantik aku sebagai Biro Ekonomi. Perghhh! Ingat senang ke?? ekonomi aku sendiri tak terurus ni kan plak nak urus kelab punya ekonomi. Tu yang aku bimbang sangat sangat sangat nih. kekekekkek!


Disebabkan orang dah beri kepercayaan kepada kita sooo nak tak nak kita kena buat jugak lah. Buat yang terbaik demi kelab dan jabatan. Semoga aku dapat meningkatkan pendapatan kelab untuk tahun 2010 neh. Aduihsss berat ok berat. Heeee!!


Go go chaiyokk chaiiyokk!!


Sunday, January 16, 2011

Filem Khurafat - Sgt mendebarkan, mengejutkan dan menyeramkan.

AMARAN untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung, bapak-bapak yang menghidap penyakit jantung tahap kronik dan anak-anak yang lemah semangat tidak digalakkan menonton filem KHURAFAT ini kerana banyak aksi mengejutkan, mendebarkan dan menakutkan.

Takut?? Takde la takut sangat kut cuma banyak terkejut terkejut. Sila percaya yg aku tak takutt.. hahaha!! Adoiyaiiii! Hantu hantu dalam filem ini memang suka sergah orang ok, cuba la sergah orang secara sopan. Kekkekek! Banyak scene yang mendebarkan, dan hantu juga sgt menyeramkan.

Tahniah dan tabik springg toingg toinggg, buat Syamsul anak kepada Yusuf Haslam kerana buat aku terkejut sehingga habis cerita. Mata ni memang kejap kejap tutup sebab memang tau dah hantu tu memang akan muncul bila-bila masa je lah. hiks!

Sinopsis KHURAFAT :

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini..Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

Anda tengok la sendiri erkk, pastu komen kat belog masing-masing. Dan yang pasti jantung anda akan berdenyut kencang.. Perghh! Ayat.. hahahah! Ok tata!!

Oh tak lupa nak ucapkan terima kasih kepada saya sendiri kerana belanja diri sendiri menonton filem ini. =P


Friday, January 14, 2011

Datin Wawa Nadwa !!

Mak haiiiiiih!
Takde besar lagi ke spec tuh Datin Wawa Nadwa??

Datin??
Oh tak agak-agak.
Ada hati juga yeah mau jadi Datin.
Ish tak penah pun terlintas nak jadi datin, cuma gaya je kut.
kui kui kui!!


Hujung minggu ni nak buat apa eyhh?



Adoii bosan nyerr hujung minggu ni sebab takde program pape. Mesti nanti kalau duduk rumah je ashik lapoo lapoo dan lapooo. Mula la selongkar dapur tu carik apa-apa untuk dimakan. Hehehehhe!! Rasanya 1 hari tuh 4, 5 kali gak la makan, menguyah sesajorrr. Dah taktau nak makan apa, pastu tidooo. Itu adalah salah satu sebab pipi ni kembang tak kempis2.. hiks! jangan la ikuttt..




Oh lupe!! malam ni mahu tengok wayang cerita Khurafat. Tiket dah beli ok, semalam gegeh lepas balik keje terus pi beli tiket. Jadiiii best atau tak bestt nanti ku komen yerrrr.. Tunguuuuu!!


Selamat Berhujung Minggu!!

Belajar Cakak Ganu bersama ZIZAN.. hehe!

Layan je la erkk!
=P

Kisah Rasulullah S.A.W dengan Limau

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.


Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'. Begitulah akhlak Rasullullah SAW.


Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula.


"selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya" - Saidina Ali


"Selamat Hari Jumaat" =)

Thursday, January 13, 2011

GudNiteChentakuShayangkuWhenduku!

GudNite to All My Followers !!

Tajuk diatas adalah untuk mereka ok.
Bukan lah utk chenta hatiku yg ehem ehem itew!

Gewlii ok. haha!

Seyes! Aku bukan lah gadis yang mudah cair dan gemarkan dengan ayat-ayat jiwang sang jejaka. Buleh muntah hijauu dengar ayat sebegitu rupa. Tapi kalau takat iloveusayang. Tu sudah memadai. muehehehhe!

ok ok dah pi tido sok keje.
Mimpi yang indah-indah yer.
(+_+)

Jangan lupa sebelum tido basuh kaki tau.. Kang ngigauu sapa susah?? Mereka dan keluarga mereka.. lallalalaa~~

KISAH SERAM : Rambut Orang

Gatai pi sambung rambut tu watpe kan.. Ntah Rambut sapa pun bukan kita tau.. hehehhehe!


p/s : sila klik untuk gambaran lebih jelas.. hik hik hiks!


Macam piramid dorang cakapppp!!

Ok semalam aku cuba beranikan diri pakai gaya gini pergi ke office atas desakan si nyanyah adik perempuan aku. Disebabkan semalam ku pakai seluar n kemeja je, memudahkan aku kemas bilik fail nanti, jadi nyanyah mengsyorkan pakai shawl sahaja agar nampak lebih remaja. coiii! Remaja la sgt.. heheh!

Ok ok cuba la pakai gini, tapi siap bawak tudung ikin spare ok bubuh dalam kereta takut kang tak confident plak kan. Hehehheh!Pandangan orang terhadap aku ni agak macam pelikk je tengok aku gaya gini. Hahhahha! Ada komen yang positif dan ada juga yang negatif. Paling tak tahan taktau napa ada kata macam PIRAMID. Tak paham apa yang cuba disampaikan, rasanya seperti gambo dibawah ni kuttt.. hehehe!
Balik rumah je terus marah nyanyah. Hahhahha!

"ko kena paham kak, orang tua yg tegur ko tuh dorang mane tau berfesyen.."
muehehehhee. ok la tuh, kira sedaplah sikit hati ni dengoo dia kata gitu. Tu adik perempuan aku kata kadang gaya aku ke office macam orang tua. Kena paham gak ramai veteran kt office ni haaa.. Kan lebih manis dan ayu mengenakan baju kurung dan baju kebaya. hiks!

Tertiba rasa nak simpan terus shawl ni takmo pkai-pakai dah. keh keh keh!

Wednesday, January 12, 2011

Hari orentasi dah macam budak darjah 1 je..

Ok entry ini panjang sikit tajuk nya sebab saja nak buh panjang-panjang. Hiks!

Yer memang dah lama pun cerita ni, duk je terperap dalam draft tuh haaa.. Harini baru teringat nk buat kalau tak, kirim salam je lah. Hehheheh!

Ni kisah adik bongsu aku tu haa, baru masuk tingkatan 1. Kejap je dah besooo. Sebelum start sekolah hari isnin tempoh hari, hari jumaat adalah minggu orentasi untuk semua pelajar baru. Sekolah adik ni pun belakang rumah je kut, jadi dia dah pergi dulu dengan kawan-kawan dia yang lain dan mama pergi kemudian bersama ai lah sape lagik kan..

Sampai je sekolah tengok pelajar baru kumpul kat tapak perhimpunan ni. Mama puas carik anak dia kat situ tak jumpa-jumpa sebab kes adik ni dia tak ada kelas lagi sebab pindah sekolah ni lebih dekat dengan rumah, senang!

Muka yang risau terpapar diwajah mama.. hehehhehe! Carik anak tak jumpa-jumpa, ingatkan adik tak sampai sekolah. Mauu tak risauu..
Rupanya elok je duduk kat celah-celah tu ha. Hahhahah! Ada satu baris untuk pelajar yang masih belum ada kelas lagik.. Oh tertiba rasa apesal semua pelajar kat sini kecik-kecik belaka. heheheh!Ibu bapa yang setia menanti anak-anak.

Bila dipikirkan balik, duluuuuuuuuuuuuuuuuuuu masa aku mula masuk sekolah menengah duluuuu takde plak makpak kiteorang hantarkan. Hahhahah! Seyesss.. semua sendiri.
Sekarang dah macam budak darjah 1 masuk sekolah je. Yela tengok saiz budak-budak ni pun kecik kecik je padahal dah sekolah menengah pun. haiyaaa!!
Pelajar yang tiada kelas ni masuk bilik ni untuk diasingkan ke kelas masing-masing. Bila tengok mama cukup risau, kalau buleh dia nak duduk depan sekali. Heee!!

Hok alohhhh! Ma, adik dah besar la maaaaa... =P

Adik bila kat rumah aku rasa dia dah cukup tinggi dengan usia dia sekarang. Yela dah nak sama tinggi dengan aku kut. Tapi bila dia kat sekolah rasa kecik la plak. huhuhu!
Masuk kelas dah. Kelas mereka, masyaAllahhhhh.. Napa teruk benorr! Mesti kes budak budak nakal nih.. haih!!

Tapi yang penting dalam ramai-ramai tu adik hoh paling smart. heee! Mesti la ikut abah dia, smart sentiasa walaupun nak gi 7 eleven bawah rumah tuh je tauuuu. =Puwekkk!

Lepas dah setel semua, amek buku teks bagai terus balik. Hari jumaat tuh kan cuti, cuti meraikan kemenangan bola. Tu yang dapat hantar adik sekolah tuh.. =D
Kawan aku cikgu kat sekolah tuh, siap pesan lagi tolong tgk2 kan adik. Hahha! yela budak-budak laki ni kena pantau sikit sebab mereka ni mudah terpengaruh lagi2 umur dia ni kan..


Rompakan di 7 eleven

Rompakkan yang berlaku minggu lepas kat 7e kat depan rumah aku tuh. Rasanya tu kali pertama kut berlaku rompakan disitu. Hoiyoh sangat menakutkan ok. Dah la aku rajin turun situ beli roti dll. Kesian nya mangsa rompakan itu adalah kawan mama dan anak perempuan dia.

Tu la masalah besarnya bila dah ada plak ATM dalam 7e tuh kan, cucuk je duit orang nak menanti kat belakang nak rompak. Pelik bin hairan nya perompak itu hanya rompak kawan mama & anak perempuan dia je siap buh pisau kat leher, kat kaunter tu takde dia minta duit plak. hmm..!

Bila dah keluarkan senjata tajam begini, elok lah menyerah sahaja dan jangan melawan. Nyawa adalah lebih penting. Mereka akan lakukan apa saja, janji dapat apa yang mereka nak.

Rompakan yang berlaku dalam 7e itu dapat dirakam oleh CCTV dah telahpun diserahkan kepada pihak polis. Cepat cepat la tangkap supaya takde lagi kes sebegini. Oii makin menjadi-jadi plak mereka nih!!

Sehari lepas itu, anak perempuan kawan mama tu kena rompak lagik. Kali ini depan 7e plak, siap ada parang panjang kat leher. Haiiiii trauma budak tuh pun tak abes lagi, kena lagi buat kali kedua. Sampai demam demam masa mama gi tgk kat rumah. Anak beranak deman dan tak berani keluar rumah. hmm!


Aku sendiri penah jadi mangsa ragut dan trauma dengar bunyi moto sehingga kini.


Moga kita semua dijauhkan kejadian yang tidak di ingini seperti ini. Berhati-hati ok!


Tuesday, January 11, 2011

J0m tengokkk HANI!!!

Heyyy!
Jom tengok drama lestary HANI jap lagikk.
kol 9!
Bukan sekarang. hihi!
TV3 okeh.
Bukan astro ria tauu..!
=P

Episod harini mesti sedey sbb mereka dah tau penyakit HANI tuh.



p/s : sila sediakan roti tisuuu utk lap aiyak hidung.
Hahhaha!



Bowling Suka Sukii

Tahun baru tempoh hari, biasa la aktiviti bersama keluarga adalah bermain bowling. Sebab apa bowling menjadi pilihan?? Tak badminton ke? Futsal ke? Tennis ke?? Renang ke??

Sebab utama adalah tidak memerlukan tenaga yang banyak dan juga tidak berpeluh. Heeee! Bowling juga buleh disertai semua peringkat umur dari budak kecil sehingga la pangkat atuk-atuk pun buleh. hohohoo!!

Sesi undi.. Kefelamfam kafabutfut! heeeeeeeeeeeeee!!
Orang kata lah, ni bukan aku yang kata erk. Muka makin berseri-seri. Sebab apa yeah?? jeng jeng jeng.. Malu la nak habaq kang hangpa semua.. Sebab?? hmm sebab??

Ai tengah cuba produk muka baru sebenarnya. Kulit ni rasa cerah dan berseri-seri je. Tapi harga?? masyaAllahh.. ketaq tangan nak bayaq. Tu baru amek pack trial je tuh.. Hik hik hiks!
Sementara mereka main kita harus bergambo ye. Taktau napa malam tu rasa hebat betuii. Strike sesajorr. Mungkin sebab ada pemberi semangat kutt.. hehehhehe!!
Oh patut la semamgat nak main.. ehem ehem ehem! sakit tekak plak.. hiks!
Look like macik macik pakai spec gaya gini. toing toingg!
Oii zoom sampai nampak parut jerawat ku.. oh bulann! muehehehhe!
Kakak Wawa & Adik Nyanyah!
Perlukan gaya gini ?? Dah macam joget zapin dah.. hiks!Mama & Abah. Abah kurang sihat malam itu tapi masih gegeh join juga. Rugii woo kalau tak join! =)Mereka bersama bakal menantu kesayangan.. Capik ni cbuk je kat situ. Hahhaa~!
Ingatkan bila dah strike sesajorrr tu buleh menang. Rupanya ada yang lebih hebat dari ku. Alohhhhh! =P
Gaya gedik terlampauuu.. Hoiyohhhh! pehlishhhh aarr.. ^_^

Banyak sgt gambo sebenarnya. Maleh nak tempek sini so kita tempek gambo tuan tanah saja sudahh.. Kekekekkeke!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998