Thursday, December 15, 2011

(review filem) Twilight Breaking Dawn

Sebelum tengok filem Ombak Rindu. kita tengok filem ini dulu sebenarnya. Konon ke Mid Valley nak tengok filem Ombak Rindu tapi tiket habis. Kan dah kata kalau nak tengok memang kena beli awal-awal kalau tak memang tak dapekkk la. Terpaksa la kita tengok filem twilight nii.. heee!!



Filem Twilight kali ini jalan cerita macam slow sikit. Cerita bermula dengan perkahwinan Bella dan Edward, lepas tu bulan madu, kemudian Bella pula disahkan mengandung dan kesakitan yang teruk dialami oleh Bella masa mengandung. Konon nya bayi yang Bella kandung tu bawa bala gitu. Puas Edward pujuk Bella supaya mengugurkan kandungan tapi Bella tak mahu. Geng Jacob cuba nak bunuh Bella tapi dihalang oleh keluarga Edward. Jacob pun pada mulanya mahu membunuh bayi Bella tapi pabila terpandang wajah comel bayi itu dia jadi 'cair'. Lebih kurang gitu la jalan cerita dia. Niii pun main tiba je ayat. Hahahhaha! Ahhh lantak la janji korang paham. kalau tak paham pergi tengok sendiri. Hehehhee!



Aduhaiii.. Macam tak sesuai la koo buat filem, baik buat drama je rasa kejap sangat. Bila dah bersalin terus habisss.. Kena tungggu part 2 plak.  Pantang betul la kena tengok bersiri-siri ni. Menyusahkan betul. kekekekeke!



Rasanya part 2 nanti mesti Bella jadi jahat sebab?? Bella hidup semula dengan wajah yang baru. Sooo tunggu je la part 2 nantii.. 







:)




3 comments:

ChiLaBaey's Spot said...

Tak tengok lagi, tapi wife dah 4 kali pergi tengok... Biasalah perempuan.... Hehehehehe.... ;p

Wawa_Nadwa said...

ChiLaBaey's Spot :

4 kali??
huh hebat.
hahhahah!

Chekgu Azrine said...

nak beli cd tgk.. sebab semua sequel dah khatam.. hahaha..dasat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998