Wednesday, December 14, 2011

(review filem) Ombak Rindu

Yer yer yer kita tau kita orang yang paling lambat sekali tengok filem ombak rindu. Tapi ada mek kheesahh?? muehehhehe!



Yeahhh! Akhirnya ahad lepas kita dah dapat tengok filem Ombak Rindu yang orang bising-bising cerita dalam blog dan juga facebook. Hangin je kita baca, yela sebab kita tak tengok lagi kann. Getik la suruh Incik Tunang booking tiket online, nak beli terus kat kaunter confirm habis sesajorrr. Incik Tunang terpaksa la melayan kehendak kita kannnn, kata shayang.. heeee!!



Ada yang menangis, ada yang bengang, ada yang tak puas hati bla bla blaaa.. Dan bagi kita apa pun komen mereka, secara peribadi filem ini adalah terbaikkkk!! Fullstop.



Rasa-rasa kita nangis takk?? hokk  alohhh! gila koooo tak nangis bila tengok Aaron Aziz yang tampan tu menangis. Haha! Alolololooo sooo sweet. Tak ada la nangis sok sek sok sekk sok sekk pon. Nangis secara sopan je, tertiba air mata mengalir gituu. Itu pun Incik Tunang kacoo, terus rasa eyh nak nangis ke, nak ketawa ni ekk.. Aduhaiii potong stim betul laaaaaaaaaaaaa. Kalau nak tengok filem gini, jangan la bawak dia. Hahahhahampeh betul!!



Biasa la kan kata filem melayu, ada kekurangan dan kelebihan nya. Rasanya ada scene satu dua tuh, tak perlu ada sebenarnya dalam filem ini. Kalau tak ada pun ok je kut. Tak perlu la dinyatakan scene apa, pergi menonton dan anda pun pasti tahu apa scene yang kita maksudkan ini. :)



Scene lain taknak komen banyak. Yang penting jalan cerita tak berat dan kita sukaa, yang tak suka tu pendapat masing-masing. 



Lakonan Aaron Aziz, bagi kita perfectooo. Haha! Perfect terus kooooo.. :D


Lakonan Maya Karin juga terbaik! Masa dia mengaji suara dia merdu sangat dan juga cantik. Ada orang kata Maya tak sesuai memegang watak itu, bagi kita ok je kutttt..


Lakonan Lisa Surihani, bagi kita dia tak sesuai watak jahat. Terlalu comel untuk memegang watak itu, dan juga kelakar cara dia cakap dan cara dia mengamuk. Eeeii comel laa. Heeeee!!


Lakonan Azizah Mahzan, dia dah memang sinonim dengan watak jahat niii. Memang sesuai sangat la dengan dia kannn. Geram betul tengok rasa nak lukuu-lukuu je jahat dia tuuuu.. hiks!


Lakonan yang lain-lain tu kira OK laaaa.. Tak perlu nak komen sangat. :)





Sinopsis

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?





Lagu yang terbaikk yang harus dipuji !  :)




Rasa macam penah baca novel ombak rindu masa sekolah dulu. Tapiii dah lupa kut, dah bertahun dahhh kann.. Dulu nak baca novel pinjam je kat kawan. Dia memang rajin beli novel, aii pinjam jeee.. hihi! 



Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah.
:)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998