Thursday, November 10, 2011

Gambar Konvokesyen Nyanyah .

Assalamualaikum.


Marah betul adik kita sebab selalu panggil 'Nyanyah' dalam belog ni. Hahaha! Takpe la comey apa nama panggilan tuh. Korang jangan la panggil nyanyah, tu panggilan untuk keluarga terdekat sahaja ye. heeeeee!! Konvokesyen nya dah habis tapi lupa nak tempek gambar. Yela malas nak tempek gambar sebab bukan kita yang konvo kan. Heeee!!

Kali ini konvo adik perempuan kita diadakan di Seri Iskandar, Perak. Sebelum ni konvo di UiTM Shah Alam, dekat je. Yang ni agak jauh sedikit jadi terpaksa berkampung di sana, alang-alang cuti deepavali kan. Sesi nyanyah untuk kali ini belah pagi, so petang dah boleh gerak balik KL. 

Pagi-pagi bangun dah memekak suruh kita mekap kan dia. Excited betul! Bila semua dah gerak, sempat juga la sambung tidur. hehehe! Mama call dalam jam 10 bagitau dah selesai dah, kita pun tak siap mandi lagi ingatkan tengahari baru habis. Cepat pulak habisnya Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!



Ok tengok gambar je okay!
Gambar kita semua  muka berkerut menahan panas. hehehe!




Mama, Abah, Tok dan Mak Ngah pergi dulu. Dapat 2 pas extra sebab kawan nyanyah, keluarga dia tak dapat datang. Sedih kan konvo tanpa ahli keluarga. Takpe kawan-kawan ramai.. :)


Mak Ngah & Tok .



Macik yang siap dengan kelam kabutnya. 
Nyesal pakai shawl, dekat sana cuaca sangat panas. 



Kena menapak sebab nak dapat parking yang dekat dengan dewan, jangan harap lah! Bersyukur juga dapat parking dari tak dapat langsung.  ;) 



Kita yang kat depan tu dah tak sabar nak terjah booth shawl. Tapi angah pandai tau "kak, kita pergi kat dorang dulu nanti kita singgah la" hampeh tau tak singgah pon. Cehh!


Senyum sampai ke telinga. 


Abah juga berkerut kepanasan . ;)





M y   F a m i l y !






Masa ni kita TERPAKSA mengambil gambar mereka ni. Tertiba pulak kena pegang kamera godang salah seorang daripada dorang ni. Kalau sekejap takpe la jugekk, ni kemain lama dan macam-macam pulak gaya dorang buat. Layann je la. Banyak gambar dekat sini sesajorr, malas nak tempekk.



Masing-masing pandang kamera lain-lain. Ada 2 kamera godang kat depan tuuu. Nasib AyahNgah bawa kamera godang dia sooo boleh bergambar sakan la kannn. Muka kita dengan abah sama-sama keruttt.. Hot u  hottt ! Syukur tak sakit kepala, kalau tak macam mana nak drive pulang ke KL kan. 



Nyanyah bersama sepupunya yang turut sama hadir.
Along, Angah, Intan & Hyekal.


Suka gambar ni, mereka berdua berseri sekali.


Akhir sekali bergambar dengan bakal adik ipar. Hahahahahaha!
Maaf adik aii sudah berpunya tapi tapi tapi tak rasmi lagi l0hhh. heeeeee!!


Balik KL dalam pukul 3 petang. Jalan sangat cantik, cuaca juga cantik dan boleh memandu dengan tenangnya tak perlu gopoh-gopoh. 

Tapi kan uolls masa balik hari tu ada sebuah lori besar ni kemain laju ok, siap kasi h0oonnnnnnnnnnn suh kita ketepi padahal kita di lane tengah ye. Huiii kusss semangat sib baik perasan, sedar-sedar dah dekat betul dengan kereta kita. Ishh bahaya tau. Nyawa tak boleh dibeli tauu! Ngekkkkkk!!


3 comments:

mEiZ SHA said...

tahniah anyah..:)
yang nak tanya leh x?baju2 kamu yg kelabu ni lebih kurang yg biru tu kan?

beli kat ner ek?
kite suke laa..;)

Wawa_Nadwa said...

mEiZ SHA :

oh kita beli online.
kt belog ni.
http://beaubargain.blogspot.com
:)

gedek! said...

Suka tengok orang grad...

(uncle grad dari UKL - universiti kaki lima)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998