Wednesday, October 19, 2011

(review filem) Real Steel

Heylooo !

Rasa lamanya tak update belog kesayangan hamba ini. heee! Jadi hari ini kita update manja-manja je okay. Masih mencari mood bekerja dan mood update belog sebab kita MC 2 hari uollssss. Sebab apa MC nanti kita cerita, entry lain okay?

Berkesempatan juga menonton filem Real Steel, filem robot tinju. Hmm rasanya tak membosankan dan terhibur dengan aksi robot di gelanggang. Kisah antara bapa dan anak yang comey meminati dunia tinju robot. :)

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri. 

Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.

Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.



GENRE : Drama dan Aksi
TARIKH TAYANGAN: 13 Oktober
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie, Evangeline Lilly, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn and Olga Fonda

PENGARAH: Shawn Levy.

Baca lebih detail di SINI yeah.









Kasi 4 / 5 bintang. Besttt !!  ;)


2 comments:

Eika K Raimi said...

eika dah tgk pow cter nie.. tayangan amal lg... mmg best glerr laaa... xmembosankn lgsg...

aleen aiden said...

baru je tengok smalam.hi3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998