Monday, October 10, 2011

(review filem) Al-Hijab & Fright Night

Persamaan dua-dua filem ini adalah berunsur seram. Baca sinopsis dulu dan akhir sekali baru aii komen best atau tak best ok? hee!!


SINOPSIS AL-HIJAB

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.




Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.


Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.


Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal.


Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?


KOMEN :

Ramai yang kata best dan juga memuji. Secara peribadinya  filem Al-Hijab ini aku rasa biasa je, takde la besttttttttt sangat-sangat tu memang taklah. Ntah! Rasa filem seram Al-Hijab seperti filem-filem seram yang penah ditayangkan sebelum ini. Tidak dinafikan ada scene-scene yang mendebarkan dan juga menyeramkan masa diganggu kat rumah macam-macam hantu koo dapat lihat. Tahniah! solekkan hantu perfectooo, sangat menyeramkan. Boleh buat tak tidur malam. Tapi tuh la, tak mencapai piawaian aku. Haha!. Dan ending kita dah boleh agak. Tuuu pendapat peribadi aku la. Nak tau best ke id0kk pergi tengok sendiri yerrr.. :)



Apa-apa pun TAHNIAH buat Pierre Andre ! Aku kasi 2/5 bintang sahaja. 



*******************************


SINOPSIS FRIGHT NIGHT

Charley Brewster lakonan Anton Yelchin merupakan seorang remaja normal yang menjalani kehidupan biasa. Tinggal di sebuah kawasan suburban bersama ibunya, Jane, kehidupan Charley bahagia disamping kekasihnya, Amy Peterson.


Kehidupan normal Charley berubah apabila satu hari ketika dia pulang dari sekolah, ibunya telah memperkenalkannya kepada jiran baru mereka, Jerry. Pada masa yang sama, rakan Charley, Ed telah memberitahu terdapat satu misteri kehilangan seorang demi seorang rakan mereka di sekolah.


Keadaan makin rumit apabila Ed memberitahu Charley yang jiran barunya, Jerry adalah pontianak namun Charley tidak sehingga dia sendiri melihatnya. Apakah yang akan dilakukan Charley untuk melindungi ibunya, kekasih dan rakan-rakan lain dari cengkaman Jerry?



KOMEN :

Haaaaaaaaa.. Bukan nak puji atau mengagung-agungkan filem luar tapi tu la memang BEST pon nak buat camne. Hehehehe! Kisah seorang remaja Charley yang berusaha nak bunuh jiran yang juga puntianak. Sepanjang cerita korang akan tak senang duduk, mendebarkan tahap maksimum okay, gara-gara takut tertangkap oleh puntianak tersebut. 

Jalan cerita kita tak boleh nak agak dan setiap scene adalah mendebarkan.

Paling penting watak utama Colin Farrel (Jerry) sangat kacak. haha! Itu yang penting. :)



Saat mendebarkan bila Charley terperangkap dibawah tanah bersama beberapa puntianak yang lain.  



Dan scene Peter Vincent bawah ni buat aku gelak giler-giler sebab kelakar. Seyes! Memang kelakar, sekurang-kurangnya terhibur dengan gelagat dia yang kononnya berani padahal penakut. Heee!!




Antara kedua-dua filem yang telah tonton sabtu ahad lepas. Dengan ini aii rasa filem yang mencapai piawaian kepuasan menonton adalah Fright Night. Aku kasi 4/5 bintang. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998