Monday, October 10, 2011

Potluck Raya Unit Pentadbiran

Walaupon dah habis raya tapi cerita raya lupa nak habiskan. Hehe! Dua tiga hari ini mood nak update belog macam malas sikit. Macam tak ada idea datang, otak tertiba blur. Banyak benda nak kena pikir sebab tu kut tak ada idea nak menulis.. heee!!

Minggu terakhir syawal Unit Pentadbiran ada buat makan-makan sikit. Staf unit pentadbiran tak ramai tapi kalau masing-masing dah bawa makanan sorang sikit banyak juga la dapat. Boleh pelawa satu jabatan makan. Menu untuk hari itu adalah nasi kerabu, nasi hujan panas, rendang daging, spegetti, mee goreng, ayam goreng berempah, nasi impit & kuah kacang, sandwich, kek, buah-buahan, koktel dan banyak lagi.




Kita tengok gambar je ok. Semua gambar makan sesajorr.. :)


Mula-mula biar staf pentadbiran dulu yang rasmi ok. Baru jemput yang lain-lain.. heee!


Sedapp sandar kat Cik Qila.. hehehe!


Baie & Dani.


Makanan yang sangat banyak !
Rambang mata nak makan mana satuuuu... :P


Gadis ayuu.. ahak!


Kita buat dalam bilik perbincangan sahaja. Makan bergilir-gilir !


Budak kuat makan. Aiiyooo muka makin membesar dan membulat. hik! Mula-mula makan nasi kerabu kak mek, pastu rasa sikit meehoon goreng, rasa sikit lagi rendang, kek pula dan koktel. Kira semua rasa sikit-sikit la. Rasa rugi kalau tak rasa semua. hahahha!

Petang repeat semula makan spegetti dan nasi ujan panas. Ya rabbi.. macam tak percaya je aku makan semua tu. Bela jin je hapee.. kekekkee!!


Ingatkan dah keluar dah selesai dah takmo makan pape dah. Menyelinap masuk balik, tapau bawak lari keluar semangkuk koktel en zailan yang super sedapp.. nyum nyumm! :)


Sejak dua menjak ni kita rasa cepat mengah dan cepat penat la. Mungkin sebab berat dah naik. Tekad nak diet kunun tapi tu la taktau nak start diet tu bile.. heeeeeeeeeeeeeeee!!


1 comment:

Chekgu Azrine said...

sis..akak tgk kurus je.. mana ada gemuks..

takpe selagi bujang ni makan jela.. mmg payah badan nak naik..

akak ni dh bolat mcm tong dram!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian @ Pemberitahuan

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di misswawa's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada misswawa's blog . SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998